2 On Target 2 Gol, Perancis Pasukan Pertama Layak Ke Pusingan Seterusnya.
Satu perlawanan yang agak ‘gila’ apabila 89 minit kedua dua pasukan gagal mencatatkan sebarang shots on target.
2 On target sahaja oleh Perancis pada minit ke-90 dan masa kecederaan menamatkan cita cita Albania untuk membawa 1 mata.
[adrotate group=”2″]
Permulaan
Perancis memulakan perlawanan dengan 4-2-1-3 setelah mengenepikan Pogba dan Griezman dalam perlawanan ini. Anthony Martial bermain di kiri, Payet di attacking midfielder, manakala Coman bermain di flank kiri.
Albania sekali lagi turun dengan formasi 4-1-4-1 dalam perlawanan ini tanpa kapten berpengaruh mereka, Llorik Cana yang digantung.
Pertukaran Taktikal Perancis Di Separuh Masa Kedua Beri Output Berganda.
Ketika Deschamps menukarkan Anthony Martial pada separuh masa kedua, ia menimbulkan persoalan. Ini kerana Anthony Martial antara ancaman utama kepada Albania.
Namun, keputusan itu rupa rupanya amat memberi kesan kepada output pasukan Perancis selepas itu.
Berbalik kepada Martial, sebelum perlawanan saya memang mahu melihat sama ada Deschamps mahukan beliau sebagai Martial di Manchester United dalam perlawanan ini.
Ataupun beliau mahu Martial melakukan tugas seperti Payet lakukan ketika menentang Romania iaitu lebih kepada memberikan servis kepada no.9.
Martial bermain seperti apa yang beliau lakukan di Manchester United. Masuk ke dalam dan cuba melakukan cubaan. Ini adalah permulaan taktikal 4-2-1-3 Deschamps dengan Payet di wide area.
Namun, mungkin Deschamps tak sukakan cara ini dan mengeluarkan Martial dengan memasukkan Pogba untuk melakukan perubahan formasi dan teknikal.
Jadi berlaku pertukaran posisi pada Dmitri Payet yang dikembalikan ke flank. Deschamps lebih selesa dengan winger yang memberikan servis kepada target man daripada yang berjuang sendiri seperti yang dilakukan Martial.
Ia adalah 2 kontras yang menarik kerana Martial memang kelihatan akan mendapat sesuatu daripada perlawanan ini sekiranya terus di atas padang.
Dalam erti kata lain Martial bermain seperti role yang biasa beliau lakukan di Manchester United iaitu, inside forward dan tidak ada masalah pun dalam permainan Martial.
Ini pula perubahan taktikal Deschamps pada awal separuh masa kedua dengan 4-1-2-3. Matuidi lebih box to box play dan Kante di pivot.
Ini adalah chalkboard untuk Anthony Martial 2 shots on goals. 2 shots dalam kotak penalti yang diblok. Boleh tahan bukan ?
Ini pula Chances created oleh Martial. Anda jangan risau, saya upload gambar yang betul dan ia memang 0 chances created.
Kesan Perubahan Sistem Flank
Dengan menukarkan Martial dan mengubah sistem winger yang bertindak sebagai pemberi servis, Perancis meningkatkan usaha mencipta peluang lebih dua kali ganda.
Ini adalah chalkboard untuk chances created pada separuh masa pertama untuk France. Cuma 3 chances created dan 3 sahaja daripada sayap. Martial gagal mencipta sebarang peluang gol.
Sekarang kita bandingkan dengan chalkboard pada separuh masa kedua. Anda akan lihat perbezaan lebih 5 kali ganda peluang dicipta Perancis daripada apa yang mereka lakukan pada separuh masa pertama.
Jadi, jelas sekali Deschamps mahukan pasukan ini memberikan servis kepada target man terutamanya berdepan dengan pasukan yang bertahan seperti Albania. Dan saya simpulkan ia perubahan positif.
Taktik Bertahan Albania
Mereka bertahan dengan cukup baik. Namun agak kejam apabila satu lose marking pada minit ke-89 mereka terus dihukum oleh pemain paling kerdil di padang , Griezman yang menanduk hantaran daripada unusual sources Adel Rami. Itulah bolasepak !
Griezman pada awalnya diberikan kawalan oleh CB Albania.
Namun beliau mulai mengalihkan kawalan kepada Gignac (10) yang ada di belakang beliau. Mungkin Isu lack of communication, beliau tidak mengarahkan Mavraj untuk shoulder check, ada pemain di antara mereka.
Kemudian wujud satu space yang terlau besar dan Griezman dengan mudah menerima bola dan menjaringkan gol. Maka usaha hampir 90 minit mereka hancur. Dan ia adalah shots on target pertama Perancis dalam perlawanan ini.
Albania Beroperasi Di Sayap Kanan
Hampir kesemua peluang bahaya mereka dalam perlawanan ini dicipta dari arah kanan. Mereka mulai melihat potensi akan mendapat sesuatu daripada sayap kanan.
Mereka sangat memberikan lebih perhatian untuk menyerang daripada kanan. Pada separuh masa pertama mereka banyak melakukan tackle di kawasan sendiri.
Lihat pula orientasi mereka pada separuh masa kedua. Mereka bermain lebih agresif di middle third di sebelah kanan untuk memenangi bola di situ dan melancarkan serangan.
Taktikal ini diperkuatkan lagi pada separuh masa kedua mungkin kerana analisis mereka pada separuh masa pertama mendapati Evra banyak kali out of position. Mujurlah Perancis ada Kante dan Matuidi.
Bagaimana Perancis Memecahkan Kedegilan Albania
Salah satu caranya adalah menambahkan lebih ramai pemain untuk terlibat dalam kotak penalti apabila pemain di sayap memegang bola.
Mereka berterusan mencipta peluang dan menggandakan lagi tenaga untuk bekerja.
Mereka merekodkan cuma 50 hantaran di final third pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua Peancis melakuka 92 hantaran dan ia hampir 50% lebih daripada yang mereka lakukan pada separuh masa pertama.
Verdict
Perancis mengatasi ketumpulan di bahagian serangan dengan 2 shots on target terakhir mereka dan membunuh perlawanan ini dengan counter attack yang disudahkan oleh Payet.
Ia adalah pertukaran struktur formasi dan perubahan dalam intensiti oleh Perancis yang membawa mereka kepada kemenangan ini.
3 Pertukaran Deschamps telah memberikan perubahan kepada cara kerja dan kualiti mereka berdasarkan kehendak taktikal beliau.
2 pemain gantian menyumbang satu gol dan satu assist. Dan seorang lagi (Pogba) menjadi pelancar laser pass untuk gol kedua Perancis.
Untuk pasukan Albania, ia agak sukar untuk layak ke pusingan seterusnya terutama dengan potensi cuma 1 kemenangan dan sudah ada kad merah untuk merebut slot tempat ke-3 terbaik.
Namun saya mengagumi cara mereka membuat debut dalam kejohanan kali ini. Mereka sudah pergi cukup jauh dan masih berusaha untuk memberitahu dunia kualiti bolasepak mereka.
Perancis telah menunjukkan cara untuk menang walaupun segala yang dilakukan pada awalnya serba tidak menjadi.
Namun mereka menggandakan keringat untuk mendapatkan gol dan kekal fokus kepada perlawanan bukannya emosi. Mereka terus bekerja secara berpasukan.
Man Of The Match
Kali ini saya sekali lagi memilih Dmitri Payet kerana mampu memberikan perubahan kepada taktikal mengikut kehendak Deschamps.
Pemain lain yang cemerlang adan N’golo Kante yang sangat bertenaga di tengah padang.
Martial mungkin perlu memperbaiki teamplay beliau sekiranya terlibat dalam perlawanan akan datang.
Statistik
[adrotate banner=”9″]