Dalam bolasepak, setiap pengurus harus realistik. Berhadapan dengan Jerman adalah bukan masa untuk menunjukkan kehebatan bermain lebih banyak dengan bola.
Deschamps memilih pendekatan bertahan dan counter attack. Dalam pada masa yang sama, pasukan yang mengambil pendekatan bertahan haruslah memanfaatkan peluang yang terhad.
Perancis melakukannya dan itulah sebab kenapa Perancis menang.
Permulaan
Jerman bermain 4-3-2-1 tanpa penyerang tulen. Itu bukanlah isu besar sebelum ini, namun dalam Piala Eropah kali ini, ia adalah antara isu besar Jerman.
Ini kerana 2 false 9 utama mereka gagal melakukan tugas menjaringkan gol dengan baik, Muller dan Gotze.
Perancis mengekalkan 4-4-2/4-4-1-1 dalam perlawanan ini. Taktikal yang memang lebih kepada mendapatkan yang terbaik daripada Griezmann dan Giroud.
Dalam analisis sebelum ini saya mendedahkan Payet bukan tipikal pemain sayap untuk sistem midfielder 4, beliau adalah pemain sayap untuk sistem attacking/midfielder 3.
Jerman Gagal Masuk Ke Kawasan Bahaya
Dalam perlawanan ini, jika perlawanan ini berakhir dengan kemenangan Jerman sudah pasti saya akan memberikan kredit yang besar dengan cara mereka bermain.
Jerman mendominasi perlawanan sejak dari awal. 2 fullback mereka bermain dalam sistem yang cukup advance untuk mengepin fullback Perancis Evra dan Sagna.
Evra dan Sagna memiliki peluang terhad untuk berhubung dengan flanker mereka. Saya memang tak menjangkakan Perancis akan bermain dengan fullback yang dinamik.
Namun jika ya, sistem Jerman cukup bagus untuk mengekang mereka di kawasan width. Namun masalah utama Jerman adalah, mereka gagal untuk lebih penetrative di kawasan bahaya.
Sistem Serangan Jerman Rosak
Enjin mereka di serangan tidak berfungsi kali ini. Pada separuh masa pertama lagi Loew dah cuba memperbaiki sistem serangan beliau.
Emre Can diarahkan bermain free role false 10 dan kadang kadang bermain false 9 untuk membentuk attacking 4 atau attacking 5 di garisan serangan.
Ia masih tidak berkesan. Loew mengarahkan Schweinsteiger bermain di deeper role kerana beliau mahukan pemain lebih agile di hadapan.
Dalam perlawanan ini Schweinsteiger tidak berdepan tekanan yang kuat secara taktikal di tengah kerana Perancis berdepan dengan limitasi penguasaan dan banyak melangkau bahagian tengah.
Masalah mereka gagal diselesaikan dan terus gagal untuk masuk lebih dalam ke kawasan Perancis. Banyak hantaran mereka dipatahkan.
Umtiti adalah aset besar Perancis dan sangat bertuah Barcelona mendapatkan beliau.Ini adalah laporan chalkboard untuk clearance yang dilakukan Perancis.
Ini adalah jumlah shots on target oleh Jerman pada separuh masa pertama. Rata rata cubaan dari luar kotak penalti. Itu kerana mereka buntu untuk lebih penetratif.
Pada separuh masa kedua anda akan dapati, Perancis lebih baik dari segi shots on target dengan 2 berbanding Jerman yang cuma melakukan 1 shots on target di separuh masa kedua.
Jelas Jerman ada masalah di hadapan gol. Pasukan yang cuma bermain purata 35% possesion masih mampu menyaingi mereka dari segi cubaan gol.
Untuk Perancis kita faham sebab mereka bermain defensif, namun untuk pasukan yang memiliki possession lebih 60%, cuma 5 shots on target sepanjang perlawanan, ia adalah masalah.
Ia adalah isu squad depth apabila gagal membawa back up kepada pemain yang tipikal Mario G0mez kerana taktikal mereka sebenarnya memerlukan target man.
Saya faham, Loew yakin Muller dan Gotze akan memberikan impak jika Mario tidak dapat bermain. Namun akhirnya perlaburan dan gamble Loew kali ini gagal.
Memasukkan Sane tidak membawa kepada tactical change kerana mereka perlukan no.9.
Sane adalah tipikal Draxler. Beliau walaubagaimanapun memberi impak kerana beliau adalah fresh leg.
Perancis Mengurangkan Impak Di Kanan
Data analisis yang statistikal amat penting dalam mempersiapkan pasukan. Mungkin Perancis sudah mengetahui bahawa operasi Jerman akan lebih bertumpu di flank kiri atau kawasan kawan sideback mereka.
Apa yang mereka lakukan adalah, mereka memberikan penekanan untuk mengurangkan impak ancaman daripada Hector, Draxler dan Kroos di kanan mereka.
Ini adalah heatmap pemain tengah dan ofensif Jerman dan pemain midfielder 4 & back 4 Perancis. Lihat penekanan mereka.
Kita harus memberikan kredit kepada Moussa Sissoko yang efektif membantu Sagna di deep wide area.
Perancis Sit Back And Counter Attack
Dalam perlawanan ini pasukan Perancis jelas bermain lebih pasif. Namun mereka bukanlah pasukan yang benar benar mengancam setiap kali counter attack kerana mereka ada masalah dengan pace.
Mereka ada Payet dan Griezman di belakang Giroud namun 2 pemain ini pada masa yang sama berjaya dikawal oleh defensive line Jerman.
Jerman bermain high line dan memberikan Giroud lebih banyak jarak daripada kawsan gol mereka. Kini Perancis cuma ada Giroud untuk mengatasi high line Jerman.
Ini kerana Griezman dan Payet banyak dikurung di kawasan sendiri oleh Jerman terutama pada separuh masa pertama.
Lebih panjang distance dan kurang sokongan bermakna Giroud perlu lebih pace. Jerman pula ada jarak sekitar paling kurang 35 meter untuk bersaing dengan Giroud.
Jerman cepat untuk regroup apabila dicounter attack.
Ini adalah laporan jaringan/network hantaran pasukan Perancis yang menjadikan Griezmann sebagai fokal dan mereka banyak ‘skip’ midfield dalam hantaran mereka dan melalui bahagian sayap.
Perancis Lebih Klinikal vs Individual Errors Oleh Pemain Jerman
Ini yang membezakan kedua dua pasukan. Memiliki jumlah shots on target yang sama sama rendah. Namun mereka berjaya menjaringkan 2 gol. 1 melalui situasi bola mati, dan 1 lagi dari permainan terbuka.
Jerman pula melakukan 2 individual errors yang membuatkan mereka tidak akan dikenang sebagai pasukan yang lebih baik dalam perlawanan ini.
Mereka berjaya shifting & switching formasi mereka dengan baik sepanjang perlawanan. Bermain dalam taktikal yang ala Guardiola di Bayern Munich.
Namun Perancis ada penjaring gol dan mereka tidak ada. Schweinsteiger menghalang bola dengan tangan dalam keadaan beliau berdepan Evra di kawasan yang sukar untuk Evra melakukan apa apa.
Gol kedua adalah kerana mereka kehilangan bola di defensive third kerana mahu memulakan build up dari belakang.
Mereka menukarkan arah bola ke arah Kimmich apabila ditekan di sebelah kiri. Howedes sangat tidak realistik dalam mengambil keputusan. Beliau menghantar merentasi box.
Perancis merampas bola hampir di byline area selepas Kimmich juga mahu bermain ‘bijak’ dan akhirnya menjadi tindakan bodoh.
Ini kerana beliau boleh melakukan clearance dalam keadaan vision beliau terhad dan tidak boleh terlalu yakin dengan keadaan.
Jangan terlalu yakin dalam keadaan tersebut. Pogba melakukan hantaran lintang yang bukanlah terlalu precisive namun ia gagal dikeluarkan oleh Neuer.
Semua tak kena dan Mustafi gagal melakukan blok dan gol!
Sifirnya tetap sama, mana mana penjaga gol yang keluar dari kawasan perlu melakukan claim atau punts. Dan Neuer gagal melakukannya.
Apa yang sangat menarik adalah. Seminit sebelum gol itu, Perancis dalam transisi ke formasi yang lebih defensif dengan memasukkan Kante.
Boleh dikatakan Perancis cuba protect 1 gol mereka dan belum sempat taktik berjalan mereka sudah mendapat 2 gol.
Verdict
Agak sukar hendak menghuraikan apa taktikal yang membuatkan Perancis memenangi perlawanan ini.Mereka dipin di kawasan sendiri oleh Jerman dan counter attack mereka juga gagal berfungsi.
Namun mereka menyudahkan peluang yang terhad. Ia adalah kerana 2 individual errors yang dihukum sebaik baiknya.
Bolasepak kadang kadang kejam dan Perancis tetap pemenang tidak kira betapa cantik sekali pun Jerman bermain jika tidak ada output.
Perlawanan ini lebih kepada kegagalan pasukan Jerman dalam produk akhir dan menyediakan plan serangan berkesan.
Namun kredit untuk back 4 Perancis terutama Umtiti yang beraksi sangat baik dalam perlawanan ini. Midfielder mereka juga banyak membantu untuk meneutralkan serangan Jerman.
Sehinggakan Jerman memilki jumlah cubaan yang hampir sama dengan mereka.
Deschamps jelas sekali berjaya memilih sama ada mahu memaksimumkan penggunaan Payet dalam 4-3-3 atau memaksimumkan penggunaan Griezman dalam 4-4-1-1. Ia perlaburan yang berhasil.
Payet dalam perlawanan ini agak terhad dan sangat lemah dalam membantu serangan. Malangnya serangan Jerman terlalu berpusat di kiri.
Man Of The Match
Antoine Griezmann
Statistik
[adrotate banner=”9″]
Baca juga: Perancis Menentang Jerman Sentiasa Menjadi Perlawanan Tumpuan