Analisis Taktikal: Pahang Penuh Kekeliruan, Liridon Bekalkan Sokongan Efektif Kepada ‘False 9’ Kedah

Perlawanan Liga Super di antara Kedah berhadapan dengan Pahang berakhir dengan kemenangan 2-0 memihak tuan rumah.

Permulaan

Kedah turun dengan formasi 4-2-3-1 dengan Andik Vermansyah sebagai 9 jadian. Sebelum ini, peranan tersebut dimainkan Akhyar Rashid.

Pasukan Pahang menggunakan formasi 4-4-2 dengan Amutu dan Issey berada dalam kesebelasan utama buat pertama kali.

Peranan Andik Vermansyah

Agak menarik untuk membincangkan peranan Andik sebagai 9 jadian ataupun false no.9. Beliau berjaya melakukannya dengan baik.

Cuma Kedah perlu memperbaiki aspek sokongan kepada pemain ini. Biasanya dalam sistem false no.9, pemain yang berada dalam posisi ini akan turun ke bawah dan mencipta ruang kepada 2 pemain di kiri dan kanan.

Andik melakukan tugas dengan baik dalam usaha memecahkan kepadatan dan juga struktur pertahanan pasukan Pahang. Namun masih perlu membuktikan beliau ada ketajaman di hadapan gol.

Seterusnya, peranan Liridon Krasniqi sebagai no.8 yang kurang terbeban dengan tugas bertahan banyak membantu Andik Vermansyah untuk melakukan larian taktikal.

Kemasukan Akhyar sebagai false 9 sebenarnya mirip kepada Andik. Pemain ini membuktikan dalam beberapa perlawanan sebelum ini beliau mampu melakukan tugasan itu.

Ini adalah sokongan yang diperlukan dalam sistem ini. Contoh gol kedua ini. Dalam sistem false 9 anda tidak boleh anggap mereka seperti no.9 biasa, gunakan mereka sebagai pengumpan gol kerana mereka biasanya ada kemampuan mencipta gol.

Sistem pertahanan Pahang

Jika anda melihat kedudukan pemain mereka ketika Kedah mengawal bola di kawasan mereka dalam usaha membina serangan, anda akan mendapati mereka seperti pasukan yang bermain ‘high pressing’.

Namun apa yang berlaku, tiada tekanan yang agresif yang dikenakan kepada pasukan Kedah. Apa ertinya meletakkan pemain yang ramai kalau sekadar bertahan secara ruang (space marking) di kawasan lawan.

Ini antara masalah utama Pahang dalam perlawanan ini. Mereka menolak pemain yang ramai ke atas tetapi tidak mampu mengganggu pasukan lawan dalam membina serangan.

Kesannya, apabila Kedah melepaskan bola ke zon serangan, Pasukan Pahang kerap berhadapan masalah ‘outnumbered’ di mana pemain yang ramai menekan di zon Kedah sukar untuk kembali mengejar bola.

Cuma Kedah yang tidak terlalu tajam untuk menghukum Pahang dalam banyak situasi di mana mereka berkelebihan secara numerical.

Rumusnya adalah mudah, anda berada dalam formasi yang ramai di kawasan tinggi untuk menekan lawan, anda harus cuba melakukan ‘high pressing’ untuk memenangi bola dan mengganggu binaan serangan pasukan lawan.

Syazwan Zainon sangat banyak improvisasi dari segi bertahan dalam perlawanan ini selepas beberapa perlawanan musim ini beliau kelihatan malas bertahan. Itu antara kekuatan utama beliau dahulu iaitu ‘track back’.

Ini antara aspek yang harus juga diperbaiki beliau:

Sistem serangan Pahang

Selain daripada sistem pertahanan yang tak jelas, Pahang juga berhadapan masalah sistem serangan yang tak jelas. Meletakkan Issey Nakajima sebagai pemain sisi (side midfielder) dalam sistem tengah berempat (midfielder 4) bukan pilihan bijak.

Memang beliau pemain sayap tetapi beliau adalah pemain sayap serangan dalam sistem lebih kepada serangan bertiga. Harus diakui, Issey Nakajima sangat kurang impak. Sebagai pemain sayap dalam peranan tengah berempat, Issey harus menjadi pembekal kepada 2 penyerang.

Seterusnya, Pahang terlalu mudah dijangka. Setiap bola mereka adalah berusaha ke arah target man iaitu Iwuji Amutu dan Patrick Cruz. Dan banyak hantaran tak sampai kerana Kedah bertahan dengan baik secara unit. Ini adalah struktur Kedah yang bertahan dengan 2 pemain sayap sebagai defensive winger.

Ini antara perbezaan ketara dalam sistem bertahan Kedah kali ini.

Pahang lemah dalam permainan kombinasi, tiada variasi dalam gaya menyerang. Mereka juga tiada kreativiti ketika di kawasan serangan.

Penilaian

Pasukan Kedah berhak menang perlawanan ini kerana pasukan yang lebih baik. Mereka ada sistem sandaran (back up) yang baik sementara menunggu penyerang yang baru.

Secara jujurnya, mereka boleh terus membangunkan sistem false 9 ini dengan menambahkan ketajaman kepada penyerang mereka. Dari segi mobiliti, Andik dan Akhyar ada mobiliti yang baik.

Seterusnya, untuk pasukan Pahang, mereka jelas lemas dalam sistem yang bercelaru. Bermain low pressing dalam formasi high pressing. Seterusnya meletakkan wing attacker sebagai side midfielder. 

Sebab itu saya letakkan penuh kekeliruan dalam tajuk artikel. Mereka berhadapan masalah tidak tahu apa kehendak jurulatih dan jurulatih tak tahu apa yang sedang dilakukan pemain dalam padang.

Apa yang jelas, Kedah berjaya mengutip mata kemenangan daripada pasukan Pahang. Beberapa minggu lalu pasti ramai tak meletakkan Kedah akan menang perlawanan ini. Kredit kepada Nidzam Adzha dan pasukan beliau.

Pemain terbaik pilihan SemuanyaBOLA

Liridon Krasniqi (Kedah)

Beliau memberikan platform yang sangat baik untuk sistem false 9. Berjaya menjaringkan gol dengan yakin menewaskan Helmi Eliza di near post.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN