Analisis Taktikal Piala Eropah 2016: Perancis v Republik Ireland (2-1)

Pertukaran Peranan Griezmann dan Giroud menjadi impak major dalam kebangkitan Perancis.

Dalam analisis kali ini, kami cuba mengetengahkan perubahan pasukan Perancis pada separuh masa pertama dan separuh masa kedua.

Ia adalah perlawanan di mana Perancis memulakan perlawanan dengan sangat hodoh dan sukar. Namun cara mereka bangkit pada separuh masa kedua adalah luar biasa.

Separuh Masa Pertama

Sistem serangan 3 serangkai (Attacking 3)

Pada separuh masa pertama Perancis menjadikan Griezmann sebagai wide player. Isu yang pernah kami bangkitkan dalam analisis perlawanan pertama Perancis ketika mereka bertungkus lumus menewaskan Romania.

Griezmann adalah tipikal pemain yang suka berlegar di sekitar zon 14. Ini adalah corak formasi taktikal Perancis dengan Griezman di wide area. 

1

2

Sistem ini jelas membuatkan Perancis hilang sumber servis di bahagian sayap dengan kecenderungan Griezmann untuk masuk ke dalam.

Kurangnya variasi servis bermakna, target man mereka akan berdepan kesukaran kerana Giroud bukan striker yang boleh mencipta gol dengan sendiri.

Ireland bermain baik pada awalnya

Apa yang mengkagumkan kita semua adalah cara Ireland memberikan tekanan kepada Perancis pada awal perlawanan.

Mereka cuba menekan Perancis secara numerical. Ia adalah untuk mencari gol awal dan mereka berjaya melakukannya. Mungkin lebih awal daripada yang mereka inginkan.

f1

qqw

Ketika bertahan pula, Ireland menyukarkan Perancis dengan organisasi yang sangat teratur dan mengawal blok blok penting.

Mereka berjaya menyukarkan Perancis untuk penetrate dan berhubung dengan target man atau attacking 3. 

Mereka bertahan dalam parameter halfspace kiri hingga ke halfspace kanan. Perancis juga yang tidak memiliki incisive no.10 untuk memecah masuk ke zon 14 walaupun Griezmann kerap mencuba namun beliau masih tetap terikat dengan tugas di wide area.

ir'

ir

Ireland bermain fast and furious football pada separuh masa pertama. Di bahagian tengah mereka juga nampak stabil untuk meneutralkan asakan pasukan Perancis.

Mereka melakukan 4 cubaan gol pada separuh masa pertama dan cuma 2 sahaja pada separuh masa kedua.

Boleh dikatakan anak buah Martin O’Neil telah melakukan perkara yang terbaik yang mereka mampu pada separuh masa pertama.

Perubahan taktikal Perancis pada separuh masa kedua

Deschamps memasukkan Coman dan mengeluarkan Kante yang sudah ada kad kuning. Deschamps melakukan 3 perubahan signifkan pada sepak mula separuh masa kedua

  • Menukar formasi 4-3-3- kepada 4-4-1-1
  • Mengarahkan Payet dan Coman menjadi pemain sayap tradisional
  • Mengarahkan Griezman menjadi no.10 di belakang Giroud
  • Menjadikan Giroud sebagai lebih kepada decoy n0.9

Sistem ini telah berjaya membuatkan Perancis ada sistem yang provide width dengan lebih berkesan. Lupakan Coman yang kurang menjadi kerana agak fancy dalam perlawanan ini.

Kita fokus kepada kejayaan sistem ini untuk membebaskan Griezman. Ia dilakukan dengan sistem decoy no.9 Giroud yang akan segera untuk melepaskan lay off passes kepada Griezman.

grr

Pada masa yang sama kami juga merasakan, mentaliti Ireland agak tertekan selepas terlalu kurang mendapat bola dan ditekan dengan cukup kuat oleh Perancis.

Di bawah adalah penerangan ringkas bagaimana Giroud menjadi sasaran compass passes dan beliau bukan lagi finisher utama dalam sistem in, beliau adalah ‘umpan’.

kom

Gol pertama Perancis kerana fokus pertahanan untuk mengawal Giroud dan pada masa yang sama mereka melakukan poor marking ke atas Griezmann.

goal-france-large_trans++2oUEflmHZZHjcYuvN_Gr-bVmXC2g6irFbtWDjolSHWg

Namun, kita harus imbas kembali role ini mirip kepada apa yang beliau lakukan di Atletico ketika berganding dengan target man lain. Beliau akan cuba memburu space yang ada di belakang striker.

121

122

goal-france-large_trans++2oUEflmHZZHjcYuvN_Gr-bVmXC2g6irFbtWDjolSHWg

 

124

Verdict

Ia adalah satu perubahan taktikal yang drastik dan berkesan oleh Perancis. Ireland pula tidak ada plan B untuk mengatasi tekanan ini.

Disiplin Ireland ketika bertahan pada separuh masa kedua juga lebih rendah. Mereka hilang fokus dan gagal berada dalam organisasi yang lebih stabil.

Kad merah dan 10 pemain adalah ibarat jatuh ditimpa tangga untuk mereka. Ireland juga gagal melancarkan serangan yang lebih agresif dan pantas seperti separuh masa pertama mungkin kerana keletihan setelah penggunaan tenaga yang tinggi.

Ireland juga tidak memiliki penggempur yang benar benar berbisa dalam kejohanan kali ini. Mereka pasti mengharapkan pengganti Robbie Keane dalam pasukan ini.

Shane Long penyerang yang berpotensi namun beliau kerap digunakan sebagai pemain sayap kerana mereka memerlukan kelajuan dan skil beliau.

Namun seluruh dunia sudah melihat kemampuan pasukan Republik Ireland yang tanpa bintang ini memberikan saingan yang baik di Piala Eropah 2016 dan selayaknya mereka balik dan disambut sebagai perwira.

Untuk pasukan Perancis, sekali lagi Griezman membuktikan bahawa beliau lebih selesa dengan role second striker /floating role atau no.10 berbanding bermain di sayap.

Ia adalah kemenangan yang selayaknya untuk Perancis setelah berusaha memperbaiki taktikal dan fokus mereka dalam perlawanan ini.

Man Of The Match

Antoine Griezmann (Perancis)

_90120972_griez-getty

[adrotate banner=”9″]

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN