Malaysia menang 2-0 ke atas Indonesia dalah aksi derbi Nusantara semalam. 2 gol Malaysia adalah menerusi Safawi Rasid.
Permulaan
Malaysia menggunakan sistem 4-3-3 dengan false no.9, manakala Indonesia tampil dengan formasi 4-4-2.
Intensiti perlawanan
Perlawanan ini bukan perlawanan yang intensif daripada Harimau Malaya. Tan Cheng Hoe beberapa kali bangun dilihat mengarahkan agar para pemain lebih intensif.
Mungkin para pemain ada sedikit rasa waspada dengan pendekatan Indonesia yang menunggu di belakang dan melancarkan serangan balas.
Namun Tan Cheng Hoe mahu para pemain lebih laju menggerakkan bola memecahkan blok rendah Indonesia.
Disiplin bertahan Indonesia
Mereka rigid. Bertahan dengan 4-5-1 dengan kompak di belakang. Mereka menggunakan sistem ‘duduk’ di belakang dan cuba menyerang balas.
Secara keseluruhannya, mereka bertahan dengan baik secara unit dan sabar untuk tidak terlalu awal keluar daripda blok rendah.
Indonesia dilihat tidak berminat untuk melakukan high pressing/early pressing kerana tak mahu struktur pertahanan mereka terpecah.
Namun pada separuh masa kedua, mereka mulai lebih terbuka dan beberapa kali diserang balas oleh pasukan Malaysia.
Walaubagaimanapun, hanya dengan beberapa kesilapan tidak berdisiplin, mereka mendapat padah. Misalnya memberikan sepakan percuma di luar kotak penalti. Safawi terus menghukum mereka.
Indonesia bergantung kepada serangan balas
Indonesia bermain dengan blok rendah dan cuba menyerang balas daripada sayap.
Indonesia berberapa kali berjaya mendapat peluang serangan balas yang mencetuskan ancaman gol daripada taktikal ini, namun penyudah mereka amat menghampakan.
Mereka gagal menyempurnakan 2 peluang jarak dekat dan juga 1 penalti yang tidak masuk.
Dari segi corak permainan, serangan mereka sangat ‘direct’ dan bergantung kepada kepantasan pemain sayap.
Corak pertahanan Malaysia
Malaysia tampil sebagai pasukan yang lebih ofensif. Malaysia bertahan dengan sistem garisan tinggi. Dan beberapa kali juga garisan itu diatasi. Namun itu perkara yang biasa dalam sistem high line defending.
Apa yang penting pemain berjaya melakukan recovery. Aidil misalnya, beliau melakukan beberapa recovery penting untuk memastikan bola tidak masuk ke dalam kotak penalti.
Ini contohnya, Aidil tidak pergi melakukan terjahan sebaliknya mengenakan tekanan secara taktikal. Kita selalu tengok Aidil akan terlebih agresif dalam keadaan ini.
Namun kali ini beliau sangat baik dan hanya memastikan pembawa bola ditolak ke wide area dengan melengahkan beliau. Dan pemain tersebut merasai tekanan dan melakukan rembatan yang teruk.
Indonesia memanfaatkan ruang di belakang Syahmi Safari dan juga Corbin Ong. Kali ini, ‘protection’ yang diberikan Brendan Gan dan Syameer Kutty agak longgar dalam beberapa ketika, pada saat 2 pemain bek sisi ofensif Malaysia naik ke atas.
Corak serangan Malaysia
Malaysa bermain dengan False no.9 pada separuh masa pertama dan menggunakan Norshahrul Idlan Talaha pada separuh masa kedua.
Akhyar Rashid gagal memberikan impak dalam sistem serangan. Beliau sukar berhadapan dengan pertahanan Indonesia yang bertahan dengan baik terutama sekali dari segi body positioning, yang sentiasa membuatkan pemain itu ‘outmuscled’.
Namun begitu, Safawi Rasid diberikan peranan yang paling beliau suka ataupun posisi kuat beliau iaitu sayap kanan.
Safawi memberikan ancaman dari segi kelajuan dan juga keupayaan 1 lawan 1.
Safawi juga menggunakan kehebatan individu untuk gol pertama dan juga gerakan tajam pada gol kedua dengan melakukan gelecekan dan melepaskan rembatan deras.
Gol pertama #HarimauMalaya hasil sepakan percuma cantik @safawi37.
💯💯💯 pic.twitter.com/5xa0hOrDcy— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 19, 2019
Fasa 20 minit terakhir
Ini merupakan fasa terbaik untuk permainan Malaysia kerana Indonesia mulai bermain lebih terbuka. Malang sekali hanya 1 gol yang kita dapat pada fasa ini.
Banyak gerakan kombinasi digerakkan pemain-pemain Malaysia. Kita harus menyalahkan diri sendiri kerana tidak mampu mendapatkan hasil lebih baik untuk menjaringkan lebih banyak gol.
Malah Malaysia melepaskan penalti pada minit ke-83. Namun Osas Saha gagal menyempurnakannya. Pada fasa permainan terbaik ini, Malaysia gagal untuk menyempurnakan deretan gerakan bahaya dan melakukan 1 kesilapan defensif.
Rumusan
Perlawanan ini adalah definisi kepada perlawanan derbi. Di mana, taktikal yang cantik bukan ukuran tetapi mentaliti di dalam perlawanan dan cara bermain dalam derbi ini adalah taruhan utama.
Indonesia sepatutnya tampil dengan pelan taktikal yang lebih terdesak untuk menang setelah kalah kesemua perlawanan. Namun itu tak berlaku. Mereka memilih untuk bertahan dan cara mereka bermain adalah untuk seri serta menghampakan Malaysia.
Jika ada peluang serangan balas mereka mahu mendapatkan gol pendahuluan dan bertahan.
Pendekatan mereka adalah sangat pasif untuk pasukan yang langsung tak menang lagi.
Malaysia memiliki motivasi yang jelas selepas kemenangan di GBK serta kemenangan ke atas lawan dalam 2 perlawanan sebelumnya termasuk 1 persahabatan dan 1 kelayakan.
Malaysia tidak bermain secara intensif serta kurang permainan kombinasi berbanding perlawanan berhadapan Thailand. Namun Malaysia tetap pasukan lebih baik secara keseluruhan dan berjaya mendapatkan 2 gol.
Penjaga gol Malaysia, Khairul Azhan dan Farizal Marlias cekap di gawang gol menafikan beberapa percubaan Indonesia termasuk penalti.
Pemain terbaik pilihan SemuanyaBOLA
Safawi Rasid (Malaysia)