Perak Manipulasi Kelemahah Taktikal Dan Positioning Terengganu
Ini adalah kekalahan total, sama ada aspek taktikal ataupun teknikal oleh pasukan Terengganu. Mujurlah Perak tidak menghukum mereka lebih teruk. Jika tidak, mungkin episod dibelasah akan berulang di Ipoh.
Analisis
Perak Aktif Menyerang Dari Kiri, Namun Lebih Kreatif Dari Sayap Kanan
Sejak awal lagi pasukan ini mengolah taktikal mereka dari sayap kiri. Elias jelas menjadi titik fokal kepada pelan hantaran pasukan Perak. Pada awalnya, bahagian kanan Perak amat lemah dan disconnected dengan teruk.
Elias masuk ke kawasan poket/ zon 14 untuk melakukan hantaran akhir dan juga cubaan akhir. Taktik ini membolehkan Nazirul Naim mendapat lesen menggunakan kawasan sayap di zon serangan atau bermain lebih advance.
Teregganu lemah dan sedikit pasif dalam mengekang serangan dari sayap kiri ini namun lebih parah apabila Perak menekan di sebelah kanan, Perak akan mencipta lebih peluang.
Sayang sekali pemain seperti Sukaj seakan-akan menjadi center back ketiga untuk pasukan Terengganu. Banyak cubaan beliau tersasar.
Pada awal 20 minit, Perak terlalu menumpukan asakan dari kiri. Selepas Weigang mula mengarahkan pemain beliau mulai memecahkan orientasi ke kanan, Perak mulai membogelkan kelemahan Hairuddin Omar dan Hafizal.
Hairuddin memang bukan pilihan terbaik untuk menjadi bek tengah. Beliau cuma boleh bertahan secara challenge untuk memenangi bola tinggi.
Bila diserang di halfspace, Hairuddin agak soft dan tidak agresif. Beliau banyak ball watching. Hafizal pula banyak terlepas kawalan dan terpaksa melakukan tactical fouls.
Ini antara dilema Terengganu bila diseran oleh Perak dari sayap kanan. Bek kiri mereka terpaksa berjuang sendiri terlalu banyak dan terlalu sedikit pertolongan dan perlindungan daripada Nordin dan juga pemain sayap mereka.
Kesannya, banyak ruang di belakang Hafizal dibukan dan dimanipulasi oleh Perak. Terengganu perlu memperbaiki sistem ini. Selain Defensive midfielder, pemain sayap juga harus aktif membantu pertahanan.
Terengganu Berada Terlalu Jauh Ke Dalam
Terengganu bermain dengan sistem yang terlalu dalam. Ini membolehkan Perak melakukan penetration. Pada masa yang sama, pertahanan mereka terlalu pasif.
Mereka terlalu mudah dikalahkan dalam di blok blok yang penting, terutamanya di half-space.
Dalam pertahanan yang duduk terlalu deep ini, mereka perlu menyediakan sokongan dari tengah untuk menerima bola atau meletakkan pivot yang berkesan untuk menghubungkan semua sektor.
Itu gagal mereka lakukan menyebabkan mereka disconnected di semua bahagian dengan teruk. Ini kerana, apabila bola dimenangi di belakang, mereka gagal menghantar kepada rakan yang berada di kedudukan agak jauh.
Ketika menyerang pula, setiap kali kehilangan bola, Perak mendapat ruang yang banyak kerana back 4 mereka terlalu jauh ke dalam.
Ini yang menyukarkan counter attack. Pemain Terengganu kerap terpaksa mengambil inisiatif sendiri untuk menyerang secara idividu dan melakukan cubaan jauh.
Ia adalah masalah, posisi dan taktikal.
Kerapuhan Pertahanan Perak
Perak jelas ada masalah dengan pertahanan. Mereka cuba bermain zonal marking namun berberapa pemain mereka gagal bermain dengan lebih komprehensif.
Antara masalah pasukan Perak iaitu ketika Terengganu mendapat sepakan penjuru. 3 peluang besar dicipta Terengganu adalah dari sepakan penjuru.
Namun dalam perlawanan ini Milic seperti pemain lain juga, disconnected.
Beliau terasing daripada organisasi pasukan. Sebagai big center forward, pemain ini bukan dribbler, dia memerlukan servis. Servis itu tidak sampai, dan terhad.
Masalah seterusnya adalah, mereka gagal mematikan ancaman dengan lebih berkesan. Terengganu mencipta peluang agak terhad namun 3 atau 4 peluang adalah ancaman gol kerana gagal dimatikan pertahanan Perak.
Masalah ketiga mereka adalah, pertahanan Perak ada masalah dengan Milic. Apabila servis sampai, dia sukar dikawal pertahanan Perak. Ini kerana, Perak tidak memberikan penekanan untuk mengawal Milic secara ketat.
Bila situasi bola mati, pemain seperti Thiago Junior dan Kilichev dilihat gagal untuk mengawal Milic. Perkara ini yang membuatkan Milic mendapat 2 free header yang berpotensi menghasilkan jaringan.
Kontranya pula, kualiti cubaan Milic dalam perlawanan ini amat lemah. Jadi, ia bukan isu besar untuk mengeluarkan Milic, kerana beliau gagal memberikan impak.
Kemasukan Issey pada separuh masa kedua memberikan lebih ancaman kepada Perak, namun mujurlah mereka sudah berada dalam mode lebih defensif. Itupun, Terengganu masih menghadirkan ancaman ke kawasan gol walaupun Terengganu ada masalah dengan connection.
Separuh Masa Kedua, Perak Menghukum Garisan Defensif Tinggi Terengganu
Selepas duduk terlalu ke dalam, Terengganu menaikkan garisan pertahanan mereka lebih tinggi. Masalah bila berada terlalu deep adalah, gagal memberikan sokongan secara formasi kepada pemain serangan.
Apabila berada di high line dengan lebih perlaburan di serangan pula, mereka gagal memberikan sokongan kepada pertahanan.
Perak banyak melancarkan diogonal passes kepada winger terutama kepada Elias. Sebelum gol Elias, Perak sudah hampir mendapat gol melalui Sukaj dengan pelan yang sama. Elias menewaskan high line mereka dengan mudah.
Dalam gambar di bawah anda akan lihat betapa teruknya organisasi Terengganu di center circle. Lagi teruk bila high line mereka juga sangat lemah.
Elias mencipta peluang untuk Sukaj namun gagal disudahkan walaupun beliau melakukan sepakan gunting yang baik sekali.
Ini adalah anatomi gol Elias yang jelas daripada method taktikal yang sama. Dan lihat bagaimana bentuk organisasi Terengganu. Hampir sama dengan berberapa minit yang dijelaskan tadi.
Jadi, masalah utama Terengganu adalah, mereka lemah dalam organisasi secara pasukan. Bermain deep backline dan high backline adalah bukan isu utama.
Mereka ada isu dengan parameter pasukan yang terlalu luas. Gandingan back 4 dan defensive midfielder yang lemah. Defensive midfielder mereka gagal memberikan lebih protection.
Verdict
Persoalan yang saya suka utarakan adalah, adakah ia kemenangan yang adil? Sudah tentu.
Namun Perak masih banyak isu dengan kualiti produk akhir. Mereka cuma mencatat 7 cubaan tepat daripada 16 cubaan gol dalam perlawanan ini.
Mereka mendapat bererapa clear cut chances dan pada masa yang sama memberikan clear cut chance kepada pihak lawan.
Ini kemenangan yang penting untuk Perak namun ia bukan bench mark sebenar taktikal mereka. Ini kerana Terengganu terlalu naif dalam perlawanan ini.
Gol pertama Perak adalah individual brilliance dan mungkin ada yang menganggap ia nasib. Namun cara Perak bermain menyebabkan nasib itu muncul dan keyakinan Pallraj juga membuatkan kemungkinan itu wujud.
Tidak dinafikan Mustafa Kamal cuba mengubah nasib pasukan dengan kemasukan berberapa pemain. Kemasukan Issey jelas memberikan impak yang lebih baik.
Namun, kemasukan pemain seperti Zairo gagal menyelesaikan isu positioning di center circle. Zairo lebih offensive minded.
Masalah di center circle melarat kepada masalah formasi dan kemudian membawa kepada tactical error oleh Terengganu dalam 4-4-2 yang agak teruk.
Tahniah Perak!
Man Of The Match
Saya memilih Elias Fernandes. Elias berjaya meledak gol dan mencipta berberapa peluang. Penjaga gol Perak juga layak untuk berada dalam senarai teratas untuk pemain yang menyerlah. Beliau melakukan 2 near post saves yang penting.
Statistik