Analisis Taktikal: Manchester City Berjaya Mengekalkan Sistem Walaupun Dalam Tekanan

Dalam perlawanan tumpuan EPL minggu lalu, Manchester City menang 4-1 ke atas Tottenham Hotspur untuk meneruskan rekod kemenangan kepada 16 perlawanan berturut-turut.

Permulaan

Manchester City hanya formasi di atas kertas kerana mereka sangat bebas di dalam padang. Pochettino pada awalnya dijangka akan bermain bek bertiga dalam perlawanan ini, namun beliau menggunakan 4-3-1-2.

Manchester City atasi tekanan Spurs

Kedua-dua pasukan menggunakan pendekatan yang sangat intensif untuk menekan lawan di garisan tinggi. Jadi, aspek yang digariskan adalah cara mereka melepaskan diri apabila ditekan.

City lebih kemas dan lebih berani dan tenang dalam mengatasi tekanan tinggi yang dikenakan oleh Spurs. Pep Guardiola menurunkan 2 bek sisi beliau ke koridor half-space untuk membantu Fernandinho.

Guardiola mahukan sistem mereka dapat dikekalkan. Ia bukan tugas mudah berhadapan dengan pasukan seperti Spurs.

Secara asasnya, Spurs terlalu menumpukan 3 pemain di garisan rendah City untuk ditekan. Dan ketika ini, Guardiola mengarahkan 2 bek sisi beliau untuk mencipta ruang.

Fernandinho adalah rujukan utama Spurs untuk melakukan tekanan. Itu adalah fokal kepada City. Namun pengawasan kepada Fernandinho, Mangala dan Otamendi terlalu kuat dan ketika ini harus dipertikaikan siapa yang harus menekan
Delph dan Walker di bek sisi.

Tumpuan Winks/Dembele dan Eriksen juga ke zon 14 itu dan inilah peluang untuk Delph dan Walker turun ke half-space atapun ke zon terbuka tanpa ada tekanan yang kuat seperti mana Spurs ‘melayan’ pemain lain.

Fasa di bawah ini Ederson cuba menghantar bola ke pemain di garisan pertahanan. Namun tertutup.

Delph dan Walker akan turun untuk menerima bola di zon half-space.

Ini gambaran di dalam perlawanan

Berbeza dengan Spurs mereka lebih mudah panik dengan tekanan oleh City dengan ramai pemain. Mereka lebih kerap ‘bypassing’ blok tekanan City dengan hantaran tinggi. Ataupun, mereka terpaksa membuang bola

Fleksibiliti City dan disipilin Spurs

Kita tahu Pep Guardiola adalah pengurus yang menggunakan sistem bebas berlapan dalama sistem beliau. Ini adalah sistem yang menyusahkan Spurs kerana mereka tiada disiplin di dalam perlawanan ini.

Mereka aktif untuk menekan pihak lawan. Gambar di bawah, Sterling mengawasi Danny Rose secara kawalan ruang dan tekanan tetap diberikan.

Banyak bentesan keras dilancarkan kerana pasrah dengan pihak lawan yang lebih baik malam itu. Pemain seperti Dele Alli dan Trippier jelas menjadi beban kepada pasukan. Mereka menyumbang terlalu minima untuk pasukan.

Trippier adalah titik lemah Spurs yang berkali-kali diusik oleh City. Spurs tidak berdisiplin ketika bertahan dan juga ketika dengan bola. Mereka hilang permainan kombinasi.

City pula, pemain seperti De Bruyne dan Sane boleh turun sehingga ke zon paling rendah di dalam padang sepanjang 90 minit.

Ketika menyerang mereka berdisiplin dan bermain dalam pasukan. Ketika bertahan mereka lebih bertanggungjawab sebagai satu pasukan.

Gol pertama City adalah antara bukti mereka tidak berdisplin ketika melakukan kawalan pemain dengan sistem hibrid. Zonal marking di belakang dan man-marking di lapisan kedua.

Rumusan

Ini adalah perlawanan yang dikuasai oleh City. Tottenham cuba memberikan persaingan sepanjang 90 minit namun mereka jelas tidak berada dalam prestasi terbaik secara berpasukan.

Lihat heatmap Harry Kane di bawah ini, jika kami tak paparkan nama, anda pasti ingat ini heatmap seorang pemain tengah. Kane terpaksa memburu dan mencari bola di bawah kerana kurangnya servis kepada beliau.

Untuk City, sistem yang fleksibel dan kemampuan untuk lebih tenang mengatasi tekanan Spurs di garisan pertahanan mereka adalah antara bukti sistem mereka berfungsi dan berjaya dikekalkan dengan lebih baik.

Kevin De Bruyne dijadikan no.8 dalam perlawanan ini dan kerap bermain di peranan no.6. Namun ia tak menghalang beliau untuk sentiasa terlibat di atas pada masa-masa tertentu.

City boleh menang lebih besar jika mereka tidak membazirkan beberapa peluang. Namun untuk pasukan seperti City, membazir banyak pun mereka tetap akan mampu mendapat gol.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Kevin De Bruyne (Man. City)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN