Analisis Taktikal Malaysia 3-0 Timor Leste: OKS Ubah Peranan Taktikal Brendan & Amirul

Malaysia bermula dengan 4-4-1-1 dengan ada meletakkan Hazwan sebagai penyerang utama dan Amirul Hadi sebagai free role no.10.

Di tengah, Datuk Ong Kim Swee menggandingkan Brendan Gan dan Baddrol Bakhtiar sebagai double pivot. Bagaimanapun berbeza di Kelantan di mana beliau lebih defensif,  beliau diberi lesen untuk bertindak lebih ofensif pada malam Khamis lepas.

Timor Leste pula bermula dengan formasi 4-2-3-1 yang bermentalitikan lebih defensif. Mereka menurunkan Junior Apprecido sebagai central attacking midfielder.

Perubahan peranan taktikal Brendan Gan

Sebelum berhijrah ke liga bola sepak Malaysia, Brendan Gan adalah pemain yang bermain di posisi yang lebih ofensif di A-League. Beliau kerap diletakkan dalam posisi central attacking midfielder di belakang penyerang John Aloisi dalam formasi 4-2-3-1.

Hanya selepas berhijrah ke Malaysia, beliau lebih dikenali sebagai defensive midfielder.

Bagaimanapun dalam perlawanan ini, Brendan Gan bermain sebagai box-to-box midfielder. Baddrol Bakhtiar yang lebih ofensif di Kedah pula diberi tugas lebih defensif iaitu peranan di posisi no.6.

Statistik Instatscout.com melaporkan Gan melakukan :

Jumlah hantaran: 72
Ketepatan hantaran: 89%
Hantaran berbahaya (key passes): 2
Bentesan (tackles): 4 (79% tepat)
Gelecekan (dribbles): 4 (100% berjaya)

Data ini menunjukkan Brendan boleh menyumbang sesuatu yang positif di untuk jentera serangan apabila diberi lesen oleh OKS berbanding dengan tugas defensive midfielder seperti yang beliau mainkan di Kelantan.

Dalam perlawanan ini, kita dapati Brendan Gan tidak terlalu terbeban dengan tugas untuk melakukan dirty works.

Sumber: Facebook Football Association of Malaysia (Official)
Sumber: Facebook Football Association of Malaysia (Official)

Brendan Gan vs Junior Eldstal 

Ketika seri 0-0 dengan Myanmar sebelum ini, organisasi double pivot Malaysia yang dikendalikan oleh gandingan Junior Eldstal dan Baddrol Bakhtiar sangat lemah. Kerap kali jentera tengah skuad kebangsaan hilang kawalan apabila ditekan pemain Myanmar.

Tetapi dalam kemenangan malam Khamis lepas, gandingan Baddrol dan Brendan merupakan punca utama serangan Malaysia menjadi.

Mereka berjaya mengawal padang ketika pasukan hilang penguasaan bola. Apabila pasukan kembali mendapat bola, mereka berjaya memastikan pemain di atas mendapat bola – kepada pemain sayap, Amirul Hadi di posisi no.10 hinggalah kepada Hazwan Bakri di posisi penyerang utama.

Banyak gerakan bahaya tercetus daripada center circle area –  sama ada melalui larian Brendan di tengah mahupun hantaran diagonal Baddrol kepada Christie Jayaseelan dan Azrif Nasrulhaq.

brendan

Gan

Berbanding Junior Eldstal, Brendan Gan membuktikan dirinya pasangan yang jauh lebih baik untuk Baddrol sebagai box-to-box midfielder.

Untuk berlaku adil kepada Junior Eldstal, kelemahan ini mungkin ada kena-mengena dengan tahap kecergasannya yang rendah kerana jarang bermain di JDT.

Peranan Amirul Hadi serlah potensi Hazwan Bakri

Dalam perlawanan in, Amirul Hadi telah diarahkan oleh OKS untuk bermain sebagai free role no.10. Ia agak mengejutkan kami memandangkan Safiq Rahim atau Jorge Pereyra Diaz biasanya diberi peranan ini di JDT.

Tetapi Amirul Hadi nampak selesa dan tiada masalah memporak-perandakan Timor Leste dengan tugas baru ini.

Ketika di Selangor, Amirul Hadi bermain sebagai pemain sayap.

Di Pahang dan JDT, beliau diberi sedikit tugas defensif di posisi ‘pemain no.8’. Namun sistem ‘overload the penalty box’ yang dipakai JDT membuatkan beliau diberi lesen oleh Mario Gomez untuk naik menyerang.

Berbalik kepada perlawanan ini, Amirul Hadi telah memberikan servis terbaik dari segi positioning kepada Hazwan Bakri. Keserasian mereka mengepalai jentera serangan bagaikan mereka sudah 10 tahun bermain bersama.

Amirul seperti ‘mengorbit’ Hazwan dan cuma akan menggunakan platform no.9 apabila Hazwan berada di kawasan halfspace. Amirul meyerlahkan lagi potensi Hazwan Bakri untuk bermain di posisi modern no.9.

 

skim

Apabila kami merujuk Instascout.com, jelas ada perubahan positif yang sangat ketara pada persembahan Amirul Hadi ketika menentang Timor Leste dan Myanmar.

Perbezaan yang jelas adalah:

  1. Amirul melakukan 3 key passes dalam perlawanan ini dan 0 ketika menentang Myanmar.
  2. Amirul melakukan 6 cubaan gol dalam perlawanan ini berbanding cuma 1 ketika menentang Myanmar.

Data ini jelas menunjukkan keserasian beliau dalam peranan free role no.10 dalam sistem 4-4-1-1 berbanding peranan no.8 dalam sistem 4-3-3 ketika menentang Myanmar.

Operasi di kawasan sayap

Dalam perlawanan ini, kita dapat melihat bagaimana OKS cuba mengawal aggression Kunanlan untuk naik menyerang. Ini untuk memastikan tidak berlaku congestion di sayap kanan dengan Azriff berada di sana.

Meskipun beliau menyumbang satu assist, kami kurang pasti dengan idea meletakkan Azriff sebagai pemain sayap kanan memandangkan kelemahan ketaranya adalah menewaskan bek kiri lawan dalam situasi 1v1.

Di sebelah kiri pula, keserasian Christie Jayaseelan bermain bersama Fazly Mazlan merupakan punca Malaysia memperolehi banyak peluang gol. Banyak situasi 2v1 berlaku di kawasan bek kanan Timor Leste hasil larian overlapping dan underlapping Fazly.

 

Dengan 2 assists, 98% hantaran tepat (daripada 56 hantaran), 2 key passes, 86% successful dribbling, 1 cubaan gol dan 4 hantaran lintang, Fazly jelas merupakan pemain terbaik perlawanan bagi kami.

Sumber: Facebook Football Association of Malaysia (Official)
Sumber: Facebook Football Association of Malaysia (Official)

Taktikal Timor Leste

Tak banyak yang boleh diulas tentang Timor Leste kerana mereka cuma bermain bolasepak lebih baik pada separuh masa kedua. Banyak ancaman adalah melalui quick counter attacks.

Timor Leste ditekan di tempat sendiri hampir 70% dalam perlawanan ini. Mereka mungkin mempunyai kelajuan dan kreativiti ketika melancarkan counter attacks – tetapi ketumpulan penyudah penyerang menegcewakan mereka.

Kesimpulan

Sebagai pasukan pilihan, inilah caranya sepatutnya kita bermain menentang Timor Leste. Kita melayan mereka sebagai underdog dalam perlawanan ini dan akhirnya kita mendapat keputusan yang selayaknya dengan 3-0.

Seterusnya dalam perlawanan timbal balik nanti, kami mengharapkan OKS dapat mengekalkan Brendan Gan sebagai box-to-box midfielder.

13340046_987601608003270_4749499724028085154_o
Sumber: Facebook Football Association of Malaysia (Official)

Kami juga berharap beliau dapat mengekalkan sistem free role no.10 (berbanding 4-3-3 pilihannya atau 4-4-2 klasik yang tipikal di Liga Super) sambil terus menggunakan backbone JDT sebagai asas pasukan.

Baca juga: 5 Perkara Yang Kita Belajar Selepas Melihat Malaysia Seri 0-0 vs Myanmar

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN