Analisis Taktikal: Juventus Pasukan Lebih Stabil, Barcelona Bermasalah Ketika Bertahan

Taktikal Juventus teryata lebih stabil. Isu paling ketara dalam perlawanan ini adalah masalah formasi oleh Barcelona dan isu ruang yang terlalu besar diberikan kepada Juventus.

Susunan taktikal

Barcelona bermain dengan 2 formasi utama iaitu 3-4-3 yang tidak ada bek sayap serta formasi 4-3-3 dalam perlawanan ini.

Sistem mereka akan membentuk cuba 3-2-2-3 dengan Mathieu berada di garisan padang yang sangat tinggi.

Allegri tidak ada alasan untuk menukar 4-2-3-1, yang menjadi asas kepada kebangkitan Juventus di Serie A musim ini. Sebelum ini Juve terkenal dengan sistem bek bertiga.

Liabiliti Barcelona di sisi padang

Seperti yang saya nyatakan di atas, Juventus memberikan ruang terlalu besar di sisi padang. Mereka tidak ada bek sayap dan mengharapkan perubahan formasi dari sistem bek bertiga untuk menyekat ancaman di sisi.

Ini adalah contoh perubahan yang dilakukan dengan arahan agar bek bertiga dipecahkan segera dan tingga 2 sahaja bek tengah di belakang.

Juventus mengambil kesempatan dengan memanipulasi keadaan ini sebaik-baiknya.

Isu ruang oleh Barcelona

Terlalu banyak ruang terbuka diberikan kepada Juventus untuk mara lebih jauh ke dalam kawasan mereka.

Masalah ini wujud dari minit pertama sehingga ke-90. Mereka sangat tidak kompak ketika bertahan. Bek bertiga atau berempat mereka sangat terdedah dengan ancaman.

Isu yang ketara juga pemain di bahagian sayap seperti Neymar ataupun Messi sangat tidak membantu ketika bertahan.

Dalam sistem bek bertiga, antara kebiasaan yang kita lihat adalah pemain sayap akan membetuk rantaian berlima.

Jika dalam sistem bek berempat pula dalam 4-3-3 pemain di atas sama ada pemain tengah ataupun pemain sayap haruslah turun membantu bek sisi.

Cuadrado dan Mandzukic diberikan ruang yang sangat besar. Di tengah, Mascherano-Rakitic-Iniesta gagal membentuk unit ketika bertahan.

Lihat ruang yang diberikan kepada Juventus untuk gol ke-2 Dybala ini.

Pertahanan Juventus

Dalam perlawanan ini semua pemain Juventus sangat komited ketika bertahan. Ini yang membuatkan mereka sangat stabil.

Mereka akan segera membentuk 4-5-1 dengan 2 pemain sayap defensif mereka turun. Cuadrado dan Mandzukic sangat membantu di sisi.

Di tengah, mereka cuba menutup ruang segera di zon 14 dan juga half-space. Boleh dikatakan keempat-empat pertahanan utama mereka bermain dalam aksi terbaik termasuk Buffon.

Di kala pemain lain diarahkan bermain zonal marking, Alves pula diberikan tugas untuk mengawal Neymar secara kawalan individu.

Alves sentiasa ‘melekat’ pada Neymar walaupun terpaksa mara jauh ke kawasan lawan di tengah padang.

Ini adalah ketika Daniel Alves menekan Neymar di tengah padang.

Usaha Juventus untuk menutup Neymar ini ternyata berhasil kerana Neymar jelas pemain yang paling mengancam mereka dalam perlawanan ini dari segi ancaman larian dan ciptaan peluang.

Heatmap di bawah ini menunjukkan Neymar adalah ahli MSN yang paling intensif di dalam perlawanan ini.

Lihat heatmap Dani Alves yang merata di atas padang kerana menjejak Neymar.

Di sebelah sisi lagi, Alex Sandro juga cemerlang menghentikan ancaman dari lawan terutama Lionel Messi. Cuma Alex Sandro tidak bermain tight man marking seperti Alves.

Boleh dikatakan aksi bek sisi yang dinamik antara punca kemenangan Juventus.

Adakah Barca bermain teruk?

Pada pandangan saya, mereka hanya teruk ketika bertahan. Mereka tidak stabil dan rapuh pada fasa tersebut.

Namun, ketika menyerang Barca bermain sangat baik. Mereka masih mampu membina gerakan dengan baik dari belakang.

Namun pertahanan Juventus sangat baik di dalam perlawanan ini. Ini yang menjadikan perlawanan ini sangat seronok untuk ditonton ketika Barca menyerang.

Barcelona memiliki beberapa peluang terbuka. Agak malang juga apabila mereka gagal menyudahkan cubaan tersebut.

Barcelona merindui Busquet

Meletakkan Mascherano di peranan no.6 adalah eksperimen yang gagal untuk Barcelona. Mascherano sudah lama tidak bermain peranan yang lebih kompleks di peranan tersebut.

Mascherano tidak mampu menetapkan tempo pasukan serta menjadi asas transisi. Beliau lebih kepada pemain tengah pertahanan yang klasik.

Kesan yang ketara adalah, Iniesta dan Rakitic kurang sumber daripada Mascherano. Jika anda bertanya kepada saya, siapakah yang patut mengisi peranan itu?

Sukar untuk menjawab soalan ini, kerana Busquet adalah ‘otak’ kepada sistem Barcelona. Andre Gomes sepatutnya bermain peranan itu lebih efektif. Kerana inilah sebab beliau dibawa masuk ke Camp Nou.

Namun sayangnya pemain kebangsaan Portugal ini masih dalam proses adaptasi.

Rumusan

Ia adalah perlawanan yang menunjukkan disiplin yang berbeza daripada kedua-dua pasukan dalam 2 fasa iaitu ketika menyerang dan bertahan.

Barcelona memiliki pemain attacking 6 yang jauh lebih berbakat berbanding Juventus. Namun Juventus sangat berdisiplin dan komited untuk bermain secara berpasukan sepanjang 90 minit.

Barcelona pula agak lemah komitmen ketika bertahan. Kualiti yang dimanipulasi oleh Juventus sebaik-baiknya.

Allegri berjaya mengatasi Enrique secara taktikal. Beliau tahu Barcelona gilakan penguasaan bola dan cuba mencipta ruang dengan hantaran pantas.

Jadi, Allegri memastikan unit mereka kekal stabil ketika bertahan bukannya terlalu agresif untuk mematahkan gerakan lawan.

Idea untuk menutup Neymar dengan Dani Alves memang bijak. Tiada pemain lain dalam Juventus yang lebih kenal dengan ‘kaki’ Neymar kalau tidak Alves.

Kredit juga kepada Higuain yang sentiasa memberikan tekanan awal kepada pertahanan Juventus dan bermain link up yang berkesan.

Mandzukic walaupun bukan pemain sisi tulen tetapi dia sangat membantu ketika bertahan.

Akhir sekali sudah pastinya penyudah berkesan daripada Dybala seharusnya dijadikan penutup yang indah untuk cerita ini.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Paulo Dybala (Juventus)

Baca juga:Analisis Taktikal Piala FA: Pahang Efektif Dengan Floating Attackers, JDT Gagal Mendapat Rentak!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN