Analisis Taktikal Piala Eropah 2016: Jerman 2-0 Ukraine

Jerman Melepasi Ujian Pertama !

Permulaan.

Kedua dua pasukan menggunakan formasi 4-2-3-1 dalam perlawanan ini. Tidak ada perubahan formasi berlaku di separuh masa kedua kerana kedua dua pasukan selesa dengan formasi sedia ada.

LineupGerman

[adrotate group=”2″]

Analisis Implementasi Taktikal Advance Fullback Oleh Jerman.

Salah satu ancaman utama Jerman dalam perlawanan ini adalah ancaman oleh 2 flanker Ukraine iaitu Konoplyanka dan Yarmolenko.

Sementara di sebelah pasukan Jerman pula mereka meletakkan fullback mereka di posisi yang sangat tinggi sepanjang perlawanan ini.

Ini adalah heatmap 2 fullback Jerman iaitu Jonas Hector dan Howedes ;

hopw

Idea ini, mungkin salah satu cara Joachim Loew untuk merantai dan melambatkan flanker Ukraine secara tidak taktikal dan mengurangkan intensiti mereka di high line.

Maksudnya, apabila 2 fullback Jerman sentiasa berada di high line, Konoplyanka dan Yarmolenko perlu turun untuk membantu di bahagian pertahanan.

Pada masa yang sama taktikal ini juga membolehkan mereka untuk cuba mengekang dan memenangi bola lebih awal di terutama di kawasan Ukraine.

fbg

Ini pula heatmap Konoplyanka dan Yarmolenko yang jelas berjaya dineutralkan oleh sistem Jerman. Yarmolenko cuma lebih dominan di bahagian corner flag area.

kono


Peranan Double Pivot Jerman.

Dengan sistem yang sangat advance di fullback, double pivot (Khedira-Kroos) pula perlu memastikan hantaran (distributions) mereka sentiasa sampai ke bahagian serangan.

Kroos dalam perlawanan ini mencatatkan 104 atau 93%  hantaran tepat daripada 112 hantaran yang dilakukan.

Kroos Distribution

Pattern hantaran Kroos pada separuh masa pertama adalah lebih kepada 2 pemain yang berada di sayap kanan, sama ada Draxler ataupun Jonas Hector.

kroos1

Manakala pada separuh masa kedua pula, perubahan pattern ini ketara lebih ke sebelah kanan dan ia membolehkan pemain seperti Thomas Muller lebih mendapat bola pada separuh masa kedua.

Kroos 2

2 pivot ini juga perlu memastikan mereka sentiasa berada dalam keadaan balance sepanjang perlawanan kerana 2 fullback yang sudah diletakkan di high line.

Kroos dan Khedira juga banyak melakukan switch play ke pelbagai arah di dalam perlawanan ini dan ia telah banyak membantu pasukan Jerman untuk lebih berupaya untuk mencipta peluang dari pelbagai sektor.

Ulasan Taktikal Ukraine

Ukraine pada perlawanan ini bukanlah pasukan yang terlalu naif kerana mereka boleh bertahan dengan baik dan pada masa yang sama boleh memberikan ancaman.

Ketika bertahan, pasukan ini amat laju untuk menutup ruang dan sentiasa memastikan kawasan luar kotak penalti ada 4-5 pemain untuk mengekang kemasukan pemain Jerman.

g4

Pada separuh masa pertama jika tidak kerana kecemerlangan Neuer dan Boateng, Ukraine mungkin boleh masuk ke bilik persalinan dengan 2 atau 3 gol.

Kualiti pasukan ini terletak pada 2 pemain sayap mereka yang sentiasa ada potensi melakukan sesuatu apabila bola di kaki mereka dengan skil, kekuatan fizikal dan kelajuan yang dimiliki.

Namun kontranya adalah mereka tidak memiliki penyerang (no.9) yang lebih efektif di hadapan gol.

Perubahan Intensiti Oleh Jerman Pada Separuh Masa Kedua.

Secara formasi dan taktikal, pasukan Jerman tidak melakukan perubahan. Mereka masih menggunakan pelan yang sama.

Namun, mereka meningkatkan intensiti dan juga komitmen untuk terus mengekalkan penguasaan bola yang tinggi pada separuh masa kedua.

Kesannya adalah, pasukan Ukraine diberikan tekanan yang lebih kuat di kawasan sendiri dan akhirnya memaksa pasukan Ukraine untuk bertahan dan kurang peluang untuk melakukan serangan kerana ‘tiada’ bola di kaki.

Jerman mengakhiri perlawanan ini dengan penguasaan bola yang dominan, sebanyak 63% dalam perlawanan ini.

Ukraine akhirnya dibunuh oleh gol counter attack Jerman pada masa tambahan melalui pemain veteran Bastian Schweinsteiger.

Verdict.

Ukraine telah memberikan pertarungan yang baik ke atas juara dunia ini. Namun, mereka dibolosi oleh gol Mustafi hasil pin point set piece oleh Kroos.

Kemudianya, Ukraine gagal untuk megatasi Neuer dan Boateng di belakang gol Jerman walaupun mereka melakukan 3 cubaan berkualiti.

Secara taktikal, kami tidak melihat ada masalah terlalu besar untuk pasukan ini. Ini kerana kami memang menjangkakan mereka akan lebih defensif.

Namun, ketika melancarkan serangan dan tekanan di final third, pasukan ini ada kualiti yang baik. Cuma mereka ada masalah dengan aspek teknikal iaitu striker utama.

Ukraine tidak boleh terlalu berharap kepada dua winger mereka untuk melakukan tugas penyerang dalam kejohanan sebesar Euro.

Bagi pasukan Jerman, Joachim Loew tahu akan kemampuan Ukraine untuk menghukum mereka sekiranya pertahanan mereka terus melakukan defensive errors atau lose marking.

Loew tidak mahu Ukraine bermain lebih banyak di kawasan mereka dan terus meningkatkan intensiti untuk menekan / pressuring Ukraine di kawasan mereka.

Walaubagaimanapun, kami merasakan pemain seperti Howedes adalah bukan tipikal pemain yang sesuai bermain dalam sistem fullback advance sebegini dan mungkin perlawanan akan datang Loew akan melakukan perubahan.

Howedes antara weakest link pasukan Jerman

Man Of The Match :

Kami memilih Toni Kroos sebagai man of the match dalam perlawanan ini setelah aksi dominan dan juga 1 assist kepada Mustafi.

Statistik
statsgerman

statsGerman

900px x 600px-2

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN