Analisis Taktikal MSL 2017: Kelantan Kurang Gerakan Taktikal, Selangor Kurang Tekanan

Selangor kurang tekanan di dalam perlawanan ini. Kenapa? Jawapannya kerana mereka mendapat gol awal. Mereka hanya perlu menyerap asakan pasukan Kelantan yang kelihatan bergelut dan panik.

Selangor menang 0-2 dalam perlawanan ini.

Permulaan

Kelantan turun dengan formasi 4-4-2. Namun di dalam perlawanan mereka banyak bermain dengan sistem 4-5-1 apabila Indra Putra turun ke tengah.

Selangor kekal dengan 3-4-3 dengan Mineiro bermain di pivot. Manakala di hadapan, Selangor menggunakan trio, Veenood-Doe-Astafei.

Kerapuhan pertahanan Kelantan

Kelantan terlalu mudah di-outnumbered di bahagian pertahanan. 2 bek sisi mereka Qayyum dan Nik Shahrul bermain seperti bek sayap.

Margaro Gomis jelas ada kerja terlalu banyak / workload di dalam perlawanan ini.

Dalam separuh masa pertama sahaja Selangor mencipta 4 clear cut chances menerusi hantaran lolos rendah ataupun tinggi.

Kelantan cuba terlalu kerap ditewaskan di garisan tinggi dengan mudah. Berlaku konflik dan kekeliruan (confusion) yang ketara oleh semua pemain ketika bertahan.

Pemain dari atas lambat untuk membantu bertahan ketika diserang. Jelas isu fitness menjadi persoalan. Danso dan Hasmizan kerapkali teragak-agak dalam keputusan.

Mereka juga terlalu mudah ditekan oleh pasukan Selangor walaupun Selangor hanya menggunakan 2-3 pemain sahaja ketika mereka cuba membina gerakan dari bawah.

Selangor 5-4-1, Kelantan masalah kreativiti

Selangor bertahan dengan baik dalam sistem 5-4-1. Seperti yang kami nyatakan di atas. Selepas mendapat gol awal, mereka lagi fokus untuk settle down di bahagian pertahanan.

Ugo Ukah bertugas untuk mengawal Indra Putra dalam perlawanan ini. Mereka berjaya memutuskan rantaian di antara pemain tengah dengan Ghaddar.

Boleh dikatakan, Selangor sudah terlalu faham akan visual gerakan Kelantan. Kerana Kelantan terlalu direct dan sudah dijangka (predictable).

Kelantan sukar untuk melepasi lapisan tengah berempat Selangor ketika bertahan. Ketika melepasi lapisan tersebut, Kelantan kerap hilang arah dan kreativiti.

Masalah utama Kelantan adalah kreativiti dan kurangnya gerakan taktikal untuk menembusi pertahanan 5-4-1 Selangor.

Mereka lebih memilih untuk melangkau 2 lapisan ini dengan segera menggunakan hantaran tinggi.

Mereka juga tidak kompetitif untuk berhadapan dengan pressure daripada pemain Selangor yang agresif di dalam perlawaan ini.

Pressure adalah tekanan yang dikenakan secara individu. Pemain-pemain Kelantan kerap buntu untuk melepaskan diri.

Ini kerana kurangnya gerakan taktikal dan kemampuan untuk bertindak cepat seperti menghantar bola segera.

Setiap pasukan yang berhadapan dengan unit pertahanan yang ramai, pasukan tersebut perlulah ada kreatitivi, variasi di dalam hantaran dan juga gerakan tanpa bola yang efektif.

Aspek tersebut tidak cukup dimiliki oleh pasukan Kelantan.

Mereka tidak cukup bagus untuk melakukan hantaran yang lebih penetratif. Banyak hantaran lambung, ke sisi dan ke belakang walaupun pemain lain sudah melakukan gerakan ke atas.

Mereka disjointed (terpatah) hampir secara total dalam perlawanan ini.

Sebagai tambahan anda lihat apa yang berlaku di bawah ini. Di kala Gomis bertarung ketika ditekan pihak lawan, pemain-pemain lain cuma walking pace.

Serangan balas Selangor

Kekuatan utama pasukan Selangor musim ini adalah serangan balas. Mereka ketat (tight) di pertahanan dan sangat bertenaga apabila melakukan serangan balas.

Dalam perlawanan ini, Selangor diberikan ruang yang sangat besar setiap kali serangan balas.

Pemain-pemain Kelantan lambat untuk mengejar dan menutup ruang. Bek tengah Kelantan kerap berjuang berdua untuk menghentikan serangan balas Selangor.

Selangor bukanlah terlalu cepat untuk menolak unit yang ramai ke bahagian atas.

Namun cukuplah dengan Veenod, Astafei, Doe/Adam dengan sokongan dari Syahmi dan Mineiro yang tidak terlalu laju.

Gerakan serangan bertiga yang bertenaga ini membuatkan Kelantan bermasalah kerana organisasi pertahanan mereka memang rosak.

Kualiti Mineiro

Selangor sebenarnya sangat bertuah kerana Mineiro berjaya melakukan 2 gol yang klinikal.

Ini kerana, mereka banyak serangan balas yang menewaskan pertahanan Kelantan sama ada secara 3v3 atapun 4v3 namun gagal disudahkan dengan baik.

Mineiro memastikan pasukan yang berhak menang untuk menang. Jika tidak, mungkin Selangor akan menyalahkan diri sendiri kerana lemah menyudahkan serangan balas.

2 gol Mineiro dalam keadaan pertahanan tidak boleh berbuat apa-apa dengannya.

Penilaian

Kedua-dua pasukan bergelut pada separuh masa pertama. Banyak gerakan tersekat di tengah pada fasa ini. Namun Selangor berjaya settle down walaupun agak lambat.

Kelantan boleh dikatakan 90 minit bermain direct football dan juga isu tactical error dalam beberapa fasa.  Ramai pemain Kelantan yang out of form.

Kelantan memiliki lebih banyak bola namun mereka tidak mampu memberikan nilai tambah kepada penguasaan bola mereka.

Kelantan bermain direct football dalam perlawanan ini. Selangor pula lebih animasi dengan gerakan daripada Astafei dan Veenod.

Ia kemenangan yang adil untuk Selangor. Mereka pasukan yang lebih bertenaga, lebih berdisiplin ketika bertahan dan mencipta lebih banyak peluang walaupun banyak dipersiakan.

Kelantan terlalu mudah dibaca. Game plan mereka adalah Ghaddar. Mungkin Zahasmi harus memasukkan elemen decoying kepada Ghaddar.

Kelantan lemah dari segi pengurusan posisi. Komitmen pemain yang agak sederhana ketika melakukan pressing.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Mineiro (Selangor)

KELANTAN – Selangor player Juliano Mineiro Fernandes celebrates goal during the Malaysia Super League match at Sultan Mohd IV Stadium on 25 February 2017 Photo by Syahrul Azam / www.asiana.my

Baca juga: 2 Gol Dari Juliano Mineiro Bantu Selangor Peroleh Kemenangan Di Kota Bharu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN