Perisic Efektif di Kiri dan Menghukum Kegagalan Ramos Menyudahkan Penalti!
Sepanyol akhirnya merasai kekalahan pertama dalam tempoh 12 tahun di kejohanan Euro. Ia juga kali pertama pasukan yang ketinggalan menewaskan mereka.
[adrotate group=”2″]
Permulaan
Sepanyol bermain 4-3-3. Mereka tidak melakukan sebarang pertukaran dalam teamsheet mereka selepas menang 6 mata dengan kesebelasan terkuat ini. Del Bosque mungkin mahukan keserasian pasukan ini diperkuatkan lagi.
Croatia terpaksa memulakan perlawanan tanpa pemain penting Luka Modric. Mereka bermain 4-2-3-1 dalam perlawanan ini.
Sepanyol Bermula Baik
Sepanyol mencetak gol awal dalam perlawanan ini selepas satu kombinasi permainan yang penuh imaginatif oleh Silva dan Fabregas. Mereka hampir mencipta gol kedua melalui skim serangan yang sama.
Sepanyol bermain bolasepak yang baik seperti biasa. Alvaro Morata jelas semakin memahami kehendak taktikal dalam pasukan ini dan mungkin sedikit motivasi daripada kepulangan ke Real Madrid selepas ini .
Sepanyol banyak memegang bola dan Croatia ditekan di kawasan sendiri
Tempo Sepanyol Mulai Longgar
Satu perkara yang jelas dalam perlawanan ini adalah tempo. Tempo Sepanyol dilihat semakin menurun dan tidak sepantas mereka dalam 2 perlawanan sebelum ini.
Mereka berjaya melakukan berberapa penetration ke kawasan Croatia namun mereka bukan di tahap terbaik dari segi tenaga dan intensiti. Ada berberapa gerakan mereka gagal bergerak secara unit yang compact.
Mungkin Del Bosque harus memikirkan lebih serius isu rotasi dalam pasukan ini dengan kualiti squad depth yang mereka miliki.
Kesannya mereka gagal memecahkan blok tengah Croatia dengan lebih esklusif seperti sebelum ini. Ini juga kerana disiplin Croatia yang sangat tinggi ketika bertahan.
Disiplin Pertahanan Croatia.
Mereka akan berusaha menutup ruang dengan secepat mungkin walaupun mereka tahu Sepanyol tetap akan berjaya melakukan sesuatu dengan corak tiki taka yang berkembang. Dalam keadaan bertahan mereka gemar berada dalam formasi chain of 5 di backline.
Croatia adalah pasukan yang lebih bertenaga dan lebih stabil dalam perlawanan ini dan banyak mengepung gerakan Sepanyol dengan baik.
Sepanyol menguasai perlawanan sehingga 70% namun mereka kali ini cuma mencipta 11 peluang sahaja dalam perlawanan ini. Pada separuh masa pertama cuma 6 peluang yang dicipta pada separuh masa pertama.
Del Bosque Bertukar Ke Formasi 4-1-4-1
Kemasukan Bruno Soriano adalah untuk membantu Busquet di defensive midfielder. Ia juga antara pelan untuk meletakkan 2 fullback mereka supaya lebih advance di high line.
Del Bosque melihat pasukan beliau semakin bergelut untuk melancarkan final passes di bahagian tengah. Mereka tidak mampu menggunakan platform center circle dengan lebih produktif.
Croatia Menekan Titik Lemah Sepanyol
Dalam heatmap di bawah anda akan dapati, midfielder Croatia memang fokus kepada untuk menekan arah Juanfran.
Juanfran gagal bermain baik kali ini dan kelihatan fatigue. Kerapkali beliau ditewaskan oleh Perisic yang occupy sayap kiri dengan terlalu mudah. Ia ditambah dengan perlindungan agak lemah daripada Busquet.
Gol pertama adalah dicipta dari bahagian ini. Manakala gol kemenangan Croatia adalah larian bebas Perisic dari arah Juanfran juga. De Gea gagal menyelamatkan bola itu walaupun dia antara goalkeeper yang paling boleh dipercayai untuk menjadi penyelamat terakhir.
Statistik Perisic dalam perlawanan ini adalah :
Cubaan Gol : 4
Cubaan Tepat : 1
Gol : 1
Peluang Dicipta : 1
Perisic bukanlah pemain yang bermain kualiti tertinggi dengan hanya 54% hantaran tepat. Namun beliau sangat direct dalam memberikan ancaman sama ada akan melakukan hantaran bahaya atau percubaan gol.
Isu Kerapuhan Pertahanan Sepanyol
Dalam perlawanan ini, ia jelas menujukkan Pique dan Ramos tidak berada dalam tahap terbaik. Gol pertama adalah kerana poor marking oleh kedua dua mereka.
Croatia mewujudkan keadaan 3 pemain di dalam kotak penalti seperti yang mereka lakukan sebelum ini. Ini mencetuskan 3 vs 3 dan Ramos agak ‘tertidur’ ketika bertahan dan Kalinic menyamakan kedudukan.
Di flank, 2 pemain gagal menghentikan Perisic lebih awal.
Sementara itu, De Gea jelas tidak berada dalam prestasi terbaik apabila melakukan berberapa goalkeeping error dan juga aksi terlalu kasual beliau hampir dihukum oleh Croatia.
Verdict
Ia adalah kekalahan yang perit untuk Sepanyol kerana mereka tewas secara teknikal. Mereka memiliki pasukan yang kelihatan agak keletihan dan banyak hilang fokus sehingga gagal menyempurnakan penalti.
Walaubagaimanapun Sepanyol tetap ada kualiti tersendiri terutama David Silva. Namun, moral pasukan Croatia mungkin dilonjakkan lagi kegagalan Sergio Ramos untuk menyempurnakan penalti.
Croatia berhak menjadi pasukan terbaik dalam kumpulan ini dan mungkin berhak untuk menang juga sebelum ini jika penyokong mereka tidak menimbulkan insiden yang membawa kepada tambahan masa yang lama.
Kredit kepada Ante Cacic yang berjaya menyediakan taktikal yang berkesan dalam perlawanan ini. Ia bukan tugas mudah.
Man Of The Match
Saya secara peribadi memilih Kalinic sebagai man of the match kerana menjaringkan gol penyamaan dengan gaya Zlatan dan juga mencetuskan assist untuk gol kemenangan.
Pemain lain yang cemerlang dalam senarai man of the match adalah, Perisic, Srna dan Badelj.
Statistik
[adrotate banner=”9″]