Permulaan
Belgium bermula dengan 4-2-3-1. Mereka meletakka Fellaini di Attacking Midfielder dan sekali sekala menjadi auxiliary striker atau striker kedua untuk menjadi fokal tambahan ketika menerima hantaran lintang.
[adrotate group=”2″]
Italy pula menggunakan formasi 3-3-4 / 3-5-2 yang lebih fokus kepada dominasi di bahagian sayap. Pelle dan Eder berpasangan di bahagian serangan. Dan seperti yang kita jangka Conte menggunakan backbone back 3 Juventus.
Sebagai tambahan, Italy menurunkan kesebelasan yang paling tua dalam sejarah Piala Eropah.
Analisis
Bagaimana Italy Agak Mudah Menembusi (Penetrate) Belgium
Kekuatan utama Italy adalah cara mereka melakukan transisi dari bertahan kepada serangan. Transisi mereka lancar kerana adanya pemain seperti Bonucci yang efektif melakukan diagonal passes ke bahagian sayap.
Pada berberapa fasa, Italy kelihatan seolah olah sedang bermain di padang latihan. Mereka bermain dalam organisasi mereka tanpa ada gangguan daripada Belgium.
Ini adalah chalkboard hantaran yang dilakukan oleh Bonucci.
Di bahagian sayap pemain tengah seperti Giacherini dan Parolo banyak membantu Darmian dan Candreva dengan melakukan shuttle run dari bahagian tengah ke kawasan sayap.
Dengan larian sebeginilah, Itali mengatasi kelemahan serangan sayap dalam mana mana strategi yang menggunakan back 3.
Giacherini, walaupun kerap hilang bola dan lambat membuat keputusan, tetapi beliau sentiasa berlari sehinggakan beliau dapat melakukan jaringan kerana usaha sebegini.
Kualiti Penyerang Belgium Dan Itali
Dalam perlawanan ini boleh disimpulkan mereka tidak memiliki penyerang yang tajam. Jika gandingan Eder-Pelle lebih tajam, Italy berpotensi mendapat lebih banyak gol.
Walaupun Pelle menjaringkan gol kedua yang spectacular, namun beliau melakukan berberapa miss target dan juga kerap hilang bola.
Di bawah ini adalah gambar di mana Pelle gagal menjaringkan gol dalam situasi free header.
Eder pula mungkin diturunkan Conte kerana etika kerja yang ala Okazaki di Leicester. Untuk forward play, Eder memang bukan pemain yang prolifik.
Untuk pasukan Belgium pula, mereka menurunkan Lukaku sebagai lone no.9. Agak mengecewakan apabila beliau terlalu banyak lose ball dan first touch yang sangat lemah.
Lukaku cuma melakukan 2 shots on goal dalam perlawanan ini dan salah satu daripadanya adalah situasi 1 lawan 1 menentang Buffon yang gagal disudahkannya.
Kemasukan Origi telah memberikan dimensi yang lebih baik kepada serangan Belgium dengan lebih pace dan ancaman.
Ia ditambah dengan adanya pemain seperti Carrasco yang lebih direct dalam memberikan servis daripada sayap.
Belgium Pasif !
Setiap kali Italy menyerang, pemain pemain Belgium tak komited untuk melakukan defensive action atau cuba mematikan ancaman lebih awal.
Bila hilang bola, mereka tidak bersungguh sungguh untuk cuba mendapatkannya semula. Berbeza dengan Italy yang sentiasa cuba untuk merampas kembali bola dan lebih komited ketika bertahan.
Belgium cuma melakukan 1 cubaan tepat pada separuh masa pertama melalui pemain tengah, Nainggolan. Selepas itu Belgium gagal memberikan ancaman lebih kerap.
Mark Wilmot mengambil masa terlalu lama untuk melakukan perubahan taktikal. Beliau cuma melakukan perubahan formasi pada minit ke 63 walaupun Belgium serba serbi tak menjadi di dalam padang.
Ia apabila Wilmot memasukkan Mertens dan mengeluarkan Naiggolan. Ini memberikan free role kepada Eden Hazard. Pada minit ke 75′, Wilmort dilihat cuba menggunakan formasi 3-4-3.
Belgium nampak lebih bahaya di kawasan lawan dengan pemain pertahanan turut membantu di high line. Cuma kecemerlangan Itali untuk bertahan menjadi masalah besar buat Belgium.
Mereka dihukum Itali dengan counter attack pada masa tambahan. Masalah yang sama, dimana mereka clueless dalam mematikan counter attack.
Italy pula sebelum ini terpaksa melakukan 3 tactical fouls sebagai usaha terakhir mengekang counter attack Belgium.
Masalah Team Play Dan Kreativiti Belgium
Dengan adanya kualiti pemain bintang, pasukan ini gagal bermain sebagai satu pasukan. Mereka kerap bermain sebagai satu pecahan unit.
Eden Hazard agak lemah pengaruh dalam perlawanan ini. Manakala pemain seperti De Bruyne tidak aktif membantu di low line / pertahanan.
Berlaku banyak disconnection di antara unit ketika mereka cuba berinteraksi. Kesannya, mereka amat sukar untuk menyerang Italy dengan lebih lancar dan berkesan.
Ada berberapa babak menunjukkan pemain mereka pasrah dan melakukan cubaan dari jauh yang tidak realistik.
Dari segi kreativiti mereka gagal untuk berhadapan dengan pasukan yang ada disiplin pertahanan yang baik seperti Italy.
3 cubaan gol awal mereka adalah melalui cubaan jarak jauh. Sepanjang perlawanan mereka cuma ada 3 cubaan gol dari dalam kotak penalti.
Ini adalah gambaran chalkboard cubaan gol Belgium yang jelas banyak dilakukan daripada luar kotak penalti. Kreativiti ?
Bezakan pula dengan chalkboard untuk cubaan gol Italy.
Verdict
Ia adalah kemenangan yang adil untuk Italy. Ini kerana mereka lebih jelas tentang kemahuan taktikal jurulatih dan lebih komited di dalam perlawanan ini.
Manakala, Wilmot boleh dikatakan melakukan tactical error serta pemain pemain Belgium juga harus dipersalahkan kerana terlalu sederhana intensiti dan fokus di dalam padang.
Italy jelas mengajar anak muda Belgium cara bermain di kejohanan besar walaupun mereka tidak ada penyerang no.9 yang berkelas dunia tetapi cara mereka bermain sebagai satu pasukan telah memberikan keputusan yang positif.
Man Of The Match
Giacherini – Walaupun beliau kekadang agak mudah kehilangan bola dan lambat membuat keputusan namun gol pertama beliau adalah kelas dunia. Beliau juga sangat rajin dalam perlawanan ini.
Statistik