Analisis Taktikal MSL 2017: JDT Gagal Kekalkan Taktikal High Pressing

Analisis taktikal MSL 2017 kali ini kami menjelaskan taktikal JDT vs. Kedah dalam perlawanan ini.

Permulaan

Kedua-dua pasukan bermula dengan formasi 4-2-3-1 dalam perlawanan ini. Agak mengejutkan adalah pemilihan kesebelasan utama Tan Cheng Hoe yang merehatkan pemain seperti Khairul Helmi.

Mora arahkan high line pressing football

JDT bermula dengan permainan intensif tinggi dalam perlawanan ini. Mereka menekan Kedah di garisan tinggi.

Kedah kelihatan gugup dan bermasalah untuk keluar dari tekanan tinggi ini. Paling ketara adalah manipulasi JDT ke atas bek kiri Kedah yang agak gugup.

Sistem high line pressing JDT Rosak

Dari segi corak taktikal jelas ia high line pressing. Namun yang berlaku adalah pemain-pemain JDT merosakkan pressing kerana terlalu banyak foul.

Motif utama high line pressing adalah untuk memenangi bola segera di garisan tinggi. Ia juga menghalang pihak lawan daripada selesa ketika membina serangan dari bawah.

Aspek yang penting dalam high line pressing adalah circulation ataupun mengitar bola yang dirampas kepada ancaman segera.

Apa yang berlaku, apabila high line pressing sudah diaktifkan, pemain JDT seharusnya mengelakkan foul kerana ia akan membawa kepada restart dan bola tidak dapat dikitar.

Ini adalah contoh.

Contoh high pressing yang baik

Ini adalah idea Mora mahukan high pressing ini. Di bawah ini Rizal Ghazali ditekan dan melepaskan bola kepada Liridon. Organisasi JDT melakukan tekanan yang intensif.

Di bawah ini anda melihat, Brian Fereirra berjaya merampas bola dan terus mengitar bola tersebut menjadi ancaman di garisan tinggi. Ia terus mewujudkan kelebihan numerical kepada JDT.

Jadi, pemain-pemain JDT harus memahami beberapa asas high line pressing. Pasukan seperti Arsenal, mereka akan cuba sedaya upaya mengelakkan fouls yang terlalu kerap kerana ia merencatkan circulation.

Mereka bukan bermain high pressing tetapi bola sepak agresif atapun robust. Namun Brian Fereirra nampak menjadi dalam sistem ini.

Cuba lihat model high pressing football oleh Spurs di bawah ini. Mereka menekan lawan sambil mengelakkan dari melakukan foul.

Kedah tak terurus terlalu lama

Keliru, celaru ataupun confusion. Itu yang berlaku kepada Kedah. Pemain gugup terutama sekali bila memegang bola di blok rendah.

Di tengah, mereka gagal mendominasi tengah pada separuh masa pertama. Di bek kiri, adalah titik lemah utama mereka. Mujurlah Fakri bermain baik dalam peranan pemain sayap defensif (defensive winger).

Hubungan di antara bahagian terputus teruk pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua, mereka tetap mengambil masa untuk memanipulasi kekurangan seorang pemain JDT.

Permainan kombinasi mereka agak lemah dalam perlawanan ini. Pemain seperti Ken Ilso dan Sandro Mendoca hilang dari organisasi pasukan.

Corak hantaran mereka terlalu ke sisi ataupun sideway. Tidak penetratif. Mereka nampak lebih baik ketika kemasukan Farhan Roslan.

Ini antara contoh Sandro menghantar bola ke zon yang mudah dineutralkan lawan di sayap. Sedangkan 3 pemain di tengah ada ruang yang lebih baik.

Kedah lemah di zon 14

Peranan itu sepatutnya dimainkan Sandro. Ia dalah peranan sokongan kepada penyerang. Namun Sandro lemah dalam link up dengan penyerang.

Sandro tidak aktif di zon 14. Sehinggakan Liridon banyak membantu menggantikan beliau di dalam kotak sukar itu. Bila hal ini berlaku, Kedah tidak penetratif kerana mereka cuba bermain dalam sistem bola rendah.

Ini yang berlaku.

Mujurlah Baddrol Bakhtiar melakukan cubaan jarak jauh yang menghasilkan gol.

JDT fokus bertahan dalam 4-4-1

Pada separuh masa kedua, JDT terus menukar kepada 4-4-1. Mereka terpaksa melupakan terus sistem high pressing pada awal perlawanan.

Mora tahu ia terlalu berisiko kerana ramai pemain tidak komprehenif. Dalam sistem 4-4-1. JDT menyerap asakan Kedah di garisa rendah dan cuba menyerang balas menerusi sayap.

Organisasi pertahanan mereka sangat baik dalam 4-4-1 dan mereka memang kelihatan cuba membawa perlawanan ini ke penentuan penalti.

Sistem serangan dengan Baralles masih perlu diperbaiki. Pemain ini adalah target man. Ia memang berbeza dengan sistem no.9 moden musim lalu.

JDT berjaya mengikat Kedah pada 90 minit dan organisasi 4-4-1 mereka menjadikan Kedah gagal untuk menggunakan pemain ekstra mereka. Kedah amat naif dalam menggunakan extra man dalam perlawanan ini.

Penilaian

Kedah seri dalam perlawanan kerana individual brilliance oleh. Ia juga membawa kepada kejuaraan Piala Sumbangsih.

Jika Baddrol tidak melakukan screamer itu, rasanya Kedah akan pasrah dengan taktikal mereka malam tadi. Tapi itulah bola sepak, kalau taktikal tumpul, game changer diperlukan.

Untuk JDT, kredit kepada Mora, dalam masa 48 jam beliau sudah menunjukkan falsafah taktikal yang beliau inginkan. Namun yang mengecewakan adalah fokus dan disiplin pemain dalam bermain high pressing football.

Apabila terlalu agresif pemain akan mudah letih tetapi output lemah. JDT juga jelas merindui perlindungan dari Harris Harun untuk bek berempat dalam perlawanan ini.

Mora harus mengkaji gandingan Safiq Rahim dan Amirul Hadi di pivot. Ini kerana kedua dua mereka adalah offensive minded.

Ia bukanlah perlawanan yang benar-benar taktikal daripada kedua-dua pasukan. Ini kerana JDT terpaksa melupakan sistem high pressing mereka menjadi defensive 4-4-1.

Kedah pula tidak cukup tajam dalam taktikal kali ini. Mereka boleh bermain lebih baik dari ini.

[adrotate group=”6″]

Pemain Terbaik

Badrrol Bakhtiar (Kedah)

Tahniah Kedah di atas kejayaan merangkul piala Sumbangsih dan syabas JDT kerana kekal tanpa kalah di Larkin dan juga dalam liga Super sejak musim lalu.

Baca juga: Previu Liga Super 2017: 5 Lagi Perlawanan Pembukaan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN