Analisis Taktikal: Intensiti JDT Menurun Masa Kedua, Hantaran Lintang Bawa Pahang Ke Semifinal

Dari awal lagi, hantaran lintang adalah masalah utama JDT dalam perlawanan ini. Namun Pahang gagal menyudahkannya. Sehinggalah satu fasa Sumareh menyudahkan hantaran tersebut.

JDT menang 2-1 dalam perlawanan ini tetapi Pahang mara ke separuh akhir Piala FA 2017 dengan aggregate 4-3.

Permulaan

Pahang turung dengan sistem 4-4-1-1/4-2-3-1 berdasarkan posisi Joseph Kalang Tie. Manakala JDT kekal dengan 4-3-3 dengan menurunkan Azriff di posisi penyerang sayap.

Fasa penguasaan total JDT separuh masa pertama

Separuh masa pertama boleh dikatakan hanya 1 pasukan yang ada di dalam padang. Pahang dipaksa bertahan dari awal sehingga wisel rehat.

Intensiti JDT sangat baik. Mereka cepat untuk mengalirkan bola dan bergerak dalam unit.

Pelan taktikal JDT berasaskan Safiq Rahim. JDT diberikan ruang yang besar di kawasan serangan. Pahang agak rigid bertahan dan tidak bertahan secara berpasukan.

Struktur yang lemah ini membolehkan JDT bebas melakukan gerakan. Pahang banyak mematikan gerakan JDT dengan mengasari lawan (fouling the opponent).

Ia terpaksa dilakukan kerana unit mereka memang terpecah untuk melakukan pressing secara berpasukan.

Taktikal Pahang separuh masa pertama

Secara jujurnya mereka tidak bermain dalam taktikal terbaik. Sistem serangan mereka terputus hubungan dengan barisan tengah.

Terlalu banyak kesilapan pertahanan dilakukan. 2-0 pada separuh masa pertama adalah rumusan sebaiknya untuk prestasi mereka di separuh masa pertama.

Terlalu ramai pelancong di atas padang untuk Pahang pada separuh masa pertama. Wan Zaharulnizam dan Sumareh malas untuk turun membantu pertahanan.

Di kawasan tengah, Nor Azam Azih dan Syamim Yahya tenggelam dikuasai oleh dominasi JDT. Joseph Kalang Tie gagal memberikan sumbangan ketika bertahan.

Anda lihat ruang di antara 2 garisan ini:

Pemain pemain tengah berlima Pahang sangat tidak komited untuk turun ke bawah segera. Ini membuatkan mereka sangat rapuh.

Ia diburukkan lagi dengan posisi bek berempat yang terlalu luas (wide) dan tidak kompak.

Berbalik kepada intensiti dan penguasaan total JDT pada separuh masa pertama, JDT tidak memberikan Pahang ruang untuk mendapat rentak (settle down).

Pahang terlalu pitch wide dari segi kedudukan pemain. Jarak terlalu jauh menyukarkan mereka bermain lebih banyak pertukaran hantaran. Ini juga antara punca JDT mendapat ruang sangat besar.

JDT kurang intensif separuh masa kedua

Tidak pasti apa yang berlaku. Sama ada mereka menurunkan intensiti untuk fokus bertahan ataupun mereka sudah hilang tenaga dan stamina.

Jika dilihat pada aksi separuh masa pertama mereka sangat intensif dan melabur stamina yang tinggi.

Jika benar mereka cuba bertahan untuk mempertahankan kelebihan jaringan tempat lawan, ia dilakukan dengan cara sangat berisiko.

Mora mungkin harus menambah unit pertahanan bukannya membuat pertukaran personel. Ini adalah gambaran terpecahnya dominasi mereka di tengah kerana lemahnya struktur yang dibentuk Afiq-Nazmi-Amirulhadi.

Fazly Mazlan kekal mengekang Sumareh. Kemasukan Ashaari sebenarnya memberikan tekanan kepada Afiq yang pada masa sama ditekan Alves.

Apa yang berlaku, JDT memberikan ruang kepada Pahang untuk mendapat keyakinan dalam perlawanan ini terutama pada fasa 15 minit terakhir.

Kehilangan Safiq Rahim adalah fasa di mana mereka menyerahkan bahagian tengah kepada Pahang.

Saya tidak pasti arahan taktikal yang diberikan kepada Amirulhadi, dia berada di semua sektor di atas tetapi tanpa impak yang signifikan.

Afiq Fazail jelas terlalu berjuang bersendirian melindungi bek berempat mereka.

JDT tidak ada pelan yang realistik pada separuh masa kedua. Tiba-tiba mereka cuba untuk kembali mencari gol ketiga selepas Pahang mulai meneroka wilayah mereka.

Sumareh vs Fazly Mazlan

Fazly Mazlan adalah pemenang dalam semua duel dengan Sumareh. Menutup ruang dan membuatkan sumber kreativiti Pahang ini ditutup.

Namun sayangnya Fazly Mazlan tidak mampu dikenang sebagai pemain terbaik perlawanan kerana kelemahan sistem JDT untuk berhadapan dengan hantaran lintang.

Ketika berhadapan dengan hantaran lintang, untuk pertahanan mereka kerapkali pasif dan pegun. Ia juga boleh disebut ramai yang ball watching.

Pada gol Sumareh, secara jujur memang ada cabaran dari pemain tetapi Sumareh menang di udara dan Fazly Mazlan tidak mampu melakukan apa-apa.

Berbalik kepada isu mematikan ancaman hantaran lintang, JDT dari awal musim ini berhadapan dengan masalah ini. Pemain hilang karakter bertahan ketika situasi ini.

Pahang mendapat 3 peluang keemasan menerusi hantaran lintang sebelum gol ini dihasilkan.

Penilaian

Ia adalah kemenangan yang adil dalam 90 minit kerana JDT memang pasukan yang lebih baik.

Namun mereka tersingkir kerana hantaran lintang. Cukuplah 1 gol itu dari Sumareh untuk menambah bekalan 2 gol dari perlawanan pertama.

Dari segi taktikal, Mora kali ini gagal membuat pertukaran yang benar-benar membantu mereka (gamechanger) sama ada untuk bertahan ataupun untuk mencari gol ke-3.

Trio serangan mereka jelas keletihan terutama Gabriel Guerra. Cabrera pula nampak letih kerana dia perlu mengawal jarak yang sangat jauh.

Ini kerana Fazly Mazlan memang terhad untuk bergerak banyak ke tengah atau ke atas kerana ditugaskan mengawal Sumareh.

Apa yang dilakukan Cabrerra semalam wajar diberikan kredit lebih besar. Dia turun naik dengan kerap untuk melakukan circulation pada bola.

Jika pertukaran Mora tidak cukup signifikan, sebaliknya pula berlaku pada Dollah Salleh. Pemain yang beliau masukkan telah memberikan bantuan gol kepada Pahang.

Ini kerana pemain seperti Wan Zaharulnizam sangat lemah untuk membekalkan lebih banyak hantaran lintang dari permainan terbuka.

Pahang banyak mengancam dengan hantaran lintang dari situasi bola mati. Ashaari Shamsuddin juga memberikan impak positif walaupun sedikit.

Pertukaran Dollah Salleh memberikan tambahan nilai kepada pasukan walaupun sedikit.

Pahang perlu memperbaiki isu struktur pasukan ketika bertahan terutama sekali kawalan ruang (space marking) serta fokus pemain pertahanan ketika berhadapan tekanan tinggi.

Pemain terbaik

Safiq Rahim (JDT)

Johor Darul Ta’zim player Safiq Rahim in action during 2017 Malaysia FA Cup match against Pahang at Larkin Stadium. Photo by Rizanizam/asiana.my

Pemain ini mengawal tempo di tengah pada separuh masa pertama. Membekalkan bantuan gol dengan satu hantaran yang menghapuskan (eliminating) ruang 3 pemain Pahang.

Baca juga: Analisis Taktikal Piala FA: Pahang Efektif Dengan Floating Attackers, JDT Gagal Mendapat Rentak!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN