Belgium mara ke separuh akhir selepas menewaskan Brazil 2-1 di suku akhir.
Belgium dan Brazil memulakan perlawanan ini dengan intensiti tinggi. Dan perlawanan ini memang ada kualiti tersendiri.
Serangan balas Belgium
Serangan balas Belgium digerakkan melalui channel tengah dan mereka mendapat ruang yang sangat besar di tengah.
Paulinho dan Fernandinho gagal bertahan (holding) di posisi no.6 kembar (double sixes). tidak pasti mana satu pivot Brazil yang lebih defensive.
Belgium tidak menyerang dengan banyak pemain cukup dengan Hazard, De Bruyne dan Lukaku. 3 pemain ini sangat baik dalam ‘fast break attack’. Rantaian yang kuat dan bertenaga di ‘segitiga’ ini mampu menggoncang Brazil.
Mereka kemas dalam kawalan bola, larian dengan bola dan kepantasan dalam serangan. Brazil hampir tiada jawapan untuk menghentikan pelan serangan balas ini kerana Brazil gagal bertahan secara unit. Unit pertahanan mereka rapuh.
Pemain di atas tidak komited untuk mengejar (track back) dan di tengah ruang besar.
Ini passmap Belgium yang jelas berpaksikan sebelah kiri.
Lukaku adalah penerima bola penting dan juga pembuka jalan utama kepada serangan balas Belgium di atas kerana beliau sangat kental.
Beliau kerap berada di ruang untuk menerima bola daripada blok rendah dan juga tengah. Ini adalah gambaran gandingan Lukaku, Hazard dan De Bruyne ketika cuba keluar daripada tekanan tinggi Brazil.
Brazil vs pendekatan fizikal Belgium
Satu lagi masalah Brazil adalah bertahan dalam situasi bola mati. Mereka jelas sangat terancam dengan Belgium setiap kali ‘set-piece’. Ini adalah situasi agak gugup dan hilang fokus.
2 pemain Brazil mengawal sesama sendiri.
Lukaku ada larian yang sangat deras dengan fizikal yang sangat keras. Kelihatan tak seorang pemain Brazil berani atau mampu menghentikan beliau.
Jadi Belgium menggunakan kelebihan fizikal mereka dalam situasi bola mati dan permainan terbuka dengan sangat baik.
Improvisasi separuh masa kedua oleh Brazil
Brazil memulakan langkah separuh masa kedua dengan membentuk kestabilan di tengah. Namun pendekatan Belgium yang menurunkan tempo juga antara sebab Brazil lebih stabil.
Belgium sebenarnya meletakkan diri mereka dalam risiko kerana menurunkan intensiti dan tidak ada lebih keinginan untuk mendapatkan gol ketiga yakni gol pembunuh kerana Brazil sudah pasti akan lebih menyerang.
Apa yang berlaku Belgium langsung tiada percubaan tepat pada separuh masa kedua.
Brazil meningakatkan intensiti dan para pemain mengeluarkan kualiti teknikal mereka. Inilah aspek yang paling menarik dalam kem Brazil, apabila taktikal ‘tak jalan’ mereka ada kemampuan individu yang sangat baik.
Pemain-pemain mulai mencipta gol dengan kelincahan mereka. Belgium pastinya resah apabila Brazil mendapat gol pertama. Malangnya Brazil tidak dapat menyempurnakan beberapa peluang terbaik. Aksi Courtois menjadi penyelamat Belgium.
Ini kerana pendekatan pasif mereka ini membuatkan Brazil sangat dominan dan Belgium pula tidak setajam separuh masa pertama dalam serangan balas.
Rumusan
Ini adalah perlawanan yang dimenangi oleh pasukan yang memulakan separuh masa pertama dengan cemerlang. Menyempurnakan walaupun hanya 3 percubaan tepat, mereka mendapat 2 gol, satu daripadanya jaringan sendiri.
Brazil pula kalah kerana mereka gagal menyempurnakan beberapa peluang pada separuh masa kedua.
Namun Belgium tetap harus memberikan penekanan aspek percubaan gol mereka. Mereka berupaya mencipta banyak peluang terutama sekali daripada ‘fast break’ namun tidak cukup tajam untuk menyempurnakan peluang-peluang yang ada.
https://twitter.com/Playmakers_pod/status/1015309831224397824
Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA
Lukaku (Belgium)
Lukaku’s game by numbers vs. Brazil:
1 assist
3 ball recoveries
5 dribbles
13 passes
66% aerial duels wonWide target-man. Maybe a role for next season. 👀 #BEL pic.twitter.com/LLPE5vKhvP
— Statman Dave (@StatmanDave) July 6, 2018