Analisis Taktikal: Garisan Pertahanan Tinggi Pahang Rapuh, Serangan Sabah Tak Cukup Tajam

Perlawanan pembukaan Pahang dan Sabah dalam kempen Piala Malaysia 2018 berakhir dengan seri 1-1.

Pertahanan Pahang

Dalam perlawanan ini, Pahang jelas sekali lagi cuba bermain pertahanan pada garisan tinggi di atas padang. Musim ini beberapa kali mereka bermasalah dengan sistem ini.

Apa yang berlaku, pemain pertahanan mereka tidak cukup awas dengan ancaman bahaya. Dalam bola sepak, antisipasi ataupun jangkaan itu sangat penting.

Setiap kali pasukan mereka menyerang pasukan Sabah, pertahanan mereka kelihatan tidak benar-benar bersedia dengan kemungkinan akan ada serangan balas.

Oleh itu, setiap kali hilang bola, struktur mereka sangat longgar. Walaupun Hector Ramos menjaringkan 1 gol dalam perlawanan ini, beliau sebenarnya antara punca kenapa Pahang boleh dapat 1 mata.

Dalam perlawanan ini, ada beberapa situasi lagi Pahang ditewaskan di garisan tinggi. Ramos boleh menjaringkan hatrik dalam perlawanan ini kerana kelemahan pertahanan pasukan Pahang.

Pahang sukar bermain garisan tinggi kerana mereka tiada persefahaman secara berpasukan ketika bertahan. Mereka memiliki bek tengah yang tidak laju, jadi sangat penting untuk mematikan gerakan lawan di tengah ataupun lapisan perlindungan sebelum ke garisan pertahanan akhir.

Isu ruang

Seterusnya mereka kerap memberikan peluang kepada Pasukan Sabah memenuhi (overload) garisan antara pemain pertahanan dengan pemain tengah.

Jika pasukan Sabah lebih tahu apa nak buat dengan ruang seperti itu mereka akan dapat memberikan masalah lebih besar kepada pasukan Pahang. Sabah perlukan lebih banyak permainan kombinasi dengan lebih yakin.

Corak pertahanan Sabah

Mereka adalah pasukan yang hadir dengan corak lebih defensif dan cuba melancarkan serangan balas menerusi sayap kanan dan kiri. Mereka ada pemain seperti Maxsius Musa yang laju.

Ketika bertahan mereka kompak dan berdisiplin walaupun berhadapan dengan unit serangan Pahang yang ramai.

Pahang bergelut untuk memecahkan blok ini kerana pasukan Pahang tidak cukup ‘spark’ pada kreativiti mereka. Pahang jelas terlalu bergantung kepada hantaran silang mencari ‘target man’.

Di bawah ini anda melihat Norshahrul buntu untuk melakukan apa-apa dan akhirnya terpaksa menolak bola ke sisi.

Sayang sekali pasukan Sabah melakukan kesilapan taktikal yang telalu teruk dalam keadaan ini.

Ketika seorang pemain pergi mengunci pemain lawan, Amutu pula dibiarkan tanpa ada pemain pergi ke arah beliau.

Corak serangan Sabah

Boleh dikatakan mereka melakukan serangan dengan baik pada fasa sebelum ke bahagian penyudahan.

Ketika fasa akhir ataupun penyudah, sama ada untuk melakukan hantaran akhir (final passes) mahupun percubaan, ini adalah fasa yang mereka agak menghampakan.

Mereka boleh mendahului dengan gol lebih banyak pada separuh masa pertama jika lebih tajam. Percubaan daripada Ramos lebih berasaskan kekuatan (power) bukan ketepatan (accuracy).

Berhadapan dengan penjaga gol seperti Helmi Eliza, beliau tak gentar berhadapan dengan percubaan sekuat peluru sekalipun kalau menuju beliau.

Aspek ‘shooting’ ini harus diperbaiki oleh pasukan Sabah. Seterusnya, mereka ada kelajuan yang sangat baik di bahagian sayap, dan ia menjadi tunjang kekuatan pasukan mereka.

Pemain mereka tidak suka menyimpan bola lama, dan terus menghantar bola kepada rakan.

Rumusan

Ini adalah perlawanan yang lebih kepada kelemahan Pahang beraksi sebagai satu pasukan terutama ketika bertahan, dan ketidakmampuan pasukan Sabah untuk lebih ‘kejam’ dalam menghukum kesilapan lawan.

Pahang perlu memperbaiki aspek kreativiti di bahagian serangan serta kawalan ruang dalam sistem pertahanan tinggi.

Sabah pula, kami sudah gariskan di atas, masalah utama mereka. Ini bukanlah keputusan yang teruk untuk Sabah. Sudah pastinya mereka gembira dengan 1 mata.

Cuma, mereka sebenarnya ada peluang nak membawa balik 3 mata daripada pasukan pilihan kumpulan ini.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Maxsius Musa (Sabah)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN