Perancis menang 4-3 ke atas Argentina dalam perlawanan yang memberikan ‘highlight’ kepada karier Mbappe.
Argentina bertahan teruk dalam sistem garisan tinggi
Sampaoli memang dikenali dengan pendekatan beliau yang berasaskan falsafah ala Marcelo Bielsa. Dalam perlawanan ini beliau cuba memasang sistem pertahanan yang sangat tinggi. Namun ia dimusnahkan dengan mudah oleh Perancis.
Perancis pada separuh masa pertama lebih fokus kepada taktikal lebih rigid dan kurang mengeksploitasi ruang di garisan pertahanan tinggi Argentina. Perancis lebih konservatif dalam 4-4-2 pada separuh masa pertama.
Argentina kerap meletakkan pemain yang ramai di zon serangan tetapi sangat tidak kompeten ketika mengejar pemain-pemain Perancis ketika diserang balas.
Pada separuh masa kedua, perancis menggunakan perancang daripada tengah untuk memecahkan blok tersebut. Gol Pavard adalah sampel terbaik bagaimana Perancis memecahkan ruang di belakang Argentina dengan hantaran segera dari belakang.
Perancis mempercepatkan hantaran daripada belakang ke bahagian hadapan terutama sekali sebelah kiri. Ruang kiri (kanan pertahanan Argentina) adalah ruang yang sangat longgar. Di mana Perancis memiliki ruang yang banyak.
Perancis menekankan aspek ‘fast break attack’.
Lihat Perancis bermain dengan segitiga besar dalam situasi ini (pitch wide) di tepi.
Matuidi menyegerakan hantaran kerana mahu menewaskan (eliminating) segera kuantiti pemain lawan di tepi. Hernandez menerima bola cantik (killer pass) dan mencipta peluang.
Hernandez terus melondehkan kelemahan Argentina di kawasan kanan mereka. Gol kedua Mbappe adalah hasil umpanan daripada sisi pertahanan kanan Argentina.
Seterusnya adalah linking up yang lebih baik pada separuh masa kedua dengan menggunakan Giroud. Pemain ini turun sedikit ke belakang dan mencipta ruang dan peluang kepada rakan.
Idea ini adalah untuk menarik keluar bek tengah, dan ia ternyata berjaya.
Lihat bagaimana Giroud beroperasi di sini:
https://twitter.com/BrankoNikovski/status/1013113380528361473
Jadi, Griezmann dan Giroud akan bertukar-tukar peranan sebagai ‘target man’. Ia mengingatkan kita sistem mereka ketika di Euro 2016.
Argentina selepas gol Pavard semakin lama semakin rapuh dalam perlawanan ini. Mereka mulai hilang fokus. Mereka tiada kemampuan menambah jaringan dan tiada kemampuan untuk bertahan lebih baik.
Ini adalah contoh awal betapa teruknya pertahanan Argentina. Mbappe seorang melarikan bola dari bawah menghapuskan satu persatu kuantiti pemain Argentina ketika bertahan. Daripada 3 vs 5 sampailah mejadi 2 vs 2.
Rumusan
Kelemahan utama pertahanan Argentina adalah mereka tiada kemampuan untuk bertahan pada garisan tinggi. Mereka tiada kepantasan dan lemah dalam duels.
Sampaoli pula tiada pelan untuk bertahan lebih baik dalam perlawanan ini. Mereka lemah mematikan ancaman lebih awal ataupun counterpressing untuk mengurangkan impak di belakang. Isu kesilapan pertahanan terus menghantui Argentina.
Sampaoli cuba memperbaiki aspek pertahan beliau dengan memasukkan Fazio. Ia lebih baik, namun mereka tetap memberikan ruang yang sangat besar di tengah kepada Kante dan Pogba.
Boleh dikatakan pendekatan Argentina yang terlalu ofensif membuatkan Perancis membentuk permainan yang lebih baik di tengah melibatkan Kante dan Pogba dan di atas, Griezmann dan Giroud.
Pavon terpaksa dikeluarkan kerana kegagalan beliau menjejak (track back) Lucas Hernandez.
Perancis meningkatkan lagi larian penetratif mereka pada separuh masa kedua selain daripada memperbaiki aspek permainan di antara Giroud dan Griezmann.
Perancis membunuh sistem garisan tinggi Argentina dengan teknikal serta kualiti hantaran yang baik. Mereka menggunakan ruang yang ada sebaik mungkin.
Itulah kunci utama mereka. Perancis mengenalpasti ruang dan rantaian lemah (weakest link) dan mengeksploitasi ruang itu secara berterusan.
Namun begitu Perancis juga perlu memperbaiki aspek pertahanan mereka. Mereka kerapkali bercelaru ketika bertahan di dalam kotak penalti. Namun Argentina sukar untuk mencari ruang kerana Perancis kompak.
Lihat passmap di bawah ini anda dapati Argentina tiada animasi di kawasan gol lawan. Mereka didesak ke sisi oleh Perancis.
Pemain terbaik pilihan SemuanyaBOLA
Kylian Mbappe (Perancis)