Analisis Taktikal: Malaysia Positif Dan Efektif Menekan Korea Selatan

Malaysia mempamerkan aksi kompetitif menentang Korea Selatan dalam perlawanan suku akhir Piala AFC B-23. Perlawanan yang selayaknya digelar buku dan ruas ketika itu.

Malaysia tewas 2-1, namun statistik menunjukkan Korea Selatan mengambil masa lebih sejam untuk memiliki penguasaan bola seimbang.

Permulaan

Korea Selatan tampil dengan sistem berasaskan 4-2-3-1 manakala pasukan Malaysia pula kekalkan formasi 3-4-3 yang akan membentuk 5-4-1  ketika bertahan.

Malaysia bermula lebih intensif

Respon Malaysia kepada gol awal pasukan Korea Selatan sangat positif. Mereka meletakkan intensiti perlawanan ini di tangan mereka.

Malaysia menghancurkan permainan bola sepak Korea Selatan. Malaysia lebih positif untuk menekan pasukan lawan di semua bahagian dan dahagakan bola.

Sesuatu yang membuatkan Malaysia pasukan lebih baik daripada sebelum ini adalah ‘dahagakan bola’ setiap kali kehilangannya.

Ini adalah sikap yang selama ini telah hilang daripada kem pasukan kebangsaan di semua peringkat terutama sekali selepas ketinggalan dengan pasukan lebih besar.

Malaysia banyak membentuk blok permainan dengan asas yang baik. Lihat di bawah ini ada 4 blok permainan utama. ABC adalah blok yang sangat luas (pitch wide)

Kemudian anda lihat A, B dan C secara pecahan. Blok C adalah usaha Malaysia membentuk blok atau padang permainan yang lebih sempit. Mereka mendesak Korea Selatan melakukan kesilapan di block C yang ada bola.

Korea Selatan hilang bola dalam proses di bawah ini.

Ingat lagi komen Ramon Marcote ketika final Piala FA lalu di  mana beliau menggariskan pasukan Kedah gagal membentuk padang (pitch) lebih luas dan membentuk kelebihan secara numerical.

Korea Selatan sentiasa ditekan dengan segera/agresif oleh Malaysia dan mereka sukar membentuk ‘pitch’ mereka sendiri untuk mewujudkan blok 4 vs 3, 4 vs 2 dan sebagainya.

Kali ini, Malaysia bukan agresif yang membabi buta ataupun kasar. Agresif dalam pressing dan bermain kasar menjatuhkan lawan adalah 2 doktrin berbeza.

Malaysia komited untuk mematikan bola lebih awal daripada sampai ke garisan paling bawah. Ini adalah heatmap 25 minit pertama di  mana gerakan Korea Selatan disekat di ‘middle third’ dengan efektif.

Serangan Malaysia

Pada separuh masa pertama, Malaysia lebih banyak berada di zon serangan berbanding dengan pasukan Korea Selatan. Malaysia pada satu ketika menguasai perlawanan ini 60%.

Lihat laporan kadar kawasan aksi mereka di bawah ini untuk separuh masa pertama.

Seterusnya, fokal kepada taktikal Malaysia adalah Safawi Rasid. Beliau bertindak sebagai pemain dengan peranan bebas (free role) dalam taktikal Ong Kim Swee. Ini adalah heatmap Safawi Rasid.

Ini adalah peta hantaran Safawi Rasid dalam perlawanan ini. Banyak interaksi dengan Azam Azih dan Matthew Davies.

Di atas ini juga anda boleh melihat rumusan bagaimana Malaysia cuba menggunakan Davies sebagai penghantar bola lintang utama.

Nik Akif tak efektif sebagai target man untuk sistem 9 jadian. Kemasukan Thanabalan yang berada di zon yang tepat pada masa yang tepat terus menyempurnakan hantaran Safawi Rasid.

Taktikal Korea Selatan

Mereka beroperasi dalam sistem 4-2-3-1. Malangnya mereka tak intensif. Mereka memerlukan lebih sejam untuk mencari rentak dalam perlawanan ini.

Tekanan mereka di blok atas juga tidak agresif. Mereka membenarkan Malaysia bermain bola sepak. Akhirnya mereka dihukum kerana mereka secara tak langsung memberikan keyakinan kepada Malaysia untuk mendapat sesuatu dalam perlawanan ini.

Pattern yang sama pada satu babak lebih awal. Mereka menunggu bola masuk ke kawasan mereka dan bukannya cuba memenangi bola di kawasan tinggi seperti yang kita semua jangkakan.

Ketika menyerang mereka kerap melakukan kesilapan teknikal seperti hilang bola dan kemudian sentuhan yang lemah. 18 kali bola mereka berjaya dipintas oleh pemain Malaysia.

Namun selepas gol penyamaan Malaysia, mereka lebih komited untuk bermain lebih kemas kerana mereka tak mahu perlawanan ini berlarutan ke masa tambahan.

Kekuatan utama serangan mereka adalah keupayaan pemain untuk bergerak dalam kawasan sempit di kotak penalti. Mereka cuba bermain permainan kombinasi yang banyak. Mereka berjaya mendapat rentak selepas gol N.Thanabalan.

Korea Selatan lebih akses di zon 14 dengan melabur lebih ramai pemain di kawasan itu. Malang sekali Malaysia agak bergelut untuk menyerang balas kerana kecergasan pemain kita. Aspek yang harus dijadikan penekanan utama Ong Kim Swee selepas ini.

Pivot kembar Malaysia berfungsi baik

Walaupun ada beberapa siri hantaran gagal, namun secara keseluruhan, Azam Azih dan Daniel Amier telah bermain baik dalam perlawanan ini.

Azam Azih sangat baik dalam ‘support play’. Beliau sentiasa menawarkan dirinya untuk menerima bola daripada rakannya dan melakukan hantaran diagonal yang banyak.

Lihat corak hantaran Azam Azih kali ini lebih banyak hantaran diagonal yang mencetuskan ancaman bahaya berbanding dengan sebelum ini. 2 hantaran kunci (kuning) berjaya dilakukan.

Ini laporan yang sebelum ini ketika menentang Iraq.

Penilaian

Malaysia berjaya menekan pasukan Korea Selatan. Malaysia juga jelas lebih banyak bermain bola sepak kali ini. Perkara yang pasukan kita kerap hilang.

Pemain kita berjaya membentuk permainan kombinasi dan berusaha untuk menikmati perlawanan. Jumlah statistik di bawah adalah bukti yang perlawanan ini sengit di antara kedua-dua pasukan.

Malaysia melakukan 455 hantaran dalam perlawanan ini, sama dengan jumlah yang dilakukan Korea Selatan. Jumlah hantaran lebih 400 per perlawanan anda sudah bayangkan yang pasukan itu memang bermain bola banyak sekali.

Satu aksi memberangsangkan daripada skuad Malaysia. Pemain komited untuk mematikan ancaman lebih awal. Walaupun kena akui kualit individu Korea Selatan memang sukar dikekang dan kerap juga mereka berjaya menyelinap masuk dalam keadaan yang sangat sempit dan kompak.

Masih banyak perlu digariskan dalam membentuk pasukan yang konsisten bermain dengan baik. Seterusnya adalah aspek kreativiti juga harus diperbaiki untuk melengkapkan permainan seperti ini.

Lihat laporan di bawah ini, kita masih sukar mencipta peluang dalam kotak penalti lawan berbanding dengan Korea Selatan. Namun pertahanan kita banyak menafikan percubaan itu dengan hadangan.

Perlawanan ini hanya akan jadi ‘perlawanan yang lalu’ selepas ini. Cabaran untuk Datuk Ong Kim Swee dan anak-anak buah beliau.

Apapun, ia aksi yang bertenaga dan kompetitif dan saya gembira dapat berpeluang membentangkan analisis perlawwanan pasukan kebangsaan saya dengan aksi seperti ini.

Sumber statistik: Laman AFC U23

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN