Malaysia seri 1-1 dalam perlawanan yang mereka boleh menang ketika menentang Jordan dalam Piala Asia B-23.
Kami gariskan perubahan positif pada permainan Malaysia sebelum rehat separuh masa pertama dan juga pada separuh masa kedua.
Masalah pada separuh masa pertama
Pada separuh masa pertama, Malaysia masih menyambung banyak aksi gugup daripada perlawanan pertama. Pemain tidak yakin ketika menentang bola terutama sekali ketika ditekan.
Jika anda baca analisis taktikal Malaysia vs Iraq di sini, anda akan dapati masalah yang kami utarakan di situ semuanya ada di dalam aksi separuh masa pertama pasukan Malaysia.
Idea serangan Jordan
Jordan hadir ke perlawanan ini dengan terlalu yakin. Idea mereka adalah untuk meramaikan unit seranga sehingga membentuk sistem 3-2-5 ketika menyerang. Ia memang ultra-offensive.
Ancaman utama mereka adalah daripada bek sisi ofensif mereka di sebelah kanan iaitu Al Bahri. Ini adalah laporan untuk jumlah sentuhan Al Bahri 6 sentuhan beliau adalah di dalam kotak penalti. Beliau juga menjaringkan 1 gol untuk Jordan dalam perlawanan ini.
Ini adalah penjelasan bagaiman mereka mengembangkan 4-3-3 menjadi 3-2-5 ataupun 3-3-4 dan juga 2-4-4. Malaysia secara prinsipalnya bertahan dengan 5-4-1.
Keyakinan Jordan terlalu tinggi dalam perlawanan ini. Mereka seakan-akan berlatih di pusat latihan hanya untuk menyerang dan terlupa berlatih untuk bertahan.
Kerana bagi mereka ancaman Malaysia terlalu minima. Lihat keadaan di bawah ini mereka membentuk 2-4-4 dengan pemain pertahanan separa (half-back) mereka naik memnjadi tengah berempat.
Secara prinsipnya, mereka mewujudkan satu ruang besar di antara 2 garisan seperti yang saya tandakan di bawah.
Masalah pasukan Malaysia adalah mereka tidak mampu untuk memanipulasi kawasan untuk untuk diserang segera. Ini heatmap 30 minit pertama pasukan Malaysia.
Itu adalah talian hayat utama untuk Malaysia mengatasi Jordan dalam perlawanan ini. Mereka terlalu yakin untuk mendedahkan zon 14 mereka kepada pasukan lawan.
Perkara ini biasa dilakukan pasukan lebih baik seperti Manchester City bila berhadapan dengan pasukan bertahan. Mereka akan mendedahkan zon itu kerana tahu ancaman minima daripada pihak lawan.
Apa dilakukan Malaysia?
Malaysia memperbaiki aspek permainan berpasukan dan keinginan individu untuk memegang bola. Ini yang membuatkan ruang itu banyak dibongkar pada separuh masa kedua.
Corak/pattern itu sebenarnya sudah wujud sebelum separuh masa pertama berakhir. Ini butktinya. Malaysia mulai lebih yakin untuk bermain di kawasan padat itu. Ini heatmap 15 minit terakhir separuh masa pertama.
Masalah utama pasukan Malaysia sejak dari dahulu adalah terlalu tidak yakin untuk bermain di zon 14. Mereka terlalu suka bermain di sayap. Dalam bola sepak moden, zon 14 adalah hub kreativiti yang paling mustahak.
Azam Azih antara pemain yang telah memperbaiki aspek ini dengan lebih penglibatan di zon itu. Ini heatmap beliau 15 mini terakhir.
Pada separuh masa kedua lebih banyak aksi permainan di zon tersebut. Bagaimana ia dilakukan? Pemain lebih yakin untuk masuk ke zon 14 dan mereka tidak terlalu gugup bila ditekan pemain lawan.
Lihat aksi di bawah ini antara contoh di mana Malaysia mulai memberikan masalah kepada Jordan di ruang itu.
Seperti yang saya ulas di atas, pemain-pemain Jordan tak cukup komited untuk turun bertahan. Mereka ada masalah terlalu yakin. Lihat situasi di bawah. Dengan mudah Malaysia wujudkan 2 v 2.
Ini heatmap Malaysia pada separuh masa kedua dan anda dapati ada titik kuat di zon 14. Ianya lebih ke atas.
2 pemain penting memastikan ada animasi di zon 14 adalah Azam Azih dan juga Safawi Rasid. Ini bukti yang saya kemukakan.
Rumusan
Apa alasan untuk pemain kita terlalu gugup untuk bermain bola di kaki dengan lebih banyak permainan kombinasi?
Jurgen Klopp pernah berkata:
“Dalam padang ada banyak ruang dan anda tak boleh fikir untuk serang semua ruang itu. Anda harus pilih satu ruang untuk diberikan penekanan.”
Dalam perlawanan ini, Malaysia memberikan penekanan ruang di belakang garisan formasi tengah Jordan ataupun zon 14 yang ditekan dengan baik.
Walaupun ada beberapa siri hilang bola tetapi ia lebih baik pada separuh masa kedua. Malaysia hampir menang dalam perlawanan ini jika tidak kerana bola terkena tiang.