Quantcast
Analisis Taktikal: Manchester City Dinamik Di Kesemua Bahagian


ANALISIS TAKTIKAL

Analisis Taktikal: Manchester City Dinamik Di Kesemua Bahagian

Sunday, 13 Aug 2017

Manchester City menang 0-2 di Amex Stadium menewaskan Brighton. Ia 3 mata berharga untuk City.

Permulaan

Brighton bermain dengan formasi klasik 4-4-2. Manakala Manchester City turun dengan formasi 3-5-2/3-4-1-2.

Gabriel Jesus digandingkan dengan Aguero

Musim lalu, Pep Guardiola jarang menggandingkan 2 pemain no.9 di barisan hadapan. Falsafah Pep Guardiola melabel bahawa penggunaan 2 nombor 9 akan mengurangkan dinamik di bahagian tengah.


Namun dalam perlawanan ini, sistem no.9 City jelas banyak bergerak dan membuatkan mereka tidak rigid. Selepas perlawanan Pep Guardiola memberitahu yang peminat tidak akan melihat mana-mana pemain beliau tidak berlari.

Sistem serangan City

Free Eight ataupun bebas berlapan yang aktif. Hanya 3 pemain yang ada posisi lebih jelas iaitu 3 bek tengah mereka. 8 lagi pemain terlibat dalam sistem yang fluid dan pertukaran posisi yang aktif (diverting system).

City memiliki 2 penyerang yang terlalu bagus untuk bek tengah Brighton kekang. Aguero dan Gabriel Jesus terlalu mudah untuk melakukan larian di belakang pertahanan.

Secara formasinya, City akan berkembang sistem 3-5-2 yang ofensif dengan menekan lawan ke dasar paling bawah. Bek tengah mereka kerap berada di dalam kawasan lawan lebih 5 meter.


City memiliki keupayaan yang tinggi untuk menukar arah bola dengan segera. Ianya berkesan kerana adanya David Silva dan De Bruyne.

Lihat bagaimana garisan tengah berlima mereka sangat stabil di tengah dengan David Silva dan De Bruyne menjadi sumber kreativiti utama.

Ini adalah laporan ‘heatmap’ David Silva dan De Bruyne yang sangat dominan.


Permainan kombinasi mereka berkesan kerana pemain-pemain City sangat cepat mengambil posisi baru untuk memberikan sokongan kepada rakan mereka.

Sistem pertahanan Brighton

Pada separuh masa pertama, sistem 2 banks of four mereka agak stabil dan berdisiplin. Namun pada separuh masa kedua, disiplin pemain mereka hilang. Mereka terlalu mudah panik ketika ditekan oleh Manchester City.

Mereka lemah bertahan di half-space, satu ruang yang sentiasa dipenuhkan oleh pemain-pemain City. Pada separuh masa kedua, ‘2 banks of four’ mereka terpecah dan kerana membentuk 6 pemain di garisan rendah pertahanan. Ia kurang efektif.

Namun begitu, ketumpulan City membuatkan mereka gagal untuk menghukum pertahanan Brighton lebih awal. City menunggu lebih sejam untuk mendapatkan jaringan pertama.

Penilaian

City pasukan yang lebih baik walaupun pada awalnya bergelut untuk memecahkan 2 bank berempat Brighton. Namun kesabaran dan keinginan mereka akhirnya membuahkan hasil.

City tidak begitu banyak diancam di dalam perlawanan ini. Beberapa serangan balas Brighton agak lemah untuk menghukum City yang bertahan dengan unit yang sangat kecil.

Sistem free eight Guardiola lebih baik dengan sokongan 2 bek sayap, Walker dan Danilo yang beraksi baik dan dinamik di dalam perlawanan ini.

Lihat laporan ‘passmap’ mereka di dalam perlawanan ini. Sangat kuat di semua bahagian.

Kepada Brighton, mereka jelas baru berkenalan dengan tempo permainan EPL yang berbeza dengan tempo ketika mereka bermain di Championship.

Ia pengalaman berguna untuk pemain-pemain mereka untuk mengharungi perlawanan-perlawanan akan datang.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Kyle Walker (Manchester City)

David Silva antara pemain yang cemerlang di dalam perlawanan ini. Beliau berjaya membuka kunci (unlocking) pertahanan lawan dengan bantuan gol beliau.

Namun Kyle Walker memberikan dimensi berbeza kepada dinamik permainan City. Aspek yang sangat dicari Guardiola musim lalu sehinggakan beliau pada satu fasa menggunakan Jesus Navas sebagai bek sisi.

Ini adalah ‘heatmap’ Walker di dalam perlawanan ini.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!


Kongsi

Komen Artikel: Analisis Taktikal: Manchester City Dinamik Di Kesemua Bahagian



Berita Bola Yang Menarik