Analisis Taktikal: Hazwan Bakri Sumber Fluiditi JDT, Kedah Rapuh

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 dijuarai oleh JDT dengan jaringan 2-0. Gol dijaringkan oleh Aidil Zafuan dan Gonzalo Cabrerra.

Permulaan

JDT memulakan perlawanan dengan formasi biasa mereka 4-3-3. Menurunkan Gary Steven di posisi no.6. Manakala di barisan serangan, Hazwan Bakri diberikan kepercayaan untuk menjadi penyerang utama.

Nidzam Adzha menggunakan formasi 4-2-3-1/4-4-1-1 dalam perlawanan ini. Memberikan kepercayaan kepada Ariff Farhan menggantikan Fitri Omar.

Sistem pertahanan Kedah rapuh

Kedah terus dihukum oleh pasukan JDT seawal minit ke-2. Satu kombinasi pertahanan yang lemah. Mereka gagal membentuk sistem kawalan yang jelas dalam situasi bola mati.

Saya jelaskannya di dalam penerangan di sini:

Sepanjang perlawanan Kedah bergelut dengan pertahanan mereka terutama sekali dengan ruang. Gol kedua JDT adalah kerana kelekaan Rizal Ghazali yang tidak peka akan pemain di belakang beliau.

Banyak sekali aksi gugup pasukan Kedah ketika diserang balas oleh pasukan JDT, mujurlah Ifwat Akmal antara pemain dalam prestasi terbaik.

Rizal tidak melakukan ‘shoulder check’ ketika bertahan. Kedah gagal bertahan secara unit. Pemain tengah mereka gagal memberikan perlindungan kepada pertahanan.

Ruang terlalu selesa diberikan kepada pemain-pemain JDT sejak dari awal lagi.

Pertahanan JDT

JDT jelas pasukan yang lebih baik bila bertahan. Mereka bertahan secara asas, kekal kompak apabila diserang.

Satu perkara yang pasti, Morais mungkin sudah mengkaji pemain seperti Safiq Rahim tidak boleh ditugaskan untuk merantai Liridon.

Dalam perlawanan sebelum ini Safiq Rahim tidak berdisiplin untuk tugas meneutralkan Liridon. Lalu pada final kali ini, tugas itu diserahkan kepada Natxo.

Dalam fasa bertahan, Natxo akan menghancurkan dan mengganggu Liridon. Dalam perlawanan ini Liridon sukar untuk berhubung dengan Sandro dan juga 2 pemain di bahagian sayap.

Seterusnya adalah, sistem pressing JDT di garisan tinggi yang jelas membuatkan Kedah tidak selesa di dalam perlawanan ini.

Kedah kali ini tidak ada kemampuan untuk keluar daripada tekanan itu dengan pertukaran hantaran dari blok rendah ke atas. Mereka mudah panik dan menghantar bola tinggi.

Improvisasi serangan bertiga JDT

Dalam beberapa perlawanan sebelum ini JDT bergelut dengan sistem serangan mereka yang kerap ‘bertembung’ sesama pemain. Tidak ada fluiditi.

Kemasukan Hazwan Bakri jelas memperbaiki isu ini secara total. Saya pernah jelaskan masalah serangan bertiga JDT berlaku apabila Ghaddar tidak boleh menjadi roaming no.9. Ini kerana Ghaddar adalah tipikal one man show target man.

Hazwan Bakri menawarkan lebih fluditi dan membenarkan Cabrera serta Guerra untuk masuk ke platform beliau. Dan Hazwan akan mencari ruang baru, dan tidak statik mempertahankan zon serangan paling atas.

Di atas ini adalah penjelasan bagaimana posisi dominan JDT ketika menyerang. Fazly Mazlan tidak terlalu ‘advance’ seperti Kunanlan.

Paling penting adalah kemampuan Hazwan Bakri untuk mencari ruang dan mencipta ruang untuk Guerra dan Cabrera yang melancarkan sistem serangan JDT. Ia sangat berbeza berbanding dengan 2 atau 3 perlawanan sebelum ini.

Penilaian

Perlawanan ini Kedah seakan-akan pasukan yang ‘tidak siap’. Manakala pasukan JDT pula serba sedia untuk menghadapinya.

Kedah menunjukkan penambahbaikan pada 15 minit pertama separuh masa kedua, namun semangat mereka disentak oleh gol kedua JDT selepas kealpaan pertahanan mereka.

Untuk pasukan JDT, mereka adalah pasukan yang lebih berdisiplin ketika bertahan dan menyerang. Seterusnya adalah pengurusan pemain simpanan, Morais berjaya mendapatkan impak daripada pemain simpanan.

Nidzam Adzha pula terlalu lambat melakukan pertukaran. Seterusnya, dalam keadaan mereka harus menyerang, Nidzam memasukkan 2 pemain ‘defensive minded’.  Tidak jelas apa tujuannya?

Adakah Nidzam mahu mengarahkan Akram Mahinan menjadi extra man? Tetapi pemain ini tidak ada kekuatan fizikal untuk menjadi pemain ekstra di bahagian serangan.

JDT menang kerana memulakan perlawanan ini dengan sangat baik dan lebih berdisiplin. Kedah pula memulakan perlawanan ini dengan kelemahan pertahanan yang membuatkan mereka bolos awal.

Pada sepanjang separuh masa pertama, mereka bergelut dengan ruang yang terlalu besar. Seterusnya, pemain-pemain mereka jelas tidak stabil secara mentaliti untuk perlawanan ini.

Sesuatu yang mereka hilang karakter berbanding dengan 2 final Piala Malaysia sebelum ini.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Hazwan Bakri (JDT)

Seperti biasa, kami memilih pemain berdasarkan perspektif kami dan anda mungkin ada pilihan sendiri. Walaupun pemain ini tidak menjaringkan gol, tetapi beliau adalah pusat kepada fluiditi JDT di kawasan serangan.

Beliau memperbaiki aspek permainan kombinasi di final third. 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN