Ini idea dari saya. Daripada sibuk bising dengan #MehmetOut dan melakukan kesilapan yang sama, saya memilih untuk membuka pilihan kedua buat Mehmet Durakovic. Apakah pilihan kedua tersebut? Perubahan taktikal.
Saya memilih untuk berbuat demikian setelah saya lihat kutukan ataupun boikot tidak mengubah apa-apa langsung.
Jadi, saya membuat satu konklusi bahawa saya perlu membuka pilihan kedua buat Mehmet biarpun dia tidak membaca artikel ini.
Jadi, saya telah mengenalpasti formasi paling sesuai dan kerap digunakan Perak ketika ini iaitu 4-1-2-3. Lalu, saya mengubah formasi ini kepada tiga pendekatan berbeza; seimbang, bertahan dan menyerang.
Pada rajah 1, saya telah menyenaraikan pemain-pemain yang sesuai dimainkan dengan formasi ini dan mempunyai kualiti yang sama dengan pemain yang lain. Terdapat 23 pemain yang terlibat dalam pendekatan yang saya telah ambil ini.
Pada rajah 2, saya telah mengambil pendekatan seimbang yang serupa dengan corak permainan Rizal Ghazali-Baddrol Bakhtiar di Kedah.
Dalam formasi ini, Nazirul Naim akan bertindak sebagai attacking full-back dan akan bergerak ke atas dan ke bawah seperti seorang wing back, menolak Hafiz Ramdan ke dalam.
Selain itu, Shahrul Saad dipilih sebagai DM adalah untuk menguasai ruang yang ditinggalkan Thiago Aquino yang menjadi stopper di tengah dan kiri serta membentuk rantaian 4 pemain (chain of 4).
Jasazrin Jamaluddin pula kekal di bawah sambil membantu Zaquan Adha, hanya sekadar di ‘middle third’ (jarak maksimum).
Apakah kepentingan taktikal ini? Ia adalah fungsi untuk menguasai bola & perlawanan!
Seterusnya, rajah 3 merupakan transisi 4-1-2-3 normal kepada 4-1-2-3 asimetrik. Peranan Ridzuan Azly ialah seorang pemain sayap bertahan (defensive winger), seperti Mahalli Jasuli di Johor DT pada 2 bulan lalu.
Hasil daripada taktikal asimetrik ini, Nazrin Nawi akan kekal berada di bahagian atas dan menjadi penyerang kedua kepada penyerang utama.
Pertahanan sisi pun tidak akan bergerak jauh daripada posisi asal mereka. Oh ya, Kenny Pallraj juga akan menjadi pelindung kepada Thiago untuk melakukan bentesan terakhir di luar kotak penalti.
Apakah kepentingan taktikal ini? Ia bertujuan untuk memperlahankan tempo permainan!
Akhir sekali iaitu pada rajah 4, berlaku transisi dari 4-1-2-3 dan membentuk 3-4-3 seperti Chelsea Football Club. Nasir Basharuddin akan lebih kerap turun ke bawah (drop deeper) dan menjadi pertahanan tambahan (extra defender).
Amirul Azhan dan Nazirul Naim akan bertindak sebagai separa bek (wing-back) dan memerlukan mereka untuk berlari ke bawah dan ke atas selama 90 minit.
Sudah pasti, kedua-dua wing forward Perak akan ditolak masuk ke separa ruang (half-space) dan ini akan membentuk serangan 3 penyerang atau trio striker di tengah.
Apakah kepentingan taktikal ini? Ia adalah untuk membolehkah Perak menyerang sehabisnya!
Penjaga gol pula bagaimana? Adakah mereka terikat dengan pendekatan ini?
Jawapannya adalah tidak! Pertukaran penjaga gol mengikut tiga tahap intensiti berbeza iaitu:
Hafizul Hakim – Intensiti Tinggi
Khairul Amri Salehuddin – Intensiti Sederhana
Syazani Mat Puat – Intensiti Rendah
Kenapa Ahmad Khairil Anuar, Hakim Isa, Nizad Ayub, Faton Toski & Hafiz Kamal ada dalam semua pendekatan?
Ahmad Khairil Anuar adalah baka box-to-box midfielder yang masih wujud dalam pasukan. Jadi, dia sangat diperlukan untuk mengimbangi keseluruhan padang dan menghentikan setiap gerakan awal sejak dari bahagian tengah lagi.
Nizad cuma contoh penyerang sejati terakhir yang tinggal. Hafiz, Hakim dan Toski pula merupakan advanced playmaker tapi cepat kekuarangan mereka adalah mereka kekurangan stamina untuk bermain selama 90 minit.
Oleh itu. Perak perlu memilih salah seorang pemain tersebut sebagai kesebelasan utama dan seorang sebagai pemain gantian untuk menggerakkan permainan.
Kepada penyokong-penyokong Perak Darul Ridzuan!
Anda boleh mendapatkan jersi Perak 2017 yang asli (player issue) secara online di laman e-dagang Semuanya BOLA. Klik link di bawah untuk mula membeli:
SBX – Perak 2017
SBX – Perak 2017
SBX – Perak 2017
Dapatkannya cepat-cepat! Ini kerana stok cepat habis!
Mulakan gaya hidup aktif anda bersama SBX, laman e-dagang Semuanya BOLA.
Nota artikel: Artikel ini merupakan sumbangan dari Seladang Tacts Amirul yang merupakan penulis di laman Makmal Bola. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .
Baca juga: Ahmad Khairil Anuar Bintangi Filem Pendek 100Plus Sempena Ramadan