Analisis Taktikal Liga Super 2015: Felda United 2-1 JDT

Felda United mungkin menewaskan JDT 2-1 di Selayang dalam perlawanan penuh drama semalam. Tetapi JDT yang berparti di akhir perlawanan. Semuanya gara-gara kegagalan Pahang menewaskan Terengganu. Pahang tewas 1-3 di Kuala Terengganu.

JDT bermula dengan gementar pada 10 minit pertama perlawanan. Sepanjang musim JDT terkenal sebagai pasukan yang mengutamakan hantaran pendek untuk mengatur serangan. Tetapi dalam 10 minit pertama semalam, JDT kerap membuang bola.

JDT gugup

Felda bermula dengan baik. Dengan Zah Rahan Krangar mendominasi aksi di tengah padang. Jentera pertahanan JDT pula cenderung untuk melancarkan hantaran panjang terus kepada Luciano Figuera selepas mematahkan serangan Felda. Ini sesuatu di luar kebiasaan JDT.

Kebiasaannya Gary Steven Robbat dan Safiq Rahim akan turun untuk mengutip bola. Kemudian barulah JDT melancarkan serangan melalui hantaran pendek Gary dan Safiq. Tetapi ia tidak berlaku semalam.

Sebaliknya JDT bermain dengan ‘cara selamat’. Pertahanan mereka kerap melancarkan hantaran jauh kepada Figueroa. Bagaimanapun, Shukor Adan dan Bojan Miladinovic selesa mendominasi Figueroa dalam perebutan bola di udara.

Dengan JDT mensia-siakan penguasaan bola, Felda menguasai perlawanan. Hasilnya seawal minit ke-3, mereka memperolehi sepakan sudut.

Kredit kepada Felda. Melalui rutin sepakan sudut yang unik, tiada satu pun pemain JDT dapat menjangka Zah Rahan akan mengutip sepakan sudut tersebut dan melancarkan hantaran lintang. Hantaran itu disambar oleh Shahrul Saad yang tidak dikawal oleh sebarang pamin JDT. Felda 1-0 JDT.

Tekanan JDT bertambah

Selepas dibolosi gol, JDT masih meneruskan taktikal sama. Hantaran panjang terus ke Figueroa digunakan untuk merancang serangan. Sedangkan JDT mempunyai 3 pemain tengah untuk bermain hantaran pendek.

Akibatnya, gawang JDT dibolosi lagi 4 minit kemudian.

Bermula daripada clearance yang teruk daripada Izham Tarmizi, Felda United berjaya merampas penguasaan bola. Dan terus melancarkan serangan balas. Sekali lagi melalui Zah Rahan yang tidak dikawal oleh 3 pemain tengah JDT.

feldajdt1

Hantaran Zah Rahan menemui larian Makeche Ndumba. Penyerang Felda ini menemui ruang antara Aidil Zafuan dan Junior Eldstal. Organisasi Aidil dan Eldstal juga boleh dipersoalkan. Sama ada Aidil perlu turun atau Eldstal perlu naik – supaya mereka berada di satu garisan defensif yang sama.

feldajdt2

Eldstal terpaksa menjatuhkan Ndumba. Eldstal kemudiannya diberi kad merah dan diperintahkan keluar padang. Perlawanan baru berusia 10 minit. Felda sudahpun mendahului JDT 2-0.

Dengan 10 orang, JDT bermain jauh lebih baik daripada 11

Dengan Eldtsal yang dibuang padang, Safiq kembali berpasangan dengan Gary di tengah. Hariss Harun pula mengisi posisi yang ditinggalkan Eldstal.

Bagaikan satu tamparan kesedaran, JDT bermain jauh lebih meskipun terpaksa bermain dengan 10 pemain. Ketika inilah JDt berbalik kepada taktikal asal mereka. Menyerang dengan hantaran pendek. Dan larian pemain sayap mereka.

Mahali Jasuli digantikan S. Chanturu

Belum pun habis separuh masa pertama, Mario Gomez mengeluarkan Mahali Jasuli dan memasukkan S. Chanturu. Pertukaran ini adalah pertukaran taktikal.

Dengan Safiq yang terpaksa dikorbankan ke tugas yang lebih defensif, Chantutu dimasukkan untuk menyuntik elemen kreativiti yang hilang.

Berbanding Mahali yang hanya terhad cara serangannya, Chanturu mampu menghasilkan hantaran lintang dengan kaki kanan. Atau membawa bola dari kawasan sayap ke tengah sebelum membuat percubaan dengan kaki kirinya.

Kemasukan Chanturu membawa impak segera kepada serangan JDT. Kelajuan, skil dan kerajinan Chanturu membantu S. Kunanlan membolehkan JDT menyerang dengan 10 pemain.

Dalam satu siri serangan JDT di sayap kanan, larian Chanturu menimbulkan panik kepada Christie Jayaseelan. Christie jelas menampan bola di kotak penalti pasukannya dengan tangan.

Pengadil tak teragak-agak menghadiahkan penalti. Figueroa dengan mudah menyempurnakannya. Felda 2-1 JDT.

Felda mendominasi separuh masa kedua

Jika JDT mendominasi aksi separuh masa pertama (selepas ketinggalan 2-0), Felda pula mendominasi keseluruhan separuh masa kedua.

Meskipun diserang, JDT kental bertahan. Mereka kompak dan tersusun ketika tidak mempunyai bola. Apabila mempunyai bola, mereka melancarkan serangan balas melalui hantaran jauh ke Figueroa.

Figueroa yang berseorangan di hadapan bergelut untuk mencari pemain tengahnya ketika mendapat bola. Apatah lagi dengan pemain sayap JDT, Chanturu dan Jasazrin (menggantikan Nazrin Nawi) yang memilih untuk berkampung di kubu sendiri untuk bertahan.

Kesimpulan

Dibantu dengan kekalahan 1-3 Pahang kepada Terengganu, JDT muncul juara Liga Super 2015. Walaupun tewas dalam perlawanan ini. Pujian harus diberikan kepada aksi defensif Safiq Rahim. Beliau tidak berhenti barlari selama 90 minit. Sentiasa berada di mana-mana.

Tahniah JDT, juara Liga Super 2015!

Baca juga: 4 SEBAB MENGAPA BILIK PERSALINAN JDT IMPIAN SETIAP PEMAIN BOLA SEPAK

Sumber: asiana.my

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN