Analisis Taktikal: Perak Kurang Sokongan Di Zon 14, Selangor Terlalu ‘Direct’

Perak turun dengan formasi 4-4-1-1. Tanpa Yashir Pinto, Zaquan Adha diletakkan sebagai penyerang sokongan di belakang Gilmar.

Selangor kekal dengan formasi asas 3-4-3. Forkey Doe adalah targetman di bahagian serangan dengan Andik banyak bergerak dibelakang Forkey Doe dan Rufino Segovia.

Perlawanan ini boleh dibahagikan kepada 3 fasa:

  • Fasa 20 minit pertama;
  • Fasa minit ke-20 hingga minit ke-55
  • Fasa minit ke-55 hingga tamat.

Perak terlebih dahulu menyesuaikan diri dalam perlawanan ini dengan mengawal bahagian tengah bermula minit ke-5. Hafiz Kamal, Nazrin Nawi, Zaquan Adha dan Nazirul Naim adalah pemain yang kerap terlibat dalam membina serangan.

Pelan serangan Perak bertumpu pada gerakan dari bahagian sayap kanan dan kiri. Kemudian hantaran ke zon 14 mencari Gilmar atau Zaquan.

Strategi serangan ini agak berkesan dengan sekurang-kurangnya 3 percubaan berbahaya berjaya dilakukan Perak pada fasa 20 minit pertama.

Pelan serangan Perak dalam 20 minit pertama.

Masalah utama Perak dalam pelan serangan mereka adalah kurangnya sokongan dari bahagian tengah di zon 14, Hafiz Kamal dan Leandro Dos Santos terlalu komited untuk bertahan dan kurang aktif naik membantu serangan.

Bola clearance atau lay-out dari hantaran silang mudah dikeluarkan pertahanan Selangor kerana kurang cabaran dari Hafiz dan Leandro.

Kurangnya sokongan di zon 14 oleh pemain Perak.

Pada ketika ini juga pertahanan Selangor bertahan terlalu rendah di defensive-third mereka.

Tetapi mereka agak kompeten menangani hantaran lintang dengan Ugo Ukah dan Razman Roslan mampu mengawal Gilmar dan Zaquan.

Percubaan Perak datang dari Thiago Aquino dan Leandro yang naik membantu serangan.

Selangor pada fasa awal ini terlalu bergantung pada hantaran jauh dari bawah mencari penyerang bertiga terutama Forkey Doe.

Pelan serangan secara direct ini mudah dipatahkan oleh Perak kerana Thiago atau Leandro sentiasa akan merapati Forkey Doe.

Pelan serangan pasukan Selangor

Andik Vermansah adalah enjin kepada serangan Selangor dengan gerakan dan hantaran mencari Forkey Doe dan Rufino.

Amri Yahyah agak tenggelam dalam perlawanan ini cuma beliau banyak melakukan dirty work merosakkan gerakkan yang dibina oleh Hafiz, Leandro dan Zaquan.

Fasa selepas minit ke-20 menampakkan penguasaan Selangor dibahagian tengah.

Perubahan taktikal dengan lebih bermain hantaran pendek dan rendah untuk membina serangan melalui bahagian tengah.

Amri dan Saiful Ridzwan mula aktif bergerak menerima hantaran dan membuka permainan untuk penyerang.

Walaupun serangan mereka masih ditumpukan pada Andik, tetapi sokongan ditengah semakin baik membantu kelancaran bola.

Kelemahan Selangor adalah sentuhan akhir dari Rufino dan Forkey Doe yang mudah dibaca Thiago dan Shahrom Kalam.

Separuh masa kedua bermula tanpa banyak perubahan dengan penguasaan seimbang dan pelan permainan yang sama.

Tetapi kedua-dua pasukan mula bermain secara fizikal. Kemuncak kepada permainan fizikal ini apabila Andik dilayangkan kad merah apabila melakukan bentesan keras ke atas Zaquan pada minit ke-55.

Insiden itu mengubah senario permainan dengan Selangor memilih untuk mengukuhkan bahagian pertahanan dan meletakkan Forkey Doe sebagai penyerang tunggal (5-3-1).

Dengan formasi ini, Selangor menyerang melalui serangan balas mencari Forkey Doe sebagai target man di depan.

Formasi Selangor selepas Andik Vermansah dibuang padang

Pasukan Perak dilihat meningkatkan serangan dengan banyak melakukan hantaran-hantaran terus mencari Gilmar dan Zaquan.

Strategi serangan ini tidak berkesan kerana pertahanan Selangor lebih dominan ketika perebutan bola tinggi.

Sokongan lemah dari Hafiz dan Leandro juga menjadikan hantaran jauh menjadi sia-sia.

Pemain sayap dan pertahanan kanan dan kiri kurang digunakan dalam menjana serangan.

Formasi Perak ketika melakukan serangan bertubi-tubi pada fasa akhir permainan

Perak seolah-olah hilang idea dan kreativiti untuk memecahkan pertahanan berlima Selangor. Perak hanya boleh menyalahkan diri sendiri kerana gagal memanfaatkan kelebihan pemain dengan bermain secara hantaran jauh yang tidak berkesan.

Percaturan Selangor memastikan pertahanan mereka kukuh membuahkan hasil apabila mereka berjaya mengekang serangan Perak dan menjaringkan gol kemenangan melalui Forkey Doe.

Ia hasil kelekaan Sharom Kalam yang cuba melakukan hantaran ke tengah yang disambar Forkey Doe dan terus melakukan percubaan ketika Hafizul Hakim berada jauh dari garisan gol.

Itu adalah satu-satunya peluang yang diperoleh Forkey Doe pada separuh masa kedua.

Perak terus menyerang hingga tamat pemainan secara tidak berkesan dan gagal mencari gol. Pada 10 minit terakhir Perak bermain dgn 2-2-3-3 setelah Nazirul Naim dikeluarkan dan memasukkan Hadi Yahya.

Kesimpulan

Perak gagal mengekalkan disiplin taktikal dalam formasi 4-4-1-1 dengan bermain secara melulu ketika Selangor bermain dengan 10 pemain. Mungkin kerana terlalu yakin mereka akhirnya dihukum dengan satu kesilapan individu dari Shahrom Kalam.

Pujian harus diberikan kepada Selangor kerana disiplin mereka dalam bertahan. Satu peluang dan satu gol di separuh masa kedua cukup untuk memberikan kemenangan. Selangor adalah pasukan yang efektif secara teknikal.

Pemain terbaik

Forkey Doe! Tidak boleh dinafikan pemain ini bekerja keras dari awal permainan dan menyudahkan satu peluang yang diperoleh untuk memberikan kemenangan kepada Selangor.

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil tulisan saudara Rauf Lahab. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN