Analisis Taktikal: ‘Heavy Metal Football’ Liverpool Musnahkan Pertahanan AS Roma

Liverpool membunuh garisan pertahanan tinggi AS Roma dalam perlawanan ini dan menang 5-2. Bekalan yang selesa untuk dibawa ke Stadio Olimpico.

Permulaan

Liverpool mengekalkan formasi terbaik mereka 4-3-3. Namun agak mengejutkan apabila AS Roma bermain dengan 3-4-2-1 dalam perlawanan ini.

Garisan dan struktur pertahanan AS Roma

Rio Ferdinand mempersoalkan taktikal AS Roma yang menaikkan garisan pertahan mereka. Pada separuh masa kedua, garisan itu lebih tinggi.

Pengulas dalam perlawanan juga berpendapat yang sama. Apa yang sedang difikirkan Eusebio Di Francesco berhadapan dengan pasukan yang bermain ‘heavy metal football’.

Liverpool mendapat manfaat menerusi kemampuan mereka mengatasi garisan tersebut dengan bola sepak pantas, fluid dan larian deras oleh 3 penyerang mereka terutama sekali Mohamed Salah. Liverpool beberapa kali melepasi garisan pertahanan Roma dengan mudah.

Ini antara peluang keemasan diperoleh Liverpool pada separuh masa pertama.

Seterusnya, dari segi struktur, mereka memberikan ruang yang terlalu besar untuk Mohamed Salah dan Sadio Mane di bahagian sisi. 2 bek sayap mereka terlalu ofensif dan sentiasa melakukan kerja tambahan untuk berlari ke ke belakang.

Ini adalah situasi di mana Mohamed Salah memanipulasi gerakan ‘recovery run’ yang lemah oleh Juan Jesus.

Juan Jesus tak berlari pada satu garisan secara stabil. Beliau diamipulasi. Lihat situasi ini, Mohamed Salah cuba menarik Jesus ke kanan, dan beliau terpengaruh. Gerakan yang disempurnakan menjadi gol ke-2.

Gegenpressing Liverpool

Liverpool awalnya sukar untuk menekan AS Roma dengan gegenpressing kerana pasukan lawan mereka mendapat rentak awal dalam perlawanan ini.

2 kesilapan Sadio Mane boleh dikatakan ‘blessing in disguise’ kepada Liverpool. Liverpool mulai cuba menutup kesilapan itu secara berpasukan.

AS Roma kemudian ditekan dengan kuat oleh gegenpressing Liverpool.

Dengan 2 bek sayap AS Roma yang sangat cepat untuk naik ke atas, Liverpool sentiasa ada potensi untuk ‘outnumbered’ AS Roma.

Liverpool sangat bertenaga dalam perlawanan ini dan sentiasa memanipulasi kesilapan lawan mereka. AS Roma agak bergelut untuk keluar daripada cengkaman Liverpool.

Perubahan taktikal  (tweaks) oleh AS Roma

Kemasukan Perotti memang memberikan kesan kepada taktikal Roma. Roma dari awal cuba untuk memusatkan serangan mereka di kiri.

Kemasukan Perotti menguatkan sistem ini dan membolehkan Roma lebih ramai di kiri (overload).

Liverpool terpecah dengan teruk di bahagian half space kanan mereka. Roma menaikkan intensiti dan perlu memburu gol kerana dalam keadaan 5-0, memang tiada pilihan lagi untuk mereka.

Selepas minit ke-75, AS Roma bermain dengan sangat baik. 2 gol Roma adalah kerana isu pertahanan Liverpool yang hilang fokus sekali lagi.

Gol pertama adalah kerana Lovren ‘misjudge’ bola tersebut dan Edin Dzeko menerima bola dengan sangat mudah. Gol kedua adalah kerana kesilapan defensif yang mengadiahkan penalti.

Serangan AS Roma

Semua kita sudah tahu mereka bermain untuk menghantar bola kepada ‘target man’. Tetapi, bak kata De Rossi, mereka terlalu lama ‘terlelap’ dalam perlawanan ini tidak mampu menyerang.

Pada akhir babak perlawanan, barulah nampak mereka lebih aktif menyerang ke arah lawan dan impak Dzeko lebih baik.

Penilaian

Liverpool mungkin boleh mendapat 2 lagi gol tambahan jika Mane dan Wijnaldum menyudahkan peluang keemasan. Liverpool ternyata pasukan yang berhak menang meskipun agak  bergelut pada akhir perlawanan.

Ramai yang menyatakan Klopp membuat kesilapan dengan mengeluarkan Salah. Satu hujah lemah. Liverpool dalam keadaan 5-0, mana-mana pengurus akan cuba menjaga pemain utama mereka.

Fokus adalah lebih kepada bertahan bukan menyerang. Kata kunci dia bertahan, dan Liverpool tiba-tiba hilang fokus dalam bertahan pada babak akhir.

Untuk AS Roma, mereka ada ralat taktikal yang teruk. Memberikan Liverpool malam untuk dinikmati dengan garisan pertahanan yang terlalu tinggi.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Mohamed Salah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN