Permulaan
Portugal memulakan perlawanan ini dengan 4-1-3-2 dengan merehatkan Joao Moutinho. Renato Sanchez memulakan perlawanan kali ini dengan 2 false 9 (Nani-Ronaldo)
Poland turun dengan formasi utama mereka 4-4-1-1. Arkadiusz Milik menjadi second striker dan agak free role pada kali ini. Lihat heat map ini untuk penjelasan kenapa dia lebih kepada free role.
Poland bermula baik
Poland pasukan lebih baik 15 minit pertama. Poland mendapat gol pertama dalam tempoh cuma 100 saat melalui siapa lagi kalau bukan Lewandwoski.
Ia lebih kepada kualiti Lewandowski yang terus cuba mencari ruang dan menunggu di kawasan yang tepat. Naluri yang kuat !
Kredit juga kepada Kamil Grosicki yang meneruskan aksi cemerlang beliau di dalam kejohanan kali ini
Taktikal Poland jelas sekali cuba untuk menggunakan Grosicki sebagai pemain yang akan menjadi pemberi servis utama.
Milik akan cuba untuk melakukan dummies run untuk membuka ruang kepada Lewandowski. Milik memiliki mobiliti dan positioning yang sangat baik seperti biasa namun beliau masih ada isu dengan final passes dan finishing.
Penurunan intensiti Poland
Selepas 25 minit, Poland mengurangkan intensiti dan lebih selesa untuk drop deep. Ini memberikan banyak peluang kepada Portugal untuk menekan mereka di deep area.
Poland mengharapkan pemain seperti Krychowiak untuk melepaskan mereka dalam cubaan untuk transisi kepada menyerang.
Namun ia gagal berlaku kerana mereka ditekan terlalu dalam dan pemain agak pasif. Cuma Kamil Grosicki dan Kuba sahaja yang ada potensi melakukan fast break daripada wide area.
Mereka secara defensifnya beraksi baik. Berjaya melakukan 5 shots block sebelum dibolosi gol pertama kerana deflection.
Sanches adalah wayar hidup Portugal
Selepas 30 minit, perlawanan ini boleh dikatakan bertukar menjadi milik Portugal. Mereka lebih banyak menyerang.
Renato Sanches mulai diarahkan untuk beroperasi di wing kiri dan Joao Mario beraksi di tengah dalam formasi 4-4-2.
Ini adalah heatmap Sanchez untuk 90 minit. Pada separuh masa pertama beliau banyak bermain di kanan dan pada separuh masa kedua, impak beliau lebih kuat di wing kiri.
Sanchez menjaringkan gol penyamaan cantik untuk gol pertama beliau dalam karier antarabangsa. Namun sayang sekali gandingan Nani dan Ronaldo tidak begitu dominan di final third dalam perlawanan ini.
Beliau juga distributor terbaik Portugal sepanjang 90 minit perlawanan. Sehingga saya pun tak pasti sama ada di bermain wing atau box to box.
Kerapuhan pertahanan Portugal
Mereka banyak memberikan ruang dan masa kepada pemain Poland untuk melakukan sesuatu terutamanya separuh masa pertama.
2 winger mereka tak cukup komited untuk membantu fullback sedangkan mereka harus tahu akan ancaman Grosicki.
Sepanjang 90 minit pertama mereka cuma melakukan 3 tackles gagal di dalam kawasan pertahanan mereka.
Ini adalah contoh organisasi yang sangat lemah dalam zonal marking Portugal pada awal separuh masa pertama.
Portugal dan tight area
Dalam perlawanan ini, sebelum kemasukan Joao Moutinho, Portugal amat lemah untuk memecahkan blok pertahanan Poland, terutama di tight area.
Tidak ada pemain Portugal yang benar benar sanggup untuk bermain di dalam kawasan sempit tersebut. Ia menyukar link up dengan pemain serangan.
Nani dan Ronaldo sendiri terpaksa turun ke merata kawasan untuk mendapatkan bola.
Hantaran Portugal banyak berlegar dalam U shape, dan ia adalah perkembangan yang tidak sihat. Ia menunjukkan pasukan ini tidak cukup penetrative.
Namun Moutinho masih gagal memberikan penyelesaian masalah secara total. Portugal masih bermasalah dengan tight area.
Mujurlah ada Sanches yang efektif di flank.
Perlawanan Seimbang untuk 90 minit
Boleh dikatakan perlawanan agak seimbang untuk 90 minit. Walaubagaimanapun Portugal mengakhiri 90 minit sebagai pasukan yang lebih baik.
Perubahan formasi kepada 4-3-3 oleh Portugal tidak memberikan impak yang sangat signifikan dan Cristiano Ronaldo hampir menjadi matchwinner jika beliau berjaya menguis bola dalam keadaan peluang terbuka.
Masa Tambahan
Tidak begitu banyak beza skrip pada masa tambahan dengan 90 minit. Kedua dua pasukan masih terkial kial di final third terutama di depan gol.
Perlawanan berakhir dengan kedudukan terikat dan pemenang akan ditentukan dengan penentuan melalui sepakan penalti.
Portugal menang penentuan penalti
Portugal berjaya menyempurnakan kelima-lima penalti mereka manakala Poland gagal menyempurnakan penalti ke-4 menerusi bekas kapten mereka, Jakub Błaszczykowski.
Kredit juga kepada Rui Patricio kerana satu save yang sempurna.
Portugal mara ke separuh akhir untuk menanti pemenang di antara Belgium atau Wales.
Verdict
Ia adalah perjalanan yang tanpa kemenangan sekali lagi untuk Portugal bagi permainan 90 minit.
Ia bukanlah perlawanan pertarungan taktikal sebenar. Kedua dua pasukan banyak bergantung kepada aspek teknikal iaitu individual brilliance.
Adakah ia kemenangan yang adil ?
Bagi saya, mana mana di antara kedua dua pasukan ini berhak menang selepas perlawanan yang agak intensif sederhana.
Namun kualiti Portugal memang sudah dijangka untuk memenangi penalty shootout. Ricardo Quaresma menjadi pemain simpanan yang paling efektif dalam kejohanan Eropah kali ini.
Beliau meledak 2 gol dari bangku simpanan. 1 gol kemenangan penentuan masa tambahan menentang Croatia. Dan kali ini, penjaring gol kemenangan untuk penentuan penalti.
Man Of The Match
Renato Sanches – Nampaknya, beliau adalah prospek besar Portugal selepas Figo dan Ronaldo. 18 tahun!
Statistik
Tahniah Portugal kerana meneruskan kemaraan !
[adrotate banner=”9″]