Quantcast
Analisis Taktikal Liga Super 2016: Pulau Pinang 4-1 Pahang
ANALISIS TAKTIKAL

Analisis Taktikal Liga Super 2016: Pulau Pinang 4-1 Pahang

Wednesday, 17 Feb 2016

Selepas tewas 0-1 kepada Terengganu pada perlawanan pembukaan Liga Super 2016, Pulau Pinang bangkit untuk menewaskan Pahang 4-1 dalam perlawanan yang mendapat tumpuan seluruh dunia semalam.

Gol kedua Faiz Subri semalam mungkin satu-satunya aspek permainan yang mendapat perhatian. Tetapi bagi kami, ia hanyalah aising kepada kek persembahan keseluruhan pasukan Pulau Pinang yang cantik.

Kesebelasan utama




Pulau Pinang tampil dengan formasi 4-3-3 dengan Faiz Subri mengetuai trio jentera serangan anak tempatan, bersama Rafiuddin Roddin dan Fitri Omar. Penyerang baru, Osas Saha bermula dari bangku simpanan.

penang4

Pahang pula membuat 1 pertukaran kepada kesebelasan utama 4-4-1-1 mereka; Shahrizan Salleh mengantikan Saifulnizam Miswan yang dibuang padang ketika seri 2-2 dengan T-Team.

Peringkat-peringkat dalam perlawanan

Ada 5 peringkat yang berlainan dalam perlawanan ini:

(a) 30 minit pertama adalah milik Pulau Pinang sepenuhnya. Mereka menjaringkan 2 gol awal dan mudah menguasai perlawanan.

(b) 15 minit sebelum rehat separuh masa pertama, barulah Pahang dapat menguasai perlawanan. Bagaimanapun serangan mereka mudah dipatahkan.

(c) 15 minit separuh masa kedua, Pahang cuba tampil lebih berani menyerang. Ini menyebabkan Pulau Pinang mempunyai peluang counter attack.

(d) Salomon Raj dibuang padang. Faiz Subri menjaringkan gol cantik menerusi sepakan percuma. Pulau Pinang mendahului 3-0.

(e) Pulau Pinang cuba mengajak Pahang untuk lebih berani menyerang untuk memberi mereka beberapa peluang counter attack sehingga menghasilkan gol ke-4. Usaha Pahang yang cekal menyerang memberi 1 gol sagu hati.

Possession, fluid football oleh kedua-dua pasukan

Peminat bola sepak tempatan neutral yang gemarkan falsafah possession, fluid football pastinya berpuas hati melihat perlawanan semalam.

Pulau Pinang dan Pahang kedua-duanya merancang serangan dari belakang dengan hantaran-hantaran pendek yang lancar. Tetapi Pulau Pinang jelas berjaya melakukannya dengan lebih baik berbanding Pahang.

Trio pemain tengah mereka, Mathias Cordoba, Fauzan Dzulkifli dan Azrul Ahmad bukan saja lancar membantu trio penyerang mereka dalam fasa serangan, malah tidak mempunyai masalah mematahkan build up serangan Pahang di tengah.

Azrul Ahmad misalnya, cemerlang dalam tugasnya sebagai defensive midfielder untuk mengisi ruang antara Reinaldo Lobo dan Brent Griffiths ketika Pulau Pinang cuba merancang serangan dari belakang dan ketika bertahan.

penang1

Lobo dan Griffiths pula, kedua-duanya mampu membawa bola naik ke atas jika Azrul tidak mempunyai ruang untuk menerima bola.

Faiz Subri pula cemerlang dalam tugasnya sebagai penyerang tunggal. Beliau mampu menjalankan tugas sebagai modern no.9, dengan kebolehan link up play yang baik.

Buktinya seawal minit 2′ lagi, link up play beliau dengan Mathias Cordoba berjaya membebaskan Cordoba untuk membuat shot on target pertama Pulau Pinang.

Tak keterlaluan untik kita katakan, link up play beliau jauh lebih baik daripada penyerang import Pahang, Dalibor Volas.

2 gol awal hukum Pahang

Mana-mana jurulatih defensif akan memberitahu anda, apabila pemain lawan menerima bola di kawasan final third anda, jangan berikannya ruang untuk memusingkan badannya ke arah gol.

Mungkin inilah perkara pertama yang perlu diperbetulkan oleh Ahmad Shahrudin Rosdi dalam sesi latihan pertama Pahang selepas perlawanan semalam.

Gol pertama Pulau Pinang jaringan Faiz Subri dan kedua jaringan Mathias Cordoba adalah contok klasik mengapa anda tak boleh membiarkan pemain lawan memusingkan badannya selepas menerima bola.

penang2

Serangan Pahang gagal

Disebalik kebolehan Pahang bermain possession, fluid football, mereka kelihatan perlahan dan sterile. Hantaran-hantaran mereka ketika merancang serangan agak pedestrian, mudah dibaca dan tidak berbahaya.

Tambah mengecewakan bagi Pahang, setiap kali mereka merancang serangan di kawasan middle third, mereka akan mudah kehilangan bola. Dan setiap kali kehilangan bola, Pahang terdedah kepada counter attack yang berbahaya daripada Rafiuddin, Fitri dan Faiz.

Serangan Pahang gagal kerana German Pacheco yang bermain di belakang Dalbor Volas sebagai central attacking midfielder sentiasa dikawal ketat oleh Azrul Ahmad dalam sistem man-marking Pulau Pinang.

Dalibor Volas pula langsung tenggelam didominasi Griffiths dan Lobo.

Satu-satunya pemain Pahang yang boleh diharap untuk menembusi pertahanan Pulau Pinang adalah pemain sayap kiri mereka, Faisal Halim.

Tetapi tanpa bantuan daripada Volas, Pacheco dan Shahrizan Salleh (yang kelihatan kekok membuat larian overlapping), Faisal tak mampu membuat apa-apa untuk Pahang.

Maka tak hairanlah Pahang gagal mencatatkan sebarang shot on target sepanjang 45 minit separuh masa pertama.

Separuh masa kedua

Masuk separuh masa kedua, Pahang meneruskan momentum serangan mereka. Tetapi seperti biasa, Pulau Pinang yang selesa menyerap serangan Pahang, sentiasa mempunyai peluang untuk melancarkan counter attack.

Apabila Salomon Raj dibuang padang, situasi Pahang bertukar from bad to worse apabila Faiz Subri menjaringkan gol ketiga menerusi sepakan percuma cantik.

Menyedari pasukannya memerlukan perubahan, Ahmad Shaharudin Rosdi mengeluarkan Volas. Pacheco ditugaskan mengetuai serangan pula secara berseorangan dalam formasi 4-4-1 (gambar bawah).

penang3

Apa yang mengejutkan kami adalah, Pahang bermain jauh lebih baik dengan hanya 10 pemain apabila Volas dikeluarkan, Rizua Shafiqi dimasukkan dan Pacheco sebagai penyerang.

Link up Pacheco

Jika dibandingkan kebolehan link up, Pacheco jelas melakukannya dengan lebih baik dalam tempoh 20 minitnya sebagai penyerang berbanding 70 minit yang diperolehi Volas.

Beliau bukan sahaja rajin berlari dan bijak mencari ruang yang boleh dieksploitnya, malah berjaya menghubungkan jentera serangan dengan tengah (terutamanya dengan Faisal Halim di sayap kiri).

Link up Pacheco dengan Faisal Halim menghasilkan 2 clear cut chances untuk Pahang di akhir 10 minit perlawanan.

Kedegilan Pahang untuk terus menyerang walaupun bermain dengan 10 orang mungkin menyebabkan Firi Omar memperolehi ruang dan masa yang cukup besar untuk menghasilkan gol ke-4 Pulau Pinang, tetapi ia juga memberi peluang kepada Pahang untuk mendapatkan gol saguhati.

Kesimpulan

Tiada sebab mengapa penyokong dan pengurusan pasukan Pahang perlu menekan butang panik lagi. 10 minit terakhir perlawanan membuktikan Pahang mampu menghadirkan rasa gerun – terutama melalui persembahan Rizua Shafiqi, German Pacheco dan Faisal Halim.

Sementara itu bagi Pulau Pinang, kemenangan ini seharusnya memberi keyakinan kepada mereka bahawa falsafah bola sepak mereka mampu menjadikan mereka pasukan yang digeruni dalam Liga Super musim ini.

Baca juga: Analisis Taktikal Piala Sumbangsih 2016: JDT 1-1 Selangor

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Analisis Taktikal Liga Super 2016: Pulau Pinang 4-1 Pahang



Berita Bola Yang Menarik