Asas Taktikal
Antonio Conte kali ini menngunakan formasi 4-3-3 dengan mengecilkan parameter di blok tengah. Beliau menurunkan David Luiz untuk mengisi ketiadaan John Terry.
Jurgen Klopp pula menggunakan formasi yang hampir sama dengan Conte, namun ia lebih kepada 4-1-2-3 dengan Jordan Henderson menjadi pivot tunggal dalam perlawanan ini. Ia jauh berbeza dengan formasi kegemaran beliau 4-2-3-1.
Transisi Segera Oleh Liverpool Yang Fluid
Liverpool sangat cepat ketika transisi. Mereka akan bergerak dalam unit untuk membentuk tekanan tinggi dan dinamik. Berlaku pertukaran posisi dan hantaran yang sangat efisien.
Ini antara satu visual di menunjukkan pemain-pemain Liverpool bertukar peranan dan posisi dengan segera ketika transisi daripada bertahan ke menyerang dan sebaliknya.
Liverpool melakukan tekanan / pressing dengan secepat mungkin (early pressing). Ini menyukarkan para pemain Chelsea yang kurang agresif dalam perlawanan ini.
Permainan Posisi Liverpool
Di atas saya menerangkan cara mereka bergerak dengan fluid dan persefahaman tinggi. Kali ini, kita gariskan isu bagaimana Liverpool menggunakan pendekatan yang mirip Juego Di Posicion oleh Guardiola.
Pemain-pemain perlu berupaya bermain posisi sekunder atau tertier dan dengan ‘rela hati’ memberikan akses kepada rakan mereka untuk menggunakan platform mereka dengan mencari posisi baru untuk dimainkan.
Dalam gambar di bawah ini, anda dapati Clyne masuk ke dalam (tuck inside) untuk membolehkan dia menjadi sebahagian daripada blok tengah dan juga jika dia bergerak ke atas , dia akan menjadi penyerang ke-3 atau ke-4.
Kerapuhan Pertahanan Chelsea, Mudah Hilang Fokus
Banyak serangan Liverpool berpaksi di sebelah Ivanovic. Di bawah ini menunjukkan Chelsea lebih baik bertahan di sebelah kiri berbanding dengan kanan.
Lihat gol pertama Liverpool bagaimana organisasi mereka, ramai berada di satu zon yang tidak ada pemain. Dalam zonal marking amat penting melakukan shoulder check dengan kerap untuk memastikan pemain pertahanan tidak dimanipulasi.
Dalam keadaan di atas, kelihatan mereka tidak ada ‘organizer’ dan komander di blok rendah. Jelas mereka merindui John Terry dalam perlawanan besar seperti ini.
Serangan Chelsea
Chelsea tenyata tidak efektif bermain dalam sistem 4-3-3 dengan attacking 3. Ini kerana mereka lebih banyak melakukan hantaran lintang kepada no.9. Ia jumlah terlalu banyak dengan 28 hantaran lintang berbanding dengan 15 yang dilakukan Liverpool.
Ini jelas menunjukkan mereka lebih direct kerana gagal mendapatkan hasil yang lebih baik daripada Willian dan Hazard. Salah satu lagi sebab adalah terputusnya rangkaian di zon 14.
Di bawah ini adalah heatmap kedua dua pasukan pada separuh masa pertama.
Ini pula laporan chalkboard hantaran lintang yang dilakukan Chelsea. Daripada 28 hantaran, hanya 5 berjaya dan 1 sahaja yang menghasilkan ancaman.
Ini bermakna hanya 1/28 hantaran lintang mereka menghasilkan ancaman. Front 5 mereka tidak ada pemain kedua selepas Costa untuk menyambut hantaran tersebut.
Ini adalah laporan rangkaian hantaran pasukan Chelsea. Anda akan dapati, Oscar gagal untuk bermain peranan dari kawasan yang lebih dalam iaitu peranan Central Midfielder sebenar.
Matic pula, walaupun berjaya melakukan assist menarik, secara keseluruhannya beliau sangat sederhana dari segi transisi untuk memberikan ancaman.
Mereka memerlukan box to box untuk formasi 4-3-3 kerana Oscar hanya efektif bermain no.10.
Hazard dan Willian mendapat jumlah bola yang hampir sama namun terputus hubungan (disconnected) dengan Diego Costa. Costa sangat terasing dalam perlawanan ini sedangkan beliau dalam prestasi terbaik.
Sekarang anda bezakan pula dengan rangkaian hantaran Liverpool. Anda dapati, Liverpool memiliki connection yang stabil terutama di midfielder 3 yang menjadi asas kepada transisi dan switch play mereka.
Perubahan Taktikal Conte Pada Separuh Masa Kedua
Ada pro dan kontra. Pro adalah, Chelsea meningkatkan intensiti dan juga lebih cepat untuk menggerakkan bola di hadapan unit Liverpool.
Ia memaksa Klopp untuk menukar Daniel Sturridge dengan Divock Origi. Penilaian saya ke atas pertukaran ini adalah, ia merupakan plan B yang akan membuatkan Liverpool lebih bertahan dan lebih direct.
Plan B ini digunakan awal kerana Klopp ada naluri yang merasakan Chelsea akan menghukum mereka seperti Tottenham. Divock Origi lebih pantas untuk bermain classic counter attack.
Namun Origi gagal memberikan impak lebih besar. Liverpool lebih kepada 4-5-1 yang klasik untuk menyerap ancaman di deep area. Mereka dihukum kerana defensive error. Pemain melakukan diving block terlalu awal.
Matic mulai diarahkan untuk lebih rajin dalam peranan box to box. Beliau banyak membantu Costa di dalam kotak penalti. Pada masa yang sama, pemain-pemain Chelsea lebih positif untuk menyerang dan mendapatkan gol.
Kontranya pula, Conte terlalu lama menanti output daripada pendekatan mereka ini yang seperti sampai tak sampai. Beliau hanya melakukan pertukaran 3 pemain sekaligus pada minit ke-80.
Kemasukkan Fabregas jelas memberikan kesan dari segi perancangan di bahagian tengah. Fabregas memecahkan pertahanan Liverpool dengan hantaran yang tajam.
Ini antara laporan chalkboard bagaimana Fabregas melakukan switch play dan memecahkan unit pertahanan Liverpool dengan hantaran dari tengah yang penetratif.
Bandingkan pula dengan Oscar yang lebih banyak minit di atas padang. Di final third Jumlah hantaran yang hampir sama dengan banyak hantaran ke belakang dan melintang.
Cuma liabiliti Chelsea adalah Pedro yang gagal memberikan lebih impak seperti Fabregas dan Moses.
Klopp sudah ada perancangan dengan memasukkan 2 pemain defensive midfielder beliau untuk mempertahankan 1 gol mereka. Liverpool terus fokus kepada bertahan dan counter attack.
Verdict
Pendekatan taktikal Conte kali ini sudah dimanipulasi oleh Jurgen Klopp. Chelsea bertahan terlalu ke dalam pada separuh masa pertama berbanding dengan separuh masa kedua.
Hal ini membolehkan Liverpool mengasak sehingga ke dalam dengan unit pemain yang ramai.
Seterusnya adalah, isu Conte terlalu lambat melakukan perubahan taktikal di bahagian tengah yang ternyata tidak ada kreativiti dan organizer di tengah.
Matic jelas bukan pemain yang esklusif untuk menjadi perancang. Oscar pula tidak boleh bermain peranan selain no.10 atau penyerang sayap.
Ia adalah kekalahan separuh masa pertama oleh Chelsea dan juga kejayaan Liverpool bertahan ketika Chelsea dalam fasa yang lebih baik.
Liverpool bermain baik dengan lebih imaginasi dan gerakan yang fluid. 3 mata berharga dibawa pulang. Seterusnya Liverpool harus fokus kepada perlawanan ‘lebih sukar’ berhadapan dengan pasukan seperti Hull.
Man Of The Match
Jordan Henderson (Liverpool)
Statistik
Baca juga: Analisis: Pengurusan Paul Pogba Dalam Taktikal Manchester United vs Feyenoord