Analisis Taktikal Piala Eropah: Portugal v France (FT 0-0, AET 1-0) – Perancis ‘Lepaskan’ Piala Eropah 2016

Analisis

Dalam perlawanan bolasepak, anda perlu ada lebih kesungguhan dan realistik dengan status memiliki pasukan lebih baik. Namun hal itu tidak dilakukan Perancis.

Permulaan

Didier Deschamps memilih untuk mengekalkan kesebelasan utama dan formasi beliau untuk kali ketiga. Saya ada membuat berberapa isu untuk dipertimbangkan sebelum ini.

Antaranya adalah sistem midfielder 4 yang mungkin menenggelamkan prestasi Payet walaupun ia berjaya mengorek hasil optimum daripada Griezmann.

Portugal bermula dengan sistem diamond 4-4-2/4-1-2-1-2. Mereka menjadikan Nani dan Ronaldo sebagai twin false 9 di bahagian serangan.

Pendekatan Intensif Sederhana Perancis

Jika Portugal mengambil pendekatan lebih defensif, ia difahami semua kerana kualiti squad depth mereka. Namun untuk Perancis ia tidak sepatutnya berlaku.

Masih ramai di luar sana kehairanan bagaimana mereka menewaskan Jerman. Deschamps pada perlawanan ini menggunakan pendekatan yang sama dengan apa yang beliau arahkan ketika menentang Jerman.

Jika menentang Jerman, ia normal untuk Perancis menggunakan pendekatan intensif sederhana mahupun rendah kerana Jerman kuat daripada mereka secara teknikal.

Apabila mereka menggunakannya dalam perlawanan ini, ia memberikan Portugal banyak masa untuk berasa lega dengan kurangnya serangan berterusan ke kubu mereka.

Perancis cuma melakukan 3 cubaan tepat pada separuh masa pertama. Bermain dengan penuh berhati hati. Ia mirip dengan apa yang mereka lakukan ke atas Jerman.

Sedangkan pada awal perlawanan ini, Portugal tidak berada dalam kondisi terbaik. Pepe tidak cergas sepenunhya.

Hasilnya, hampir 70% perlawanan 90 minit menjadi bosan kerana kedua dua pasukan mengambil pendekatan yang sama. 

Kenapa Perancis tidak ada keberanian? Sedangkan mereka ada lebih kualiti.

Perancis bermasalah Di Tengah

Mereka memiliki 2 pemain midfield yang merupakan antara box to box yang terbaik di Eropah namun diarahkan bermain di deep area.

Jelas Perancis tidak menggunakan 2 pemain box to box mereka sebaik baiknya. Mungkin Deschampas harus mengkaji 4-3-3 atau menggunakan cuma seorang antara Matuidi atau Pogba dan memasukkan Kante.

Jika ada Kante bermain di DMF, beliau boleh memberikan lesen kepada pemain box to box untuk bebas naik ke atas.

Ini adalah heatmap 2 pemain ini yang sekadar merelakan diri bermain di deep area dan halfway line.

matudi

Pengurusan Payet-Griezmann

Untuk mendapatkan yang terbaik daripada 2 pemain ini salah satu caranya adalah menjadikan Griezmann sebagai sole striker (penyerang tunggal) dan mengintergrasikana semula Payet ke sistem attacking 3.

Payet bukan pemain midfielder 4. Inilah sebab kenapa dia dijual Marseille kerana tidak beraksi cemerlang. Beliau adalah tipikal wing attacker. Ataupun opsyen untuk bermain dengan 4-5-1.

Saya tidak berkata 4-4-1-1 adalah salah. Namun dengan hasil daripada Giroud selepas yang lemah lebih 60 minit kali ini dan banyak cubaan datang daripada Griezmann.

Justeru kenapa tidak cuba menukar formasi kepada 4-3-3 dengan Payet dengan Sissoko atau winger dari bangku simpanan di wide area.

Dalam erti kata lain, Deschamps dan Perancis melayan perlawanan ini dengan pendekatan dan mentaliti serta taktikal yang kurang berkesan terlalu lama.

Deschamps tidak mahu melakukan apa apa perubahan dan menantikan hasil seperti yang mereka dapat ketika menentang Jerman. 

Mereka sepatutnya menjadi pasukan yang lebih ofensif dan banyak menekan lawan.

Perancis Banyak Menuju Kawasan Yang Kurang Pemain Mereka

Satu pendekatan yang saya agak musykil adalah pattern hantaran mereka. Dalam rajah di bawah adalah pattern hantaran mereka di tengah yang banyak menuju ke bahagian kanan.

Dalam purata kedudukan posisi pemain mereka lebih ramai di bahagian kiri. Secara tidak langsung pattern hantaran itu sendiri ke arah kawasan yang mereka kalah secara numerical.

pat

Ini adalah heatmap pemain mereka di final third. Anda akan dapati, mereka banyak berlegar di kiri.

hs

Perancis Mengambil Masa Terlalu Lama Untuk Melepaskan Bola

Mereka ada pemain yang berkualiti untuk melakukan hantaran. Namun dalam perlawanan ini, antara masalah mereka adalah kadar pace hantaran mereka yang lambat.

Ia lebih kepada terlalu menunggu rakan untuk berada dalam kedudukan masing masing seperti dalam training mungkin.

shape

Mungkin kita harus menggariskan isu untuk urgencies untuk pergi ke zonal dan juga membentuk formasi ketika menguasai bola.

Dalam erti kata lain mereka perlu meningkatkan tempo permain mereka secara organisasi taktikal.

Ini adalah pattern hantaran Pogba yang banyak ke sideward kerana gagal mendapat bentuk formasi yang sepatutnya dengan cepat.

Dalam pattern ini juga isu yang sama, banyak hantaran ke kawasan tidak relevan. Kawasan yang mereka kurang penguasaan secara numerical. Mujurlah Sissoko sangat bertenaga dan dalam prestasi terbaik.

pogba

Tactical Error Oleh Portugal 

Portugal secara defensifnya memang telah berjaya merantai serangan Perancis yang tidak cukup energetic menyerang mereka.

Dari awal sehingga akhir mereka bertahan dalam zonal marking yang sangat disiplin. Mereka menstabilkan blok blok penting ketika bertahan.

Sentiasa komited untuk menghancurkan serangan lawan. Mereka kuat secara fizikal dan di udara untuk menyukarkan Giroud memenangi bola dan melakukan lay off.

porr

122

Namun isu yang dibangkitkan adalah mereka bermain dalam tactical error terlalu lama dalam perlawanan ini di bahagian tengah dan serangan. Hampir sejam mereka bermain dalam taktikal yang salah.

Tempoh mereka bermain tactical error adalah selepas Ronaldo dikeluarkan dan mereka bermain 4-1-4-1. Formasi yang sangat sukar dimainkan tanpa target man.

Adrien Silva pula tidak dikeluarkan lebih awal. Beliau amat lemah di tight area.

Kenapa Tactical Error?

Pertamanya beliau tidak memasukkan pemain CF untuk bermain tatikal ini. Beliau memasukkan Quaresma dan mengeluarkan false 9 Ronaldo.

Ralatnya tactic ini menyebabkan Sanches bermain center midfielder sebenar bersama Adrien Silva yang sangat lemau dalam perlawanan ini.

Kemudian mengharapkan Nani menjadi sole striker dalam 4-1-4-1 adalah sesuatu yang sukar. Bahkan false 9 taraf Lionel Messi pun belum pastik boleh bermain 4-1-4-1.

xz

4-1-4-1 Portugal sangat lemah dari segi connection di antara pemain tengah dengan bahagian lain. Nani kerap mewujudkan 4-1-5-0 apabila counter attack.

Kemasukan Eder, Portugal Bermain 4-3-3

Kemasukan Eder membawa kepada perubahan taktikal yangf positif kerana kini mereka memilki target man sebenar untuk bermain 4-3-3.

Hanya dengan menukarkan 1 potongan puzzle sahaja Portugal menjadi pasukan yang lebih baik daripada sebelum ini. Saya terfikir juga, jika mereka masukkan Eder pada minit ke 24, mungkin mereka sudah menang lebih awal.

Santos mengeluarkan Sanches. Ia kos dibayar kerana silap memasukkan Quaresma sebelum ini. Agak kasar juga jika Quaresma yang dikeluarkan. Nani tidak mungkin akan dikeluarkan.

Namun saya amat kagum dengan komitmen Quaresma dalam perlawanan ini yang terus mencuba sedaya upaya untuk bersaing dengan pemain yang lebih muda dan bertenaga.

Namun, dengan mengorbankan Sanches  mereka mendapat pulangan dari segi taktikal berpasukan. Ini adalah jumlah cubaan gol sebelum kemasukan Eder.

ed22

Ini adalah ancaman dengan sistem 4-3-3 dengan kemasukan Eder. Anda akan lihat kualiti cubaan gol mereka diperbaiki.

ed

Portugal mulai mewujudkan numerical battle dengan 3v3 atau 3v4 di atas. Gol Eder adalah hasil daripada sistem ini.

Di bawah ini mereka merampas semula bola di kawasan Perancis dan Eder ada opsyen di sebelah Nani.

bl

Di bawah ini, ketika Eder cuba melakukan cubaan, tidak ada pemain yang benar benar komited untuk mematikan usaha beliau.

Adakah ia kerana memandang rendah keupayaan Eder untuk menewaskan Lloris daripada jarak tersebut? Dan, Hey! Ini final!

Portugal pada keseluruhannya amat lemah pengaruh di final third. Lihat map hantaran ini. Anda akan dapati amat sedikit jumlah hantara di kawasan serangan.

1468184435562461

Verdict

Perlawanan ini seakan akan Perancis yang tidak mahu menang. Deschamps enggan menukar 4-4-1-1 kepada 4-3-3 sejak dari mula.

Kedua dua pasukan bermain dengan tactical error dalam perlawanan ini. Namun Deschamps selesa dengan formasi yang tumpul dan cuma membuat pertukaran teknikal iaitu direct subtitution.

Berbeza dengan Portugal mereka kembali ke menukar 4-1-4-1 yang sangat buruk terutama apabila pemain seperti Adrien Silva sangat sesat lemah cengkaman di tengah.

Sanhes pula tidak dapat adapt kepada role CMF sebenar dalam sistem 4-1-4-1. Beliau nampak ‘sesat’ ketika bertahan dan balance

Portugal harus berasa lega kerana tidak dihukum Perancis dalam tempoh mereka bermain dalam keadaan tidak terurus kerana Perancis pun nampak kurang connection di antara zonal.

Perancis pula melayan perlawanan ini sebijik seperti apa yang mereka lakukan ketika menentang Jerman. Mereka tidak agresif dan tidak mahu ofensif.

Dalam perlawanan menentang Jerman mereka menang kerana indivdidual errors pihak lawan. Perancis sepatutnya boleh menekan Portugal yang agak sukar ketika hilang pemain penting.

Namun sikap Perancis membuatkan Portugal terus mara dan mara sehingga mendapat sesuatu. Portugal cuma melakukan 3 cubaan tepat berbandin 7 yang dilakukan Perancis.

Man Of The Match

Mungkin Man of the match adalah bermain untuk pasukan yang kalah iaitu Moussa Sissoko. 

Namun dalam memilih man of the match haruslah daripada pasukan yang menang.

Jadi saya memilih Rui Patricio melakukan 2 big saves dalam perlawanan ini.


Statistik

sa

[adrotate banner=’9′]

Baca juga: Portugal Juara Eropah 2016

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN