Analisis Taktikal: ‘Mirroring Tactic’ Belgium Berkesan, England Tumpul

Roberto Martinez jelas pengurus yang lebih mengkaji lawan beliau dalam perlawanan ini. Beliau menyedian pelan taktikal yang lebih baik ketika bertahan dan menyerang.

Struktur Belgium

Pertarungan ini adalah pertarungan 3-4-3 dan 3-5-2 dia antara kedua-dua pasukan. Bek bertiga adalah formasi utama mereka dalam kejohanan kali ini.

Jadi secara tak langsung wujud mirroring tactic oleh Belgium di tengah ke atas England yang membuatkan perlawanan ini menekankan 1 v 1 di semua sektor.

Pendekatan Martinez ini berjaya menghasilkan gol pertama dengan Meunier mengatasi Rose di bahagian sayap dan menjaringkan gol selepas larian di ‘blind side’ yang berkesan.

Belgium memiliki pelan serangan balas yang sangat mengancam. Mereka kali ini menurunkan Lukaku sebagai target man tulen berbanding sebelum ini dalam 2 perlawanan Lukaku sebagai ‘wide target man’.

Beberapa serangan balas Belgium mengucar kacirkan England pada separuh masa pertama dan 15 minit terakhir pada separuh masa kedua.

2 fasa ini paling penting dalam perlawanan ini untuk Belgium dan mungkin berpotensi menjaringkan lebih gol.

Pertarungan di tengah

England ketara ‘kena makan’ dengan Belgium di tengah. England tidak ada fundamental ataupun platform yang kuat di zon tengah.

Secara asasnya England ada 5 pemain tengah dan Belgium ada 4 dalam pertarungan 3-5-2 vs 3-4-3, namun England hilang cengkaman secara taktikal.

Fluiditi Belgium membuatkan mereka menarik De Bruyne untuk membentuk persaingan secara numerical di tengah dalam sistem yang jelas ada mirroring di tengah pada fasa bertahan untuk meneutralkan impak secara 1 v 1.

Ini gambaran De Bruyne turun ke bawah membentuk tengah berlima dan Lukaku serta Hazard di zon serangan.

Masalah yang sama mereka hadapi ketika berhadapan dengan Croatia di mana unit tengah mereka goyah dan gagal mendominasi kawasan bulatan tengah (central circle).

England tumpul

Masalah utama England adalah sekali lagi gagal menajamkan fungsi 3rd man running yang digalas oleh Sterling sebagai penyerang kedua.

Kane dan Sterling terasing daripada unit tengah dalam perlawanan ini. England agak ketara bergantung kepada bola mati dan hantaran lintang daripada sayap dalam perlawanan ini, namun Belgium bertahan dengan baik.

England mendominasi perlawanan ini daripada mini ke-45 sehingga minit ke-75. Di mana Belgium sepanjang tempoh itu sangat pasif dan tidak melakukan sebarang percubaan ke arah gol. Ini adalah statistik mereka untuk tempoh tersebut.

Namun dalam tempoh ini, England gagal untuk menjaringkan sebarang gol. Pada 15 minit terakhir Belgium melakukan 4 percubaan dengan 2 percubaan tepat, 1 dijaringkan oleh Hazard dan 1 lagi diselamatkan dengan aksi tangkas Pickford.

Sepanjang perlawanan ini England melakukn 15 percubaan ke arah gol namun hanya 6 tepat dan tiada gol dihasilkan. England berhadapan dengan isu kreativiti untuk mencipta gol.

Mereka perlukan lebih banyak permainan seperti ini di kotak serangan dengan penyudah yang berkesan.

Rumusan

Belgium menang kerana mereka lebih baik dari segi serangan balas. Manakala England bermasalah dengan ‘connection’ di antara bahagian tengah dengan 2 penyerang utama mereka.

Martinez jelas mendapat lebih manfaat dengan kualiti teknikal yang ada pada pemain beliau mengatasi England secara 1 v 1.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Eden Hazard (Belgium)

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN