Analisis Taktikal: Liverpool Kuat Di ‘Width’, Arsenal Tidak Kompeten!

Arsenal tewas 4-0 di Anfield dalam satu pertarungan yang berat sebelah (bukan berat sebelah keputusan pengadil). Ini kerana mereka tidak memberikan saingan yang sebaiknya kepada lawan mereka.

Pengulas perlawanan semalam berkata:

“Saya mengharapkan Arsenal bermain lebih baik tetapi mereka hari ini tidak memberikan saingan.”

Permulaan

Liverpool memulakan perlawanan dengan 4-3-3 dengan gandingan trio serangan mereka dikekalkan iaitu Mane-Firmino-Salah.

Manakala Arsene Wenger mengekalkan formasi 3-4-3 dengan menggunakan 5 pemain bukan di posisi utama. Alexis Sanchez kembali beraksi.

Kelajuan Liverpool (pace) di sisi vs pertahanan Arsenal yang rapuh

Salah dan Mane memberikan dinamik dengan kelajuan mereka di kiri dan kanan. Idea untuk meletakkan Mane di kiri sememangnya untuk memberikan pemain ini platform lebih baik untuk menjaringkan gol dalam posisi sayap songsang.

Gol kedua oleh Mane adalah menerusi pintasan masuk (cut inside). Holding dan Monreal antara pemain yang melalui hari yang sukar.

Arsenal bermain dengan garisan defensif yang tinggi. Liverpool menunggu masa yang sesuai untuk mengatasinya. Berkali-kali garisan pertahanan Arsenal dibocori.

Arsenal kerap lambat untuk membentuk rantaian berlima (chain of 5). Dengan kelajuan pemain sayap Liverpool, Wenger sepatutnya menggunakan sistem yang lebih cepat untuk ‘regroup’ membentuk ‘chain of 5’.

Mereka adalah pasukan yang lebih defensif di dalam perlawanan ini. Namun disiplin ketika bertahan mereka agak teruk. Ini adalah ketika Liverpool mencipta peluang gol menerusi Can.

Seterusnya adalah, Arsenal tidak bermain ‘high-pressing’/’counter-pressing’ seperti biasa. Ini membuatkan Liverpool lebih banyak peluang untuk lebih tenang membina serangan dari bawah.

Liverpool pula berterusan mengenakan gegenpressing/counterpressing ke atas mereka.

Mane dan Salah sepanjang perlawanan memeberikan masalah kepada Arsenal dengan kelajuan mereka. Arsenal tidak ada pelan untuk mengatasi masalah ini.

Unit tengah dan serangan Arsenal ‘rosak’

Ramsey dan Xhaka gagal untuk berhadapan dengan unit tengah Liverpool yang cemerlang. Secara depth, barisan tengah Arsenal lemah untuk membantu serangan.

Ketika bertahan Xhaka terlalu kasual manakala Ramsey tidak banyak membantu di dalam perlawanan ini. Berbanding dengan Liverpool, Emre Can dan Wijnaldum dalam prestasi terbaik.

Wijnaldum melakukan 8 ‘take-ons’ dalam perlawanan ini. Terbanyak di dalam karier beliau sebagai pemain. Emre Can berjaya membuktikan yang dia adalah pemain box-to-box yang baik dengan kemampuan untuk menyerang dan bertahan.

Di bahagian serangan Arsenal hilang kreativiti. Satu persoalan yang muncul adalah, adakah Ozil pemain yang selesa dengan sistem 3-4-3? Ini kerana pemain ini adalah perancang sayap tengah (central winger). Mereka perlukan sistem yang ada platform no.10.

Dalam perlawanan ini, Ozil bermain sebagai pemain sisi. Anda boleh baca penerangan tentang peranan central winger di dalam artikel: Mengenali Peranan Pemain Sayap Tengah (Central Winger), Baka Moden No.10

Wenger memasukkan Giroud dan Lacazette, namun masih gagal untuk memberikan perubahan lebih besar di dalam perlawanan ini kerana lawan mereka beraksi dalam motivasi yang tinggi.

Rumusan 0 cubaan tepat sepanjang perlawanan daripada Arsenal adalah rumusan yang paling tepat kepada serangan mereka.

Penilaian

Terdapat isu pemilihan kesebelasan utama yang kritikal ke atas Wenger kali ini. Beliau bertanggungjawab di atas kekalahan ini jika ‘dia adalah masalah’ katanya selepas perlawanan.

5 pemain di posisi kedua atau ketiga dan merehatkan beberapa pemain utama termasuk Lacazette. Idea meletakkan Bellerin di posisi kedua sedangkan di zon posisi utama Bellerin ada Sadio Mane yang dalam prestasi terbaik.

Mesut Ozil sekali lagi hilang dalam perlawanan seperti ini. Ozil terus bergelut dengan sistem 3-4-3. Ramsey hanya bermain separuh masa pertama, bukti pemain ini gagal beraksi baik.

Untuk Liverpool, mereka dominan di tengah dan memiliki width yang sangat baik. Mencipta gol menerusi hantaran silang, hantaran lolos, serangan balas dan juga counterpressing.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Emre Can (Liverpool)

Ramai pemain yang berhak menjadi pemain terbaik. Salah, Wijnaldum, Firmino dan Mane berada dalam prestasi terbaik. Namun Can memberikan dinamik yang kuat di tengah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN