Analisis Taktikal Malaysia vs Afghanistan: Pasukan Malaysia Separuh Masa Kedua Lebih Baik!

Perlawanan ini mungkin jauh lebih baik daripada aksi sebelum ini ketika menentang Singapura dari segi komitmen pemain untuk melakukan sesuatu.

Namun dari segi taktikal dan juga perancangan berpasukan, masih tumpul dan kurang desakan ke atas lawan terutama pada separuh masa pertama

Permulaan

Malaysia bermula dengan formasi 4-3-3 dengan meletakkan Shahrul Saad di pivot dan menolak Baddrol ke peranan lebih semulajadi beliau.

Afghanistan pula dibarisi ramai pemain mereka beraksi di liga divisyen rendah Jerman. Jurulatih mereka pula merupakan orang Jerman kelahiran Croatia.

Maka tidak hairanlah beliau memilih 4-2-3-1 yang menjadi model utama kebanyakan pasukan Jerman.

Afghanistan Diberikan Ruang 

Jika dinilai dari segi aspek kepantasan dan kelajuan (speed & pace), saya tidak rasa Afghanistan memiliki tempo yang laju berbanding dengan Singapura tempoh hari.

Namun mereka sentiasa cuba untuk mengalirkan gerakan dan bola mereka ke atas. Mereka menyerang Malaysia dan terus berterusan mencipta peluang kerana desakan yang sangat rendah oleh pemain-pemain Malaysia ke atas mereka.

Pemain-pemain Malaysia terlalu ke bawah dan tidak agresif.

Di blok tinggi, pemain-pemain Malaysia selesa dengan sekadar melihat pemain awan cuba merancang serangan daripada bawah.

ms2

Kebanyakan aksi bertahan Malaysia hanya akan agresif apabila pemain melepasi garisan pertahanan akhir. Pada ketika inilah mereka cuba mematikan ancaman dengan agresif. Ia lebih kepada panik!

aj

Di bawah ini pula, ketika Nazirul keluar memberikan desakan (pressing), nampak tidak ada rantaian sokongan secara kawalan ruang.

Pemain Malaysia terlalu banyak mengundur daripada cuba mematikan ancaman lebih awal. Ia memberikan lawan peluang untuk lebih penetratif.

afg3

Seperti yang saya katakan di atas, Afghanistan tidak pantas namun mereka diberikan ruang dan masa yang banyak. Mereka seolah olah dijemput masuk.

Afghanistan Menyerang Dari Kanan

Corak hantaran Afghanistan memiliki rantaian yang kuat di sebelah kanan ataupun arah Nazirul Naim. Faysal dan Noroallah Amiri sangat dominan di arah tersebut.

Mereka jelas cuba mengisi dan memenuhkan (overloading) ruang sebelah kanan dengan secepat mungkin untuk menyokong rakan mereka secara zonal dan posisi.

Komposisi mereka sangat stabil dan memudahkan mereka memenangi semula bola di garisan tinggi.

afg5

Di bawah ini adalah corak hantaran Afghanistan ketika menguasai bola. Mereka mengembangkan 4-2-3-1 kepada 3-3-3-1 dengan pemain tengah bertahan (no.6) mereka turun menjadi bek ke-3.

Ia adalah corak yang sama dengan apa yang Singapura lakukan melalui Izzdin tempoh hari.

Faysal adalah pemain penting yang membantu di bahagian sayap kanan dan juga menjadi penyerang bayangan (shadow striker).

afg1

afg2

Kerapuhan Pertahanan Malaysia

Secara rumusan mereka bermain kawalan zonal. Dalam keadaan lawan melakukan setpis mereka akan bermain kawalan pemain ke pemain.

Namun begitu, ketika permainan terbuka (open play), kawalan ruang adalah isu terbesar walaupun mereka sering berkawal dengan unit pemain yang ramai.

Pemain-pemain Afghanistan kerap tidak dikawal (secara zonal) di kawasan-kawasan mustahak terutama di byline.

Di bawah ini ada 3 isu penting. Pertamanya pemain berada di byline tidak dikawal. Kedua adalah plan untuk melindungi zon 14. Ketiga, lihat posisi Khairul Fahmi. Jangan lupa kira jumlah pemain yang bertahan.

afg4

Ini pula ketika Faysal di kawasan half-space berdekatan byline. Pemain-pemain Malaysia terlalu fokus kepada bola tanpa memikirkan soal bentuk (shape) pasukan ketika bertahan.

mas2

Taktikal Separuh Masa Kedua Oleh Malaysia

Dalam separuh masa pertama, ia adalah tugas berat untuk mana-mana pundit sekalipun untuk mengenalpasti taktikal dan formasi skuad Malaysia.

Pada separuh masa kedua, pemain-pemain Malaysia meningkatkan intensiti mereka. Hadin akhirnya membuang rasa gugup beliau selepas menjaringkan gol pada akhir babak pertama.

Hadin kerap menjadi pemain penting dalam memecahkan kubu Afghanistan dari sebelah kiri.

Namun, dari segi kualiti, skuad Afghanistan pada separuh masa kedua jatuh agak mendadak. Pemain-pemain mereka kelihatan tidak fokus dan hilang tenaga.

Sikap lebih positif pemain Malaysia untuk menyerang dan lebih agresif ketika bertahan.

Malaysia banyak bermain dengan 4-3-3 dan 4-4-1-1 pada separuh masa kedua. Ia bergantung kepada Hazwan dan juga Zaquan.

Rupa bentuk formasi lebih baik berbanding dengan organisasi yang pasif dan terlalu selari di bahagian tengah pada separuh masa pertama.

Penilaian

Ia mungkin bukan aksi yang terlalu berkualiti namun skuad dan aspek formasi taktikal pada separuh masa kedua oleh Malaysia adalah yang terbaik buat masa ini untuk Datuk Ong Kim Swee berbanding dengan aksi separuh masa pertama dan 90 minit di Singapura.

Apa yang dimiliki oleh Datuk Ong Kim Swee pada separuh masa kedua mugkin satu-satunya pilihan yang terbaik buat beliau masa ini. Beliau tidak ada masa lagi untuk menguji lebih banyak eksperimen.

Semalam kami ada isukan persoalan, apakah Ong Kim Swee sudah ada kesebelasan dan formasi bayangan sebelum kejohanan Piala AFF.  Jawapannya, tidak! Beliau masih gagal menyelesaikan aspek itu buat masa ini.

Oleh sebab itu, kami merasakan Datuk Ong Kim Swee cuma ada satu pilihan iaitu mengekalkan formasi dan taktik serta majoriti daripada pemain pada separuh masa kedua. Mungkin seorang dua pemain sahaja yang perlu ditukar.

Namun begitu terlalu banyak isu taktikal dan teknikal yang perlu diperbaiki oleh skuad Malaysia. Senarai keutamaan pastinya organisasi pertahan dalam kawalan zonal berasaskan kawalan ruang yang terlalu banyak ‘lubang’.

Pemain Terbaik

Matthew Davies (Malaysia)

davies

Beliau berjaya melakukan hantaran lintang yang tepat untuk membantu Hadin menjaringkan gol penyamaan.

Beliau juga beraksi dengan baik pada separuh masa kedua dengan menghadirkan ancaman dan kreativiti tambahan dari sisi belakang.

Baca juga : Previu Malaysia vs Afghanistan: Peluang Terakhir OKS Bentuk Skuad Sebelum Piala AFF

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN