3 perkara tentang Manchester United yang paling dibenci oleh Chelsea dalam perlawanan ini adalah:
- Kelajuan (pace)
- Ruang (space)
- Serangan dari sayap
Susunan taktikal
Manchester United turun dengan sistem yang mirip dengan pendekatan mereka di Stamford Bridge sebelum ini. Dan ia diakui sendiri oleh Jose Mourinho. Dari segi formasi mereka bermain 3-5-2.
Chelsea tidak ada alasan untuk menukar formasi. Namun kali ini Conte menurunkan Azpilicueta di bek sayap kiri.
Sistem kawalan pemain
Ia memang jelas satu sistem yang mengawal pemain dan pemain. Tight man marking dikenakan kepada Eden Hazard oleh Hererra.
Ini bukanlah kali pertama Hererra diarahkan mengawal Hazard. Sistem yang sama digunakan sebelum ini dalam perlawanan Piala FA tetapi Hererra menanggung risiko dibuang padang.
Ia memerlukan pemain lebih bijak untuk mengawal pemain lincah seperti Hazard kerana mereka boleh memanipulasi si pegawal mereka dengan gerakan pantas.
Dalam perlawanan sebelum ini Hererra terlalu cepat melakukan bentesan demi bentesan. Dalam perlawanan ini, Hererra lebih fokus kepada shadow marking dan bertindak untuk membunuh ruang dan masa Hazard.
Selain Hererra pemain-pemain lain memastikan Chelsea tidak mendapat ruang yang selesa untuk mereka menyerang terutama sekali ketika transisi dalam serangan balas.
Sistem serangan dari sayap dan tempo tinggi United
United memulakan perlawanan ini dengan tempo tinggi. Mereka menemui rentak dengan segera. Seperti mereka sudah 10 minit memulakan perlawanan di dalam padang lebih awal.
Dalam proses Chelsea mencari rentak (settle down) United sudah mencipta peluang gol penting dalam 10 minit pertama.
Gol awal Rashford memang tonik berharga untuk United kerana ia memerlukan Chelsea untuk respon segera.
Sistem serangan United berpaksi pada 2 sayap utama dengan 2 bek sayap mereka. Lihat passmap dan kedudukan posisi mereka pada separuh masa pertama. Terhubung baik dan kuat di sisi.
Bandingkan dengan Chelsea yang bergelut. Hanya Kante yang ‘bermain’ bola sepak di tengah. Matic sangat teruk.
Di tengah anda akan mendapati sangat sedikit penglibatan Pogba dan Hererra ke hadapan seperti sebelum ini, di mana Pogba kerap sampai awal ke luar kotak penalti lawan.
Idea untuk meletakkan Lingard sebagai pasangan serangan lebih kepada untuk memastikan mereka ada pemain yang turun ke 2 sektor utama iaitu serangan dan garisan tengah untuk meramaikan unit tengah.
Itulah tugas Lingard. Mobiliti Lingard sangat penting dalam perlawanan ini.
United bermain dengan formasi untuk numerical advantage
Lihat sifir Mourinho memastikan mereka ada superior numerical advantage terutama di tengah.
Sistem 3-5-2 itu sendiri sudah menunjukkan mereka ada seorang pemain lebih di tengah untuk berhadapan dengan 3-4-3.
Pembentukan defensive 6 dalam 6-3-1 jika Chelsea berada dalam 3-2-5 (bek sayap ditolak ke hadapan)
Sistem bertahan ini yang menyukarkan Chelsea menghantar bola kepada Pedro dan Hazard. Apabila Pedro dan Hazard kurang bola, Costa pun akan kurang bola.
Ini bukanlah pertama kali Chelsea berhadapan sistem yang merantai Hazard dan Pedro, tetapi sebelum ini mereka ada larian taktikal yang kuat dari bek sayap untuk memanipulasi ruang di belakang.
Hazard tidak mampu membentuk permainan kombinasi dengan bek sayap, Pedro, Costa dan kurang bantuan dari Matic.
Lihat heatmap Hererra yang seakan-akan kembar kepada heatmap Hazard.
Kerapuhan pertahanan Chelsea
Banyak isu. Isu ruang dan juga transisi. Mereka kali ini sangat lemah dalam membentuk rantaian berlima.
Dari segi ruang, Young, Valencia, Rashford dan Lingaard mendapat ruang yang terlalu selesa.
Bek tengah mereka tidak kira sesiapa sahaja (termasuk RCB – LCB -CB) dalam sistem bek bertiga atau berempat mudah panik ditekan oleh Rashford.
Unit bek tengah Chelsea seakan-akan kurang percayakan Begovic ketika cuba melepaskan driri daripada tekanan pemain.
Kenapa saya berkata begitu. Mereka sangat sukar nak melepaskan bola kepada penjaga gol. Sistem Chelsea jelas bukan sistem untuk bermain sistem klasik dengan terus membuang bola.
Mereka cuba recycle bola dengan build up dari belakang.
Conte tukar taktik kepada 4-3-3 dan 4-2-4
Separuh masa Conte menukar formasi kepaad 4-3-3 dengan memasukkan Willian. Pada fasa ini Chelsea kelihatan sedikit lebih baik namun masih sukar di pivot.
Manchester United menjaringkan gol ke-2 menerusi Ander Hererra dan Conte terus memasukkan Fabregas untuk bermain dengan sistem 4-2-4.
Kemasukan Fabregas memberikan sedikit kualiti dan keberanian Chelsea di tengah. Masalah Chelsea adalah terlalu soft dan tidak agresif di tengah.
Ini adalah statistik yang memilukan untuk Matic.
Namun United cemerlang bertahan di blok rendah. Rojo-Bailly- Darmian sangat kompak di belakang.
Perubahan taktikal Mourinho terlalu awal!
Jose Mourinho mengeluarkan Jese Lingaard untuk mengetatkan lagi ruang di tengah dengan memasukkan Michael Carrick.
United kini bermain dengan sistem 3-6-1. Iannya tepat ketika perlawanan menuju satu jam.
Bagi saya, ia adalah gangguan sedikit untuk malam saya sedang menikmati tempo terbaik United. Kes yang sama dilakukan Mourinho ketika menukar pendekatan yang sudah cantik ketika menentang Anderlecht.
Di mana, Jose memasukkan Fellaini untuk menggantikan sistem kepada 2 target man ketika hantaran lintang.
Jadi fasa selepas kemasukan Carrick, United adalah beraksi untuk menghancurkan / destroying binaan serangan Chelsea.
Pada pandangan peribadi saya, sistem 3-5-2 mereka sudah cukup bagus dan sangat menghiburkan.
Rumusan
Chelsea ada masalah dengan kesukaran bermain dalam tempo tinggi dan ruang kecil di dalam perlawanan ini.
Ia bukanlah masalah biasa mereka musim ini. Cuma sistem United yang memberikan mereka masalah ini.
United bermain sangat baik dalam unit dan jelas dengan kehendak taktikal Mourinho. Apa yang berlaku hari ini lebih kepada mengulang kembali skrip yang gagal sebelum ini.
Chelsea gagal merekodkan sebarang cubaan tepat. Ia adalah isu kepada kreativiti mereka memecahkan blok rendah United.
Sistem United kali ini adalah tidak terlalu agresif kepada pembawa bola (ball carier ) Chelsea, tetapi mereka akan cuba menekan dan fokus kepada opsyen penerima bola.
Dalam perlawanan di Stamford Bridge sebelum ini mereka terlalu reaktif dan agresif ke atas pembawa bola dan banya sangat foul dilakukan.
Chelsea pula terlalu tidak agresif dan kurang jelas dengan apa yang perlu dilakukan dengan perubahan struktur di belakang.
Maksud saya di sini, Azplicueta seakan-akan kehilangan utama Chelsea di bek bertiga.
Terlalu ramai pemain Chelsea yang tidak beraksi baik dan terlalu ramai pemain United beraksi cemerlang.
Pemain terbaik
Ander Hererra (Manchester United)
Baca juga: Isu Pengadil: Apa Yang Sebenarnya Pemain Perlu Lakukan?