Analisis Taktikal: Kegagalan Taktikal 4-4-2 Kedah & Kelemahan Positioning Negeri Sembilan

Analisis Perlawanan
Negeri Sembilan v. Kedah(0-0)
Suku Akhir Pertama Piala Malaysia 2016

‘Kegagalan Taktikal Kedua-Dua Pasukan Sepanjang 90 minit’

Mungkin ini antara aksi yang paling hambar dipamerkan dalam suku akhir pertama Piala Malaysia. Banyak isu taktikal dan teknikal yang harus dikaji semula oleh kedua-dua pasukan.

Permulaan

Kedah bermula dengan 4-4-2. Keluar daripada taktikal terkuat mereka 4-2-3-1. Tan Cheng Hoe mahu menggunakan 2 penyerang utama beliau dalam perlawanan ini.

Taktikal yang sama digunakan ketika Kedah dibelasah 5-0 di Larkin sebelum ini.

Negeri Sembilan turun dengan 4-3-2-1 dengan menggunakan Afiq Azmi sebagai penyerang utama. Ia adalah perlawanan yang memerlukan pemain-pemain tempatan mereka untuk membuktikan sesuatu.

1

Isu Isu Dalam 4-4-2 Kedah

1. Konflik Augusto & Smeltz

2 pemain ini ada ego yang hampir sama di kawasan ‘jajahan’ di hadapan gol. Sikap tamak itu harus ada dan kedua-dua mereka memilikinya.

Namun apabila salah seorang melakukan cubaan tersasar, seorang lagi kelihatan mempertikaikan tindakan melalui gerak laku.

Ia berbeza dengan gandingan Nwakaeme-Conti di Pahang dahulu yang jelas menjadikan Nwakaeme sebagai pemain yang lebih dominan.

Perlu ada pemain yang lebih dominan dalam sistem sebegini. Ia bukan 4-4-1-1, ia adalah 4-4-2 klasik.

Tan Cheng Hoe mungkin harus membuat kajian gandingan terbaik Yorke-Cole di Manchester United. bagaimana mereka diuruskan.

2. Limitasi Pada Liridon Krasniqi

Salah satu kelemahan taktikal 4-4-2 Kedah ini adalah Liridon bermain terlalu ke dalam. Ia membuatkan tidak ada dinamik di kawasan tengah dan di belakang penyerang utama atau zon 14.

liri

Liridon dan Amirul bermain dalam sistem double six yang sangat defensive. Pada separuh masa kedua baru kelihatan Liridon cuba bermain lebih box to box.

3. Isu Pemain Sayap Dalam Midfielder 4

Isu yang sentiasa menarik untuk dikupas. 2 pemain sayap mereka bukan pemain yang terbaik untuk bermain sebagai pemain sayap dalam midfielder 4.

Dalam perlawanan ini, Syazwan Zainon bermain seperti beliau seorang flanker dalam sistem attacking 3 atau midfielder 5. Beliau kurang komitmen untuk lebih aktif dan segera memberikan servis kepada penyerang kembar mereka.

Syazwan akan cuba mencari kaki kanan beliau ketika cuba menghasilkan hantaran akhir . Kesannya, ia mengambil masa dan beliau akan masuk ke dalam (cut inside) dan amat lambat untuk memberikan servis.

Pada separuh masa kedua Syazwan ditukar ke sayap kanan untuk membolehkan beliau lebih cepat memberikan servis. Namun tidak banyak impak yang mampu dijelmakan.

Kemasukan Farhan adalan ‘copycat‘ kepada apa yang Syazwan lakukan pada separuh masa pertama. Jadi, Kedah gagal menyediakan pelan servis kepada penyerang kembar mereka.

Apabila bertahan, Syazwan dan Baddrol tidak turun ke bawah dengan cepat. Dari satu sudut, Negeri Sembilan agak lemah untuk menghukum mereka.

Namun dari satu lagi aspek, selain tidak membantu ketika bertahan, mereka juga tidak membantu untuk mempercepatkan penerimaan bola dari belakang. Sedangkan mereka perlu menjadi sumber utama untuk melakukan hantaran lintang.

Isu kekurangan servis daripada pemain sayap kepada 2 penyerang utama mereka agak kritikal. Kebanyakan ancaman Kedah hadir kerana kekuatan teknikal pemain Kedah. Contohya Thiago Augusto yang melakukan larian dan gelecekan ke dalam kotak penalti.

Taktikal Negeri Sembilan

1. Isu Sokongan Antara Pemain

Ini adalah aspek yang paling kritikal untuk mereka perbaiki. Tidak dinafikan para pemain mereka komited untuk melakukan sesuatu.

Namun secara taktikal, mereka tidak ada sokongan. Apabila seorang pemain melancarkan serangan atau melarikan bola ke atas.

bsa

Tidak ada urgencies dan banyak jogging pace dengan membiarkan rakan-rakan berjuang sendiri untuk melakukan sesuatu.

Ia juga merencatkan sebarang usaha untuk mengawal tempo permainan dengan lebih berkesan.

2. Sistem Serangan

Afiq Azmi adalah penyerang tunggal yang disokong oleh dua penyerang sayap. Namun dia banyak berada di’luar kawasan’ atau positioning error.

Ini menyukarkan pemain lain untuk melakukan hantaran ke dalam kotak penalti apabila mereka melakukan serangan balas/counter attack.

Afiq Azmi kerap kali di berada di sayap kiri. Beliau bukan pemain yang boleh melakukan larian dan menggelecek masuk ke dalam kotak penalti.

Namun jurulatih Negeri Sembilan kelihatan selesa dengan situasi ini. Tidak ada perubahan drastik dilakukan pada perlawanan ini , terutama pada separuh masa pertama. Di bawah ini saya sertakan satu grafik contoh.

Apa yang akan anda harapkan dalam keadaan di bawah?

af1

Khairul Anuar antara pemain yang paling banyak melakukan larian / distance coverage dalam perlawanan ini. Kebayakannya kerana mahu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Afiq di kawasan gol.

Lihat contoh di bawah bagaimana Khairul ibarat bermain false 9 cuba kembali ke tengah dengan segera.

stristri2stri3

3. Isu Membuat Keputusan

Ini adalah isu yang harus dijadikan kerja rumah oleh Negeri Sembilan. Mereka kerap kali membuat keputusan yang lemah secara taktikal berpasukan.

Antara sebab utama adalah overplay dan juga sikap individualistik. Dalam contoh di bawah saya bagi gambaran tentang keputusan oleh Taylor Reagan.

reagenreagen2reagan3reagan4reagan5

Sekarang anda lihat satu lagi contoh kelemahan mengambil keputusan secara taktikal. Aroon Kumar mengambil keputusan untuk melakukan rembatan dari jarak ini dengan ada 4 pemain di hadapan beliau.

at4

Ini satu lagi contoh melibatkan Aroon Kumar.

ss

ss2

4. Perubahan Kepada 4-3-3 (Flat Midfielder 3 & Attacking 3) Pada Separuh Masa Kedua

Pada separuh masa kedua, Negeri Sembilan bermain lebih kepada 4-3-3 dengan posisi yang flat di tengah dan di serangan.

Ia lebih menghadirkan ancaman kepada Kedah di bahagian sayap. Namun Negeri Sembilan masih bergelut dengan aliran bola (flows) kerana jarak antara pemain yang masih terlalu luas.

Saya merasakan ini adalah formasi yang lebih baik kerana Kedah ada isu dengan zonal marking di fullbacks sebelum ini. Ada berberapa siri serangan dan ancaman oleh mereka dan pertahanan Kedah ditekan oleh sistem ini.

Seperti yang saya nyatakan di atas, antara halangan mereka untuk mendapatkan sesuatu dalam perlawanan ini adalah isu sokongan jarak antara pemain dan ditambah dengan isu kerap hilang bola dengan mudah.

Pemain juga kerap keliahtan tidak yakin untuk melakukan sesuatu yang lebih eksklusif dan imaginatif di atas padang bila berdepan dengan pasukan seperti Kedah.

Dan tidak lupa, Afiq Azmi masih terus dengan masalah dengan positioning walaupun tidak seteruk separuh masa pertama.

flat

Verdict

Ia adalah pertarungan yang menyaksikan tactical error oleh Kedah berhadapan dengan pasukan Negeri Sembilan yang kurang tactical awareness.

Perubahan di attacking 3 oleh Negeri Sembilan pada separuh masa kedua lebih baik daripada separuh masa pertama. Namun secara taktikal berpasukan, mereka masih lemah.

Negeri Sembilan berjaya mengekang ancaman Kedah dengan baik walaupun ada beberapa kali back 4 mereka bocor. Kedah kali ini berhadapan dengan masalah kreativiti untuk memecahkan bank of four Negeri Sembilan.

Tan Cheng Hoe ada kerja rumah yang banyak sekiranya beliau mahu menggunakan 2 penyerang klasik beliau di dalam padang dalam satu pasukan yang sama.

Negeri Sembilan berjaya mengelakkan diri dari dibolosi denan jaringan tempat lawan oleh Kedah. Diharap pada pertarungan suku akhir kedua, 2 pasukan ini akan memperbaiki isu isu dalam perlawanan pertama mereka.

Statistik

Sumber: Stadium Astro
Sumber: Stadium Astro

Man Of The Match

Nasriq Baharom (Negeri Sembilan)
14183704_1255635751135566_2106557389975713343_n

Baca juga : Analisis Taktikal Liga Super 2016: Kedah Naif Bertahan Dengan Garisan Defensif Tinggi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN