Analisis Taktikal: Ketajaman Penyudah Menjadi Pemisah Di Antara Manchester City Dan Liverpool

Liverpool tewas kali pertama pada musim ini dalam saingan EPL – di tangan lawan yang memang dirasakan memiliki potensi terbaik untuk menyekat rekod tanpa kalah mereka. Manchester City menang 2-1 di Etihad ke atas Liverpool.

Permulaan

Manchester City melakukan perubahan pada bek berempat. Mereka meletakkan Aymeric Laporte sebagai bek kiri. Secara asasnya Manchester City bermain dengan sistem 4-3-3 dan kerap membentuk 4-2-3-1.

Liverpool juga bermain dengan 4-3-3. Menggandingkan trio serangan berbisa mereka di serangan bertiga.

Dalam analisis kali ini, kami tidak akan ulas tentant counterpressing ataupun high line pressing di antara 2 pasukan ini. Kerana perkara itu memang kita semua sudah tahu akan wujud dalam perlawanan ini.

Manchester City menyerang dari kiri

Manchester City menekankan lebih serangan dari arah kiri menerusi Leroy Sane. Sepanjang malam bahagian kiri Man. City mendedahkan Tret Alexander-Arnold dan Dejan Lovren dengan bahaya.

Liverpool sukar mengekang serangan ini kerana mereka berhadapan dengan kualiti teknikal pemain yang sangat baik. Seterusnya, Dejan Lovren mendapat kad kuning awal dalam perlawanan ini – telah menyukarkan lagi mereka.

Lihat peta haba di bawah ini dan anda mendapati kedua-dua pasukan memiliki jumlah sentuhan bola yang hampir seimbang, namun pendekatan Man. City jelas lebih berat ke sebelah kiri.

Di sebelah kanan pula, Man. City kerap sukar untuk beroperasi kerana Andy Robertson berada dalam prestasi terbaik beliau bersama dengan Van Dijk.

Manchester City mendominasi tengah

Dalam aksi pertama di Anfield sebelum ini, Pep Guardiola mengelakkan pertarungan di tengah. Ketika itu, City dengan cepat mengalihkan aliran bola ke sayap. Namun pada kali ini, mereka lebih menekankan aspek di tengah.

Fernandinho dan Bernardo Silva menjadi ‘bos’ di kawasan tengah. Kelonggaran trio tengah Liverpool pada fasa bertahan membuatkan banyak bola terlepas daripada zon ini dan mendedahkan pertahanan dengan ancaman bahaya.

Peranan Bernardo Silva sangat menarik dalam perlawanan ini. Beliau bergerak di kesemua zon di dalam padang. Cuba menarik keluar pertahanan lawan untuk mencipta ruang kepada rakannya.

Pada masa yang sama Bernardo Silva membantu Fernandinho di zon bawah ketika pivot mereka itu ditekan oleh sistem Liverpool menggunakan Roberto Firmino.

Foto: Coach Dogge
Foto: Coach Dogge

Beliau juga dengan konsisten bergerak di zon 14/kawasan di antara 2 garisan Liverpool. Ketika Man. City hilang bola, Bernardo Silva antara pemain yang paling cepat komited untuk memenangi kembali.

Jadi, tidak hairanlah Pep Guardiola memuji impak pemain Portugal ini. Ini adalah statistik menunjukkan betapa bagusnya Bernardo Silva dan Fernandiho di tengah dalam aspek kestabilan.

Perubahan sistem Liverpool

Pada awal perlawanan Liverpool ternyata menolak 2 bek sisi mereka jauh lebih tinggi berbanding dengan Man. City.

Namun sistem 4-3-3 Liverpool ini sukar kerana kegagalan unit tengah mereka untuk mengalahkan unit tengah bertiga Man. City. Liverpool terlalu mudah ditewaskan secara fizikal di tengah.

Kemasukan Fabinho pada minit ke-57, memberikan impak positif kepada Liverpool. Mereka menukar sistem kepada 4-4-1-1. Dengan pendekatan ini, Liverpool mendominasi fasa perlawanan. Pep Guardiola mendapati pasukannya sukar untuk berhadapan dengan ‘tweaks’ oleh Liverpool ini – dan memasukkan Gundongan untuk mengimbanginya.

Namun, tak sempat Gundongan dimasukkan, Liverpool menyamakan kedudukan. Ianya jelas kerana perubahan sistem permainan yang membantu Liverpool bergerak lebih baik di dalam padang. Saksikan di sini binaan gol Firmino daripada perubahan sistem 4-4-1-1 ini.

https://twitter.com/CallumWright__/status/1081105756533993472

Sistem 4-4-1-1 ini membolehkan Liverpool menolak 2 bek sisi mereka lebih tinggi dan adanya perlindungan lebih kental daripada Fabinho di tengah.

Pertahanan Man. City dan Liverpool

Dalam perlawanan ini, secara berpasukan kedua-dua pasukan banyak mematikan ancaman dengan berkesan. Namun kedua-duanya tetap ada rantaian lemah (weakest link). Untuk Liverpool pastinya Dejan Lovren. Manakala untuk Man. City adalah Vincent Kompany.

Namun begitu dalam perlawanan ini, ada satu perbezaan kecil yang membezakan mereka iaitu kreativiti dan ketajaman di hadapan gol. Manchester City lebih kreatif dan klinikal di hadapan gol untuk memanipulasi kesilapan dan ruang yang diberikan oleh pasukan lawan.

Sadio Mane gagal menjaringkan gol dalam situasi 1 lawan 1 pada awal babak. Aguero pula menjaringkan gol pertama dalam keadaan sudut sangat sukar. Beliau berlari dari arah belakang Lovren dan menerima bola dengan sangat baik.

Seterusnya gol kedua City adalah keupayaan Leroy Sane menghukum pertahanan Liverpool dalam sekelip mata. Ketika binaan gol ini, Sterling menjadi ‘onside’ kerana kelekaan Lovren.

Lihat gambar di bawah ini, jika Lovren lebih berdisiplin beroperasi di garisan pertahanan tinggi, Sterling pastinya berada dalam kedudukan ofsaid.

Pada awalnya Liverpool mencipta lebih banyak peluang berbanding dengan City, namun tidak disudahkan.

Rumusan

Ini adalah kemenangan yang adil untuk Manchester City kerana tampil dengan pasukan yang lebih tajam. Untuk Liverpool, perubahan sistem kepada 4-4-1-1 memberikan masalah kepada Man. City. Malangnya mereka dihukum oleh gol Leroy Sane kerana isu disiplin bertahan dalam garisan.

Perlawanan ini adalah pertarungan yang sangat sengit dari sudut taktikal. Sukar untuk penyerang kedua-dua pasukan untuk beroperasi di zon serangan. Dari segi perubahan taktikal, Klopp menukar pendekatan pada minit ke-57, dan selepas itu Guardiola pula menukar pendekatan dengan memasukkan pemain lebih defensif di tengah.

Pada fasa akhir perlawanan Pep Guardiola tidak mahu ego untuk terus memburu gol, sebaliknya mengetatkan lagi sistem pertahanan mereka. Pada fasa ini anda melihat Man. City bermain agak pasif. Jarang untuk kita saksikan mereka menggunakan pendekatan ini.

https://twitter.com/PedMenCoach/status/1080990144663031809

Pemain terbaik pilihan SemuanyaBOLA

Bernardo Silva (Man. City)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN