Adakah Iceland Bertahan Baik atau Portugal Tumpul ?
Dalam bolasepak, ia adalah sukan yang memerlukan anda menjadi opportunist bila ada peluang terhidang. Namun itu gagal dilakukan oleh Portugal.
Dalam analisis kali ini, saya mahu membuat kajian tentang kegagalan Portugal untuk memenangi perlawanan ini dan ulasan ringkas taktikal Iceland.
[adrotate group=”2″]
Portugal Banyak Mensia-siakan Peluang
Portugal sebenarnya pasukan yang dominan dan berterusan mencipta peluang di dalam perlawanan ini. Manakala pasukan Iceland memang sudah dijangka akan bertahan.
Justeru amat naif untuk Ronaldo melabel Iceland tidak melakukan apa apa dalam perlawanan ini. Sebaliknya, saya sendiri tidak boleh melabel Portugal 100% gagal dalam perlawanan ini walaupun mereka gagal menang.
Kenapa saya berkata begitu kerana Portugal sudah menguasai 72% perlawanan dengan:
26 cubaan gol
9 Cubaan tepat
10 Cubaan tersasar
7 Cubaan dihadang (blocked)
Dalam erti kata lain Portugal gagal menyempurnakan peluang yang ada dengan sebaik baiknya. Pada masa yang sama, pasukan Iceland melakukan 7 block dan 6 daripadanya adalah cubaan dari luar kotak penalti.
Isu terlalu banyak cubaan jarak jauh ini memang pernah digariskan dalam pusingan kelayakan lagi. Mereka juga banyak kali menang tipis dalam pusingan kelayakan.
Ini pula penjelasan tentang kuantiti cubaan gol Portugal yang turut ada 3 big chances yang sepatunya disudahkan.
Portugal banyak mencipta peluang, terutamanya dari Andre Gomez yang mencipta 4 peluang sepanjang perlawanan ini namun gagal menyempurnakannya.
Mereka melakukan 41 crosses dan 10 daripanya adalah tepat. Namun cuma 1 sahaja di’convert’ oleh Luis Nani. Apa lagi yang penyerang mereka mahukan ?
‘Pass It To Ronaldo’, Taktik Yang Kurang Menjadi !
Selepas lantang mengkritik taktikal Iceland dalam sidang media selepas perlawanan, Ronaldo mungkin perlu mengakui kegagalan beliau sendiri dalam perlawanan ini.
Cristiano Ronaldo gagal melakukan sesuatu lebih baik di dalam perlawanan ini selepas menerima bola 51 kali dalam perlawanan ini. Dan ia jumlah yang sangat besar berbanding mana mana pemain lain.
Beliau melakukan 10 cubaan gol, cuma 1 sahaja yang on target. Beliau juga gagal menyempurnakan 1 clear cut chance kerana miss kick.
Ini adalah laporan chalkboard untuk Cristiano Ronaldo yang gagal menyempurnakan 10 cubaan gol beliau.
Ronaldo melakukan 28/31 hantaran yang berjaya (successful). Namun daripada jumlah itu cuma sekali beliau mencipta peluang.
Lebih mengejutkan, Ronaldo melakukan terlalu banyak backpasses berbanding forward passes dalam perlawanan ini. Ia berlaku kerana hilang opsyen dan juga cuba meminta return ball dalam keadaan one two passes.
Isu Pace Dan Tactical Error Oleh Portugal
Mereka ada pasukan yang sangat berkapabiliti dalam semua aspek. Namun dari segi pace atau tempo secara berpasukan, pasukan ini agak lemah.
Pemain seperti Andre Gomez jelas sekali pemain terbaik mereka dan banyak peluang dicipta daripada beliau. Gomez mencipta 4 peluang yang mebawa kepada 2 big chances dan 1 assist.
Namun beliau antara pemain yang sederhana dari segi pace, dan Portugal mungkin akan berdepan masalah untuk menghukum 2 lagi pasukan dalam kumpulan ini yang lebih laju secara unit dan work rate lebih tinggi.
Iceland bukanlah pasukan yang laju untuk ‘reshape’ bila bertahan, namun Portugal terlalu average pace bila menekan pasukan ini di kawasan sendiri.
Namun bila mereka sudah reshape, mereka akan compact dan berdisplin dalam organisasi man to man tight marking di flat 4.
Sebab itu, Alan Shearer dalam analisis beliau menyebut:
‘Jika anda berdepan pasukan yang bermain bertahan, anda harus cepat bila sahaja ada ruang dan kesempatan; dan Portugal gagal melakukannya ‘
Antara sebab lain adalah pattern formasi mereka yang terlalu ‘luas’ yang menyukarkan mereka untuk lebih banyak interchange play dan lebih teamplay.
Dalam rajah di atas, anda mendapati, Portugal lebih memberikan tumpuan di kawasan wide area dan agak pasif untuk bermain di tight area.
Ia adalah satu sebab kenapa mereka sukar untuk berdepan dengan pasukan yang bertahan dengan kompak seperti Iceland.
Di bawah adalah cara Sepanyol meletakkan pemain di tight area untuk unlock defensive football oleh Republik Czech.
Portugal enggan melakukan investment untuk meletakkan salah seorang pemain back 4 mereka (sesiapa sahaja) untuk menjadi extra man di tengah atau di serangan.
Masalah tidak ada ball playing center back mungkin salah satu alasan untuk tidak melakukan perlaburan ini.
Namun, jurulatih Portugal boleh menggunakan fullback beliau untuk menjadi extra man. Ini kerana pihak lawan tidak memiliki unit yang ramai untuk bermain di kawasan mereka.
Sistem False No.9 Portugal
Saya boleh katakan mereka efektif secara taktikal kerana Nani dan Ronaldo sendiri mendapat servis daripada midfielder walaupun secara taktikalnya mereka agak frustrated.
Gol Nani adalah salah satu daripada olahan dalam taktikal ini dan ia team goal yang melibatkan 10 pemain Portugal.
Dalam perlawanan ini mereka efektif mencipta peluang dengan sistem 4-4-2. Cuma, jurulatih Portugal perlu mengkaji untuk menggunakan sistem yang ada no.9 tulen untuk sistem 4-4-2.
Dalam sistem 4-3-3 mungkin sistem false 9 ini lebih applicable dan meletakkan Nani dan Ronaldo sebagai wing forward / inside forward.
Atau mungkin mengekalkan Nani di role false 9 dan menurunkan Ronaldo dan Quaresma di flanker.
Ulasan Taktikal Iceland
Iceland memang sudah dijangka akan bertahan dalam perlawanan ini. Mereka bermain di blok rendah dan cuba menyempitkan ruang di defensive third.
Apa yang pelik, Cristiano Ronaldo mengkritik pasukan ini sebagai bermentaliti rendah. Sedangkan satu dunia melihat karakter pasukan ini yang mahu mendapatkan sebarang mata daripada perlawanan ini.
Ronaldo sendiri gagal memberikan impak lebih baik berbanding Nani, Andre Gomez, Joao Moutinho dan Joao Mario.
Berkir Bjarnasson menjadi pemain Iceland pertama menjaringkan gol dalam kejohanan Euro dan ia merupakan kejohanan besar sulung mereka.
Iceland ‘Tak Mahukan” Bola !
Jika pasukan ini lebih ‘intim’ dengan bola, mereka boleh mendapat sesuatu. Dalam berberapa situasi, mereka berjaya memberikan ancaman kepada back 4 Portugal yang lack of pace apabila bertahan di medium line dan high line.
Dalam statistik di bawah anda akan melihat berapa banyak bola dikeluarkan terus dari kawasan mereka walaupun bukan semasa ancaman yang kuat daripada Portugal.
Mereka kelihatan ‘ok’ pada berberapa gerakan yang lebih ‘teamplay’. Namun chalkboard di atas memang satu visual gila daripada Iceland.
Taktikal Long Ball dan Crosses
Iceland berjaya memberikan tekanan ketika menyerang dari kanan. Mereka juga nampak bahaya ketika situasi bola cross. Mereka bermain sangat direct !
Perkara yang dilakukan Iceland ketika situasi bola mati atau cross adalah mereka bukan fokus kepada first ball tetapi mereka cuba memenangi second ball.
Penjelasannya disini adalah, mereka akan melakukan cross ke dalam kawasan gol Portugal dan pemain mereka akan memberikan tekanan untuk pertahanan Portugal melakukan kesilapan.
Verdict
Ia keputusan yang berat untuk Portugal. Pendekatan false 9 ini mungkin dikekalkan kerana Portugal memang ketandusan striker.
Pada masa yang sama Nani boleh beroperasi dengan baik di False 9 dan mereka ada Ronaldo yang prolifik di flanker.
Portugal perlu memperbaiki penetration mereka di kotak penalti lawan dan isu compactness untuk lebih lancar dalam gerakan terutama sekali dengan ada kesanggupan untuk bermain di tight area.
Kreativiti pemain seperti Andre Gomez adalah antara perkara terbaik yang Portugal miliki dalam perlawanan ini.
Ia adalah testimoni kepada kerjasama berpasukan Iceland untuk mengikat jagoan seperti Portugal dan saya merasakan mereka berhak meraikannya lebih daripada memenangi Euro kerana ini adalah penampilan pertama mereka di Euro.
Ia adalah kerana fokus dan disiplin mereka untuk bertahan dalam organisasi. Penyokong Portugal mungkin teringat akan peristiwa bagaimana pasukan mereka gagal membenam pasukan defensif, Greece dalam final Euro 2004.
Portugal banyak mencipta peluang namun gagal menyudahkannya. Mereka juga sedikit tidak bernasib baik apabila 2 cubaan mereka diselamatkan point blank saves oleh penjaga gol Iceland.
Ia keputusan yang agak kejam untuk pasukan pilihan dalam kumpulan ini, dan saya menjangkakan 2 lagi lawan Portugal selepas ini akan mendapat lebih keyakinan untuk melakukan upset kepada Portugal selepas perlawanan ini.
Man Of The Match.
Saya memilih Hannes Thór Halldórsson sebagai pemain terbaik selepas melakukan 8 saves dalam perlawanan ini untuk menjadikan score board 1-1 dan bukannya tewas 3-1 atau 4-1.
Statistik
[adrotate banner=”9″]