Analisis Taktikal Piala Eropah 2016: England v Wales (2-1)

Kemasukan Vardy-Sturridge Beri Impak Positif !

Ia adalah perseteruan yang agak emosional di antara kedua dua pasukan. England hampir ditewaskan Wales namun bangkit dengan 2 gol melalui 2 penyerang simpanan.

[adrotate group=”2″]

Permulaan

England sekali lagi memulakan perlawanan dengan 4-3-3. Manakala Coleman dengan taktikal 3-5-1-1. England melakukan 1 perubahan dalam line up kali ini. Manakala Wales melakukan 3 perubahan daripada line mereka pada perlawanan pembukaan.

lineup

England Menguasai Perlawanan Namun Gagal Penetrate Ke Final Third

Agak mengecewakan apabila pasukan ini cuba melakukan yang terbaik untuk menguasai perlawanan ini dan berjaya melakukannya, cuma mereka gagal mendapatkan produk akhir.

Pada separuh masa pertama, England menguasai 68% bola dan melakukan 222 hantaran tepat berbanding Wales yang cuma ada 32% penguasaan bola dan cuma 71 hantaran tepat.

England gagal untuk masuk ke dalam kawasan serangan Wales lebih dalam lagi. Mereka buntu idea untuk mengatasi blok rendah dan pemain Wales yang ramai.

Dalam rajah di bawah, kita dapati England banyak melakukan sideway passes berbanding forward passes kerana tidak mampu untuk masuk ke dalam blok defensif Wales.

Mereka juga dalam berberapa ketika pasrah dan melakukan direct long ball dari kawasan pertahanan ke serangan pada separuh masa pertama.

passes

Harry Kane menjadi ‘anonymous’ pada separuh masa pertama. Gandingan Kane-Sterling-Lallana tidak memberikan impak yang dominan selepas trio ini mencipta peluang keemasan pada minit ke-6 yang gagal disudahkan Raheem Sterling.

kelemahan wales

Dalam heatmap di bawah ini, ia menjelaskan bahawa gandingan penyerang England di separuh masa kedua adalah jauh lebih baik. Di bawah ini adalah heatmap Kane-Sterling-Lallana pada separuh masa pertama.

1

Bandingkan pula dengan heatmap Sturridge-Vardy-Lallana pada separuh masa kedua. Jelas ada lebih cengkaman bukan ?

lalalala

Ada 3 persoalan utama, adakah Harry Kane diisolasi oleh pertahanan Wales ataupun, Harry Kane memang out of form ? Ketiga, adakah taktikal Roy Hodgson yang menyukarkan Kane.

sterling

Dalam berberapa perlawanan bersama England dan Spurs musim ini, Harry Kane adalah pemain yang bagus dalam build up play, jadi amat sukar untuk menuduh beliau gagal bermain secara teamplay.

Kane bermain baik dengan mana mana sistem dan pengurus dan saya simpulkan bahawa beliau mungkin sedang out of form setakat ini.

Wales Semakin Negatif

Mereka bermain lebih baik pada separuh masa pertama berbanding separuh masa kedua. Aaron Ramsey di antara pemain yang berada dalam ranking teratas pada separuh masa pertama dengan aksi box to box yang efektif.

Sebaliknya pada separuh masa kedua beliau sangat ‘average’. Begitu juga dengan Gareth Bale. Saya membuat penilaian bahawa taktikal Coleman adalah masalah utama Wales. Mereka mengalami disconnection yang teruk.

Pemain di belakang gagal ‘mencari’ Bale dan Ramsey. Rujuk heatmap ini.

wales

Mereka tidak meningkatkan keinginan dan kemahuan dalam perlawanan ini. Mereka semakin lama semakin defensif dan negatif. Gareth Bale sendiri banyak turun ke bawah untuk ‘mengutip’ bola kerana kurang aksi.

Wales mendahului melalui sepakan percuma Gareth Bale yang saya boleh katakan memang berkualiti, namun yang lebih menjadi faktor gol adalah Joe Hart.

Oliver Kahn berpendapat, Joe Hart sepatutnya tidak meletakkan defensive wall dengan sepakan percuma di center half.

Seorang lagi bekas goalkeeper, David Sorensen berpendapat, Hart patut menggunakan 2 orang sahaja untuk defensive wall dan dia berada di kedudukan lebih center di kawasan gol.

Tidak hairanlah Joe Hart adalah pemain paling lega apabila berlari dari belakang meraikan gol kemenangan Daniel Sturridge.

Kelemahan Organisasi Taktikal Dan Sikap Tidak Realistik Coleman

Coleman gagal menyediakan plan taktikal yang lebih baik dan seakan akan bergantung kepada ‘nasib’ untuk membawa balik 3 mata atau 1 mata.

Saya berkata begitu kerana, Roy Hogdson mempertaruhkan apa sahaja yang dia miliki di bench dengan menukarkan set striker utama dan England meningkatkan lebih tekanan secara kuantiti dan kualiti.

Namun Coleman cuma melihat 3-5-2 beliau yang dari awal dengan bertahan dengan 5-3-1-1 menyerap asakan England di deep area. Mereka terlalu menjemput (inviting) England ke kawasan mereka.

Ini yang dilakukan Roy Hogdson yang saya anggap sebagai ‘gamble’ apabila mempertaruhkan apa sahaja di kawasan serangan.

Plan taktikal yang sepatutnya menjadi kegemaran Bale dan Ramsey untuk membunuhnya dengan counter attack, jika Coleman dan Wales ada semangat lebih positif.

englannd

Saya faham jika beliau mahu mempertahankan 1 gol namun dalam tempoh 45 minit lagi, beliau perlu lebih peka / aware akan potensi pasukan England mendapat sesuatu selepas melakukan perubahan.

Coleman perlu ada plan preventif bukannya membiarkan lawan terlalu bebas untuk bermain di kawasan mereka.

Dalam pertarungan Iceland menentang Portugal, Iceland ditekan teruk namun mereka agresif dan kompak untuk mematikan ancaman serta melakukan clearance lebih awal.

England menekan mereka di bahagian kanan berkali kali dan 2 gol England adalah bermula dan disudahkan dari half space kanan.

Ini adalah heatmap Wayne Rooney yang jelas menunjukkan kem England sudah mengetahui weakest link utama Wales iaitu di sebelah kanan dan mahukan sesuatu daripada ‘lubang’ ini.

ronney

Wales bertahan di deep area tanpa ada organisasi yang lebih baik. Mereka agak berselerak dan akhirnya mewujudkan congestion / kesesakan yang akhirnya membawa padah.

Wales banyak memberikan ruang yang agak besar di luar kotak penalti yang membolehkan Dele Alli dan Rooney lebih operatif.

Defensive Errors dan Individual Errors Oleh Wales

Gol pertama England adalah individual error oleh Ashley William yang gagal menanduk keluar dalam keadaan dia dan Davies sepatunya selesa mengeluarkan bola kerana tak ada tekanan fizikal oleh pemain England.

william

Gol Kedua England juga ada sedikit defensive errors apabila Gunter gagal melakukan clearance dan tergelincir.

Kredit kepada England yang berusaha untuk membelah blok defensif yang ramai itu dengan pertukaran hantaran dan offball movement yang cepat.

gettyimages-540670232-1-1-2048x1536_3485177

Verdict

Kemenangan England adalah kerana pertukaran di kawasan serangan yang membolehkan mereka lebih fluid di final third.

Sturridge ada kemampuan untuk menerima bola di luar kotak penalti dan membawa bola masuk ke dalam sama ada untuk mencipta peluang atau melakukan cubaan gol.

Ini yang England hilang pada separuh masa pertama iaitu tipikal pemain yang berani memecahkan defensive block yang rendah dan sempit.

Hodgson harus memikirkan isu gandingan attacking 3 yang terbaik untuk bermain 4-3-3. Ia bukanlah perlawanan terbaik England namun mereka memang lebih berhak menang.

Untuk Wales, ia adalah lebih kepada isu ketandusan taktikal tambahan oleh Coleman. Mereka perlu ada plan lebih banyak sekiranya mahu pergil lebih jauh dalam kejohanan ini.

Kebergantungan kepada Gareth Bale sudah dijangka dalam kempen ini, namun ia bukan alasan untuk terlalu mengharapkan beliau.

Man Of The Match

Saya memilih matchwinner Daniel Sturridge sebagai man of the math. Beliau mencipta 1 key pass yang membawa kepada gol Vardy, dan beliau sendiri menjaringkan gol kemenangan dramatik.

Namun aksi Wayne Rooney juga luar biasa dalam perlawanan ini.

Statistik

s1
sss

[adrotate banner=”9″]

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN