Analisis Taktikal: Johor DT v Selangor

Matchday 1 Liga Super & Perlawanan Sumbangsih

JDT Kekalkan Piala Sumbangsih

Formasi 

lineup

Johor DT

Gomez bermula dengan formasi 4-4-2 namun ia banyak berada dalam kedudukan 4-4-1-1 dalam perlawanan ini secara majoriti. Pemain yang baru tiba, Lucero diturunkan secara terus oleh Gomez walaupun tak terlibat dengan sebarang aksi pra musim sebelum ini. Azinee Taib memecah masuk ke dalam kesebelasan utama manakala Mahali Jasuli masih menjadi pilihan di sayap kanan walaupun JDT ada banyak opsyen lain

Selangor 4-4-2

Zainal turun dengan formasi signature kegemaran beliau 4-4-2 dengan meletakkan dua target man di atas. Zainal meletakkan Nazmi di pivot bersama dengan Hafiz Kamal. Di barisan belakang Norazlan Razali diturunkan bersama sama dengan flat 4 yang sama ketika mereka beraksi di final Piala Malaysia.

Johor Menekan Awal Selangor Bertahan Baik

JDT mencipta 3 peluang gol awal daripada sepak mula namun penyudah dan juga aksi berkesan oleh pertahanan Selangor menjadi halangan utama. Selangor dalam separuh masa pertama diarahkan Zainal agak terlalu dalam/ deep membolehkan JDT menguasai sempadan ‘final third’ dengan komprehensif. Selangor jelas bermain man to man tight marking yang kemas dan berkesan walaupun ada berberapa ketika mereka agak ‘tertidur’ dan membolehkan JDT mendapat ‘clear cut chance’ .

6

5 8

Johor banyak melancarkan serangan daripada sebelah kanan. Dan pada ketika ini saya dapat melihat, Mahali agak naif dan bukan tipikal pemain sayap yang terbaik.  S. Kunanlan yang lebih efektif dalam melakukan build up lebih bahaya. Namun saya tak menafikan kemampuan Mahali untuk membantu di barisan pertahanan dan menjadikan Andik sebagai ‘anoynymous’ sepanjang separuh masa pertama. Jadi keputusan mengeluarkan Mahali pada second half lebih kepada usaha JDT untuk menekan weakest link Selangor di bek kiri setelah Azriff begitu stabil dan laju di sebelah kanan. JDT mahu sistem sayap mereka lebih tajam.

Link Up Play Yang Lemah Oleh Selangor

Meletakkan Nazmi terlalu di bawah membuatkan sistem 4-4-2 Zainal sangat lemah untuk menghubungkan pemain tengah dengan striker. Dengan sistem yang tidak ada hole player  , Zainal harus menggunakan Nazmi di belakang penggempur kembar ataupun mengarahkan Nazmi bermain box to box. Tak pasti sama ada ia tactical error ataupun Nazmi tidak mendengar arahan. Tetapi jelas Zainal selesa dengan sistem beliau yang cuba melancarkan counter attack dari belakang dan agak rigid menggunakan pemain sayap yang berkali kali kali dimatikan JDT terutama pada separuh masa pertama.

7

oliv

Hole System JDT berfungsi baik tetapi Visi ‘Dihadkan’

Dalam sistem 4-4-1-1, Diaz kelihatan sangat befungsi di zon 14. Ini yang menyukarkan Selangor bila mereka tidak ada plan istimewa untuk menghentikan Diaz. Sehinggalah separuh masa kedua bila Zainal mengarahkan Shahrom Kalam supaya lebih cepat mematikan gerakan Diaz, manakala Corntwaithe dari awal hingga akhir perlawanan lebih fokus kepada Lucero. Tetapi malangya visi Diaz lebih tertumpu kepada Lucero dan tidak dikompaskan ke banyak sektor seperti sebelum ini. Beliau kelihatan mahu membantu Lucero menikmati gol pertama. Azinee Taib banyak membuka ruang di sebelah sisi dan juga pemain seperti Safiq banyak menawarkan opsyen tambahan. Tetapi saya tak nafikan, Diaz tetap memberikan impak berkesan dalam perlawanan ini, walaupun beliau kemungkinan lebih mengambil keputusan sendiri.

diaz

JDT Mendahului

Seperti yang saya katakan di atas, JDT kelihatan akan buntu dalam menembusi pasukan Selangor melalui open play. Nor Azlan sendiri menyelamatkan 2 clear cut chances daripada JDT, dan banyak lagi siri peluang gol dicipta JDT. Namun JDT pertahanan Selangor akhirnya dihampakan oleh  Harris Harun yang mencetak gol pendahuluan selepas menerima sepakan percuma Safiq Rahim. Sukar untuk menyalahkan mana mana pemain. Robert Corntwaithe jelas tak selesa dengan Raimi yang agak pasif. Namun jika Raimi berada di zon tersebut, saya masih merasakan Harris adalah pemenang dalam keadaan duel di udara itu. Robert Corntwaithe pula sudah cuba melakukan clearance namun ‘timing’ larian Harris dan kualiti hantaran Safiq adalah punca lebih utama.

Separuh Masa Kedua : Selangor Perbaiki Intensiti

Pada separuh masa kedua, Selangor mulai meningkatkan intensiti mereka. Mereka mula ada keinginan untuk lebih ofensif. Ia bukalah perubahan total secara unit kerana ia melibatkan midfielder dan dan striker. Manakala back 4 masih lagi seperti separuh masa pertama. Malah, ketika lontaran ke dalam di kawasan JDT, pemain fullback Selangor amat jarang mengambil tugasan itu dan ia mencerminkan betapa Zainal tak mahu pemain pertahanan beliau terlibat dengan serangan.

throw

Di separuh masa kedua Nazmi Faiz lebih box to box dan lebih mobiliti. Sayangya pemain seperti Gopinathan cuma memberikan ancaman skala rendah dalam perlawanan ini , dan saya dapat melihat fluiditi antara Andik dan Hazwan yang menjadi senjata Selangor musim lepas amat dirindui penyokong Selangor selepas Hazwan dikeluarkan. Tetapi pada masa yang sama, intensiti JDT di separuh masa kedua juga banyak membantu Selangor melakukan serangan. Cuma dalam berberapa situasi Selangor terlalu berharap dengan direct long ball dari belakang kepada ‘big target man’. Saya rasa Zainal harus mengkaji semula sistem long ball ini kerana pemain pemain seperti Andik, Nazmi, dan Hazwan lebih selesa dengan fluid football yang banyak mengalirkan bola dari zonal ke zonal.

Dengan Nazmi yang lebih roaming serta Zainal menurukan sedikit Olivi ke kawasan ‘hole’, Selangor lebih fluid dan lebih banyak mencipta peluang.

linkup

Kesannya, bila mereka beterusan menekan dan JDT pula sedikit menurun kualiti pada separuh masa kedua, Selangor memenangi sepakan percuma dari luar kotak. Dalam keadaan ini, saya sentiasa merasakan Hafiz Kamal terlalu ‘boleh harap’. Farizal menyusun benteng dengan 2 orang sahaja dan positioning Farizal di belakang agak terlalu ke kanan kerana menjangkakan set piece free kick oleh Hafiz. Hafiz melakukan direct free kick yang menjadi rutin beliau dan Selangor menyamakan kedudukan.

hafiz Perlawanan ini kemudian berlangsung dalam suasana agak seimbang dan intensiti daripada kedua dua pasukan agak menurun sehingga ke wisel penamat walaupun Gomez cuba memperbaiki sistem sayap pasukan beliau. Sistem sayap kedua dua pasukan dalam perlawanan ini banyak dienutralkan oleh pertahan sisi yang beraksi baik.

JDT Juara Sumbangsih

JDT menang menerusi penentuan sepakan penalti setelah 2 saves daripada Farizal dan 1 sepakan tersasar oleh Azriff walaupun teknik beliau baik ketika melakukan sepakan tersebut. Selangor ada peluang untuk menang ketika ‘sudden death’ tetapi sayang Gopinathan gagal menyempurnakan tugasan. Norazlan pula tidak menyentuh sebarang bola dalam penentuan ini.

sum

Isu Digariskan

Kualiti Pertahanan

Antara satu perkara yang positif dalam perlawanan ini adalah cara kedua dau pasukan ini bertahan dan mengurangkan impak build up pasukan lawan dari ‘wide area’. Pemain seperti Azrif dan Kunanlan+Mahali menyebabkan Azinee dan Andik menjadi ‘anoynymous’ dalam perlawanan ini. Andik gagal memberikan impak dan Selangor gagal mendapatkan sumber daripada Andik. Raimi mungkin menjadi weakest link untuk Selangor namun Selangor tetap berjaya melakukan tugas di last man.

Taktikal Selangor

Mereka bermain klasik 4-4-2 dan ini merupakan transisi jelas oleh Zainal. Dengan pemain bolasepak moden seperti Hazwan, Andik, Nazmi, dan Gopi, ia adalah cabaran untuk pemain dan Zainal mencari formula taktikal utama. Dengan membawa 1 mata daripada Larkin secara teknikal saya rasa Selangor boleh dikatakan mendapat keputusan yang baik. Selangor perlu menyelesaikan isu taktikal secepat mungkin kerana pasukan ini ada kemampuan mencabar kejuaraan.

Kualiti JDT

Saya rasa masih banyak aspek yang kurang menjadi dalam pasukan JDT. Ia adalah kerana mereka dalam proses transisi pasca Luciano. Lucero lebih kepada modern no.9 dan bertahun tahun sebelum ini mereka berjaya dengan sistem classic no.9 target man. Namun inilah realiti pasukan JDT. Mujurlah mereka ada skuad yang ada teknikal yang berkualiti.

Rumusan Pasukan

JDT 6.8

Aktif menyerang dari kanan
Ancaman melalui zon 14 (hole)
Pertahanan yang agresif dan berkesan
Mencipta peluang melalui situasi bola mati dan through pass

Selangor 6.5

Lebih kepada bertahan dan counter attack
Mencipta peluang melalui hantaran silang
Ancaman melalui sepakan bebas.

MOTM : 

Saya akan memilih 2 man of the match. Untuk Liga Super saya memilih Norazlan kerana beliau menafikan berberapa peluang terbuka JDT.

Namun untuk Piala Sumbangsih dan cerita selepas 90 minit saya memilih Farizal Marlias.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN