Analisis Taktikal: Pendekatan Zonal Marking Dan Permainan Progresif Bernhardt

Malaysia 0 v. Bahrain 0 (B-22 Tahun)

Dalam Perlawanan yang berkesudahan 0-0 di Shah Alam ini. Saya mendapati ada 2 aspek terpenting dalam taktikal Frank Bernhardt kali ini.

Pertamanya adalah suntikan elemen zonal marking yang berorientasikan kawalan ruang. Keduanya adalah pendekatan yang progresif ketika menyerang.

1. Zonal Marking Berasaskan Kawalan Ruang (Space Marking)

Pada asasnya, ketika bertahan dan pihak lawan memegang bola, Malaysia akan berada dalam kedudukan formasi 4-4-2 dengan garisan flat di tengah dan juga pertahanan.

10 flat

flat

Akhirnya ada tactician yang cuba untuk menyuntik pendekatan sebegini di dalam bola sepak kita. Selamat datang ke Malaysia Zonal Marking-Orientasi Kawalan Ruang.

Apa yang dilakukan ketika bertahan adalah pemain cuba memberi perhatian kepada usaha untuk mengecilkan ruang di kawasan tight area dan juga di kawasan yang diserang.

1

Tidak ada kawalan man to man marking dikenakan ke atas pemain-pemain Bahrain dalam perlawanan ini. Ia mengelakkan pertarungan yang fizikal dan teknikal antara pemain.

3

Malaysia tidak bertahan terlalu ke bawah (deep). Ini menuntut pemain untuk lebih pantas mengejar pemain lawan yang melepasi garisan pertahanan.

Risiko untuk terlalu berada ke bawah (deep) adalah membolehkan pemain target man yang besar berada di kawasan gol dan jarak yang lebih pendek untuk mereka melakukan larian ke kawasan gol.

7

2. Permainan Yang Progresif

Aspek positif yang harus dikekalkan dan ditingkatkan lagi. Berndhardt jelas tidak mahu taktikal yang rigid. 4-4-2 dikembangkan menjadi 4-3-3, 3-3-4 dan 4-2-4 ketika menyerang.

8

Thanabalan dan Kumaahran antara yang aktif untuk melakukan shuttle run ke atas untuk membentuk attacking 4. 

15

Di bawah ini saya sertakan contoh bagaimana Malaysia cuba membentuk 3-3-4. Namun aspek visi dan imaginasi masih perlu diperbaiki supaya pemain boleh membuat tindakan lebih cepat.

Cuba anda perhatikan bulatan kuning itu. Jika pemain ada visi yang lebih baik dan penyerang ada pace yang laju. 

Ia sangat cantik untuk digunakan melakukan gerakan pemusnah namun pemain-pemain Malaysia agak lambat untuk mengambil keputusan dengan pace yang tidak cukup laju dan gerakan yang kurang tajam.

9

3. Taktikal Memenuhkan Pemain Di Dalam Kotak Penalti Lawan

Overloading the box tactic! Itulah yang diterapkan oleh Bernhardt. Dengan formasi yang progresif membentuk attacking 4.

Ia memang satu pendekatan yang berbeza daripada sebelum ini-dimana pemain serangan sering berjuang tanpa bantuan di dalam kotak penalti.

Taktikal ini berjaya menghasilkan situasi 4 v 4 atau 3 v 4. Ia juga hampir -hampir membuahkan hasil. Namun penyudah pemain-pemain kita agak lemah di dalam kotak penalti.

17 19

34

Verdict

1. Peningkatan Ketara Dari Segi Taktikal

DNA taktikal Bernhardt semkain kelihatan dalam perlawanan ini. Pendekatan zonal marking yang berorientasikan kawalan ruang antara yang menarik perhatian.

Ketika menyerang pasukan ini bergerak untuk menekan secara unit dan membentuk 4-2-4 atau 3-3-4. Pemain juga bermain secara lebih taktikal dalam pasukan.

Perlawanan ini adalah contoh, jika kita bermain dengan lebih taktikal, kita tidaklah terlalu mudah untuk dibuli. Mungkin ada yang akan menjadikan isu padang licin punca Bahrain gagal bermain lebih baik.

Sebelum ini, padang licin atau kering asal bertemu pasukan dari Timur Tengah- pasukan kita akan memilih pendekatan taktikal yang rigid, terlalu bertahan dan dibuli dengan terlalu mudah.

2. Isu Teknikal Pemain 

Sehebat mana taktikal yang dirancang dan sebagus mana pemain-pemain berada dalam organisasi, aspek teknikal pemain yang lemah akan merencatkan produk akhir.  Bila di atas padang 70% tanggungjawab adalah di atas pemain itu sendiri.

Ini adalah masalah utama pemain-pemain muda kita dalam perlawanan ini. Bila off  the ball pemain nampak lebih baik, namun bila on the ball-pemain gugup dan kerap melakukan sentuhan pertama yang lemah.

Mereka juga gagal untuk mengawal bola, menghantar bola dan melakukan rembatan dengan lebih baik. Tidak dinafikan penjaga gol Bahrain cemerlang untuk melakukan aksi-aksi menyelamat penting termasuk double saves.

Namun begitu, sekiranya, pemain-pemain muda ini lebih baik secara teknikal dan lebih tajam di depan gol kami yakin Malaysia berhak menang dengan selesa dalam perlawanan ini. 

Masih terlalu banyak kelemahan secara individu oleh para pemain yang harus diperbaiki.

Rumusan akhir, ia mungkin perlawanan bukan untuk terlalu dibanggakan kerana banyak kelemahan dalam asas bolasepak pada pemain-pemain yang menyebabkan kita gagal mencapai kemenangan dengan beberapa peluang yang dicipta.

Namun pasukan Frank Bernhardt ini layak diberikan kredit kerana perubahan ketara dalam usaha bermain bolasepak yang lebih bertaktikal dan progresif.

Tidak lupa juga, diharap Berhardt ada harus memasukkan isu seperti pace, decisiveness dan gerakan pemain dalam senarai semak beliau supaya lebih tajam. Semoga peningkatan ini berterusan di masa-masa yang akan datang.

Baca juga : 7 Perbezaan Sistem Pembangunan Pemain Muda Eropah Dengan Malaysia Menurut Pegawai NFDP

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN