Analisis Taktikal: Korea Selatan Tak Cukup Tajam Pecahkan 5-4-1 Malaysia

Malaysia mencipta kemenangan yang mengejutkan ke atas pasukan pilihan Korea Selatan dengan keputusan 2-1.

Rotasi skuad yang membawa padah

Sudah biasa untuk melihat pasukan sekuat Korea Selatan merehatkan pemain utama berhadapan dengan pasukan kerdil.

Namun dalam situasi semalam, Korea Selatan masih belum ada jaminan untuk mara. Jurulatih mereka mengakui melakukan penggiliran pemain terlalu awal dan ia memakan diri.

Beliau merehatkan 3 daripada 4 pemain pasukan Piala Dunia mereka iaitu Son Heung Min, Lee Seung-woo dan Jo Hyeon-woo. Hanya Hwang Hee-chan yang diturunkan.

Taktikal Malaysia

Ong Kim Swee turun dengan formasi 3-5-2 pada perlawanan ini dan bertahan dengan 5-4-1 yang sangat ke bawah.

Malaysia menyerap asakan Korea Selatan di blok rendah dan cuba melakukan serangan balas.

Malaysia mendapat manfaat daripada ‘blunder’ dilakukan penjaga gol Korea Selatan yang terlepas bola kepada Safawi untuk membolehkan Harimau Muda mendahului seawal minit ke-5.

Dalam situasi ini, Malaysia sebenarnya sudah boleh fokus untuk bertahan.

Korea Selatan kurang kreatif dan permainan kombinasi

Mereka kreatif dan juga ada permainan kombinasi, tetapi anda harus fahami, saya selitkan perkataan ‘kurang’ di dalam ayat tersebut.

Apabila berhadapan dengan pasukan ultra defensif, anda perlukan kreativiti dan juga permainan kombinasi yang lebih tajam di zon serangan.

Perkara itu yang gagal dilakukan mereka dengan lebih tajam. Mereka agak direct dan lebih kepada meletakkan pemain ramai di zon serangan tetapi kurang permainan kombinasi.

Hantaran yang banyak bukan bermaksud anda bermain kombinasi yang baik. Ini antara contoh di mana pemain tetap mengutamakan permainan teknikal daripada permainan kombinasi, beliau cuba mengatasi pertahanan dengan gelecekan, akhirnya hilang bola.

Permainan kombinasi di sini adalah keupayaan memvariasikan gerakan dan lebih banyak hantaran pembunuh (killer passes). Anda perlu faham konsep killer passes adalah hantaran yang membelah 2 atau lebih pemain.

Korea Selatan lebih banyak melakukan hantaran lintang kerana buntu untuk pecahkan blok pertahanan rendah itu.

Kemasukan Son Heung Min memperbaiki sedikit aspek ini. Namun Malaysia sudah memiliki 2 gol pada fasa ini.

9 pemain di belakang bola Malaysia desak Korea Selatan ke sisi

Kami selalu menyatakan konsep pasukan yang baik adalah keupayaan memecahkan zon padat ataupun zon 14.

Dalam perlawanan ini, Malaysia bertahan dengan 9 pemain di belakang bola. Mereka berjaya mendesak Korea Selatan ke sisi padang. Korea Selatan kurang bermain di ‘tight area’.

Sekali lagi saya gariskan, selepas 30 minit terakhir baru nampak Korea Selatan sedar yang mereka perlu pecahkan zon kompak itu.

Korea Selatan juga kerap dilihat tidak cukup sabar untuk bermain lebih banyak secara kombinasi. Ada beberapa siri hantaran panjang segera ke zon serangan dilancarkan dan akhirnya hilang bola.

Ketumpulan Korea Selatan dan ke-efektif-an Malaysia

Korea Selatan mencatatkan 14 percubaan gol dalam perlawanan ini. Manakala Malaysia cuma ada 5 percubaan ke arah gol sahaja.

Korea Selatan hanya menjaringkan 1 gol manakala Malaysia ada 2 gol.

Untuk gol kedua, Safawi Rasid sangat tenang mengawal bola dan menewaskan pertahanan dengan fizikal beliau. Ketika tiba di zon bahaya, beliau terus merembat bola. Tindakan decisive tanpa perlu fikir 2-3 kali ataupun gemuruh.

Jadi, dalam kes ini sememangnya Korea Selatan perlu menyalahkan diri sendiri dan bukannya orang lain. Ini kerana mereka ada peluang yang jauh lebih daripada cukup untuk menang perlawanan ini.

Ketika bertahan Malaysia sangat berdisiplin dan kesemua pemain komited untuk bertahan secara zonal. Pemain seperti Irfan Zakaria melakukan 2 hadangan penting, dan Adam Norazlin juga menghadang 1 percubaan deras di hadapan penjaga gol.

Rumusan

Korea Selatan terlalu yakin akan menang perlawanan ini dan cuba mengambil kesempatan merehatkan ramai pemain utama mereka.

Malaysia pula bermain dengan semangat yang tinggi. Pemain seperti Safawi Rasid jelas pada kelas tersendiri dalam kejohanan ini.

Fokus dalam perlawanan juga sangat penting untuk pemain-pemain Malaysia walaupun pada 15 minit terakhir mereka berhadapan dengan detik sangat sukar dengan kualiti permainan lawan.

Untuk pasukan seperti Malaysia yang berhadapan dengan Korea Selatan, keputusan seri 0-0 pun dianggap besar apatah lagi menang 2-1.

Pelan taktikal Datuk Ong Kim Swee memang sudah difahami para pemain. Ianya sama seperti yang beliau terapkan dalam Sukan SEA mahupun Piala Asia B-23 yang lalu.

Jadi, di sini pentingnya pemahaman taktikal dalam pasukan. Tahniah kepada beliau dan anak-anak buah.

Kemenangan bersejarah seperti in bukannya selalu tiba, anggaplah kita semua bertuah kerana menyaksikannya.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Safawi Rasid (Malaysia)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN