Manchester United bermain dengan baik sekali dalam memanipulasi sisi buta pasukan lawan mereka. Kemenangan 4-0 adalah rumusan sebenar perlawanan ini, tidak lebih dan tidak kurang.
Permulaan
Jose Mourinho menggunakan formasi kegemaran beliau 4-2-3-1 dengan menggandingkan Matic dan Pogba sebagai nombor 6 kembar dalam sistem pivot berkembar.
Slaven Bilic juga menggunakan formasi yang sama. Meletakkan pemain termahal dalam sejarah kelab mereka, Arnautovic di sayap kiri.
Manchester United bermula intensif
United memulakan perlawanan dengan intensif. Mereka menggunakan kelajuan yang ada pada Rashford untuk menggerakan bola dari sayap kiri.
Pemain pertahanan mereka berada di garisan yang agak tinggi. United mengenakan tekanan yang tinggi (high line pressing) kepada West Ham United.
Salah satu aspek yang paling penting adalah dominasi Manchester United di tengah dengan set pemain tengah mereka yang ada. Mereka juga memiliki sistem sokongan yang sangat baik di bahagian sisi dan dari belakang.
Ada 2 fasa perubahan taktikal United. Pertamanya dengan formasi 4-2-3-1, keduanya dengan 4-3-3. Mereka stabil dengan kedua-dua formasi ini.
Matic memberikan lesen ‘besar’ kepada Pogba untuk lebih bebas bergerak (roming) ke atas. Ada banyak pusat kreativiti United iaitu Pogba, Mkhitaryan dan Mata.
Ini adalah heatmap Pogba yang ternyata ‘dibebaskan’ ke hadapan dengan sistem ini.
Untuk Rashford peranan beliau lebih langsung (direct) sebagai penyerang sayap. Beliau berbeza dengan pemain sayap kanan pasukan mereka yang lebih terikat kepada peranan memberikan servis kepada ‘target man’ mereka.
Jika ada penyokong United mempertikaikan kenapa Rashford lebih tamak, ianya kerana peranan beliau sebagai penyerang sayap songsang (inverted winger). Ia memang dibiarkan begitu.
Blind juga menjadi pemain penting memastikan sistem serangan mereka stabil di kiri. Ini adalah heatmap 4 pemain serangan mereka.
Jelas mereka terlalu kuat di sayap kanan dan kurang sokongan di sisi hujung bahagian kiri. Ini pula heatmap Daley Blind seorang yang sangat kuat di sisi kiri.
Ini akan terjadi apabila ia Blind digabungkan dengan 4 pemain hadapan tadi.
West Ham United, pasukan ‘tak siap’
Antara aksi paling teruk oleh West Ham di bawah kendalian Bilic. Ya! Mereka ada beberapa aksi teruk sebelum ini. Yang ini salah satu daripadanya.
Di tengah mereka tidak ada kompensi untuk bersaing. Walaupun secara hakikatnya, pemain United lebih baik secara teknikal, namun West Ham meletakkan jurang mereka terlalu jauh.
Pemain tidak cukup komited untuk bersaing termasuk untuk duel dan merosakkan (destroying) aktiviti pasukan United di tengah.
Di barisan pertahanan, mereka banyak terngangan ketika bertahan (ball watching). Arnautovic tidak bermain sebagai pemain pasukan.
Chicharito adalah pemain tipikal ‘poacher’ yang terpaksa turun banyak ke bawah kerana tidak ada servis kepada beliau. Kesannya, pemain ini tidak ada kemampuan untuk melakukan gelecekan yang melepasi pemain lawan (take-ons).
Sistem serangan dan pertahan mereka terputus (disjointed) teruk.
Manchester United ‘blind side run’
Sisi buta adalah istilah yang kami gunakan untuk blind side. Ia berbeza dengan titik buta yang digelar blind spot.
3 daripada 4 gol mereka kerana hantaran eksklusif ke ruang (pass into space) dan juga hantaran penetratif. West Ham United ada masalah konsentrasi untuk mematikan gerakan ini.
Terlalu kerap mereka terlepas pemain di garisan akhir dan mencetuskan ancaman 1 lawan 1 dengan penjaga gol.
Lihat situasi ini di mana Mata dengan mudah masuk ke zon half-space melepasi garisan pertahanan.
Ini adalah anatomi bagaimana jaringan pertama Lukaku dilakukan.
Kualiti hantaran dan visi pemain Manchester United juga antara faktor yang menyebabkan banyak tercetusnya gerakan yang mengatasi garisan pertahanan akhir.
Penilaian
Pasukan terbaik menang ke atas pasukan yang tidak ada disiplin ketika bertahan dan tidak ada komitmen di dalam perlawanan.
Pemain-pemain Manchester United tajam dan ‘decisive’ di dalam membuat keputusan. Pogba lebih cepat melepaskan bola dan kurang ‘fancy’.
Serangan balas mereka meningatkan kita kepada klasik Manchester United yang segera digerakkan ke bahagian serangan (final third) dan cuba disudahkan secepat mungkin.
Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA
Nemanja Matic (Manchester United)
Dengan mengambil kira improvisasi pada sistem di tengah yang membolehkan pemain seperti Pogba membekalkan sokongan kepada serangan, kami memilih Matic.
(Nota editor: MOTM pilihan kami adalah berdasarkan pemerhatian taktikal kami)
Lukaku juga cemerlang dengan 2 gol di dalam perlawanan ini. Salah satu sebab Lukaku cemerlang kerana sistem sokongan yang ada di dalam permainan.
Begitu juga impak diberikan beberapa pemain seperti Pogba, Martial dan Blind. Ramai pemain United bermain dalam prestasi terbaik.