Manchester United bermain dengan lebih animasi dan juga fluidity dalam perlawanan ini. Berikut adalah analisis daripada perlawanan ini.
Analisis
Permulaan
Jose Mourinho bermula dengan 4-2-3-1 dengan menjadikan Mata sebagai no.10. Herrera bergandingan dengan Paul Pogba di bahagian tengah.
Leicester bermula dengan formasi signifikan 4-4-2. Slimani dan Vardy menjadi penggempur berkembar di bahagian atas.
Pogba Akhirnya Berfungsi
Setelah gagal memberikan persembahan yang mantap dalam beberapa perlawan, Paul Pogba berjaya bermain dengan baik kali ini.
Memang sukar untuk menterjemahkan harga £89 juta kerana ia memang nilai yang agak tidak masuk akal. Namun begitu dalam perlawanan ini, Paul Pogba sangat berpengaruh di bahagian tengah.
Beliau banyak menghantar bola yang mencetuskan ancaman ketika bermain di kawasan serangan (final third). Pogba berjaya mencipta 3 peluang gol dalam perlawanan ini.
Pogba sendiri berjaya menjaringkan 1 gol dalam perlawanan ini.
Beliau lebih disiplin ketika bertahan lebih banyak berlari untuk mengejar bola yang hilang daripada penguasaan dalam peranan box to box. Gandingan beliau dengan Herrera telah memberikan dimensi yang lebih baik dalam permainan United.
Ini adalah laporan corak hantaran United yang banyak digerakkan oleh duo ini.
Di bawah ini adalah heatmap Pogba dengan Herrera yanng menunjukkan kuatnya dominasi double pivot Manchester United dalam perlawanan ini.
Leicester 4-4-2
Pendekatan mereka masih sama seperti apa yang mereka lakukan pada musim lalu. Namun bezanya adalah, mereka tidak cukup agresif ketika bertahan dan mematikan serangan, yang menjadi kunci utama kejayaan mereka musim lalu.
Ini adalah situasi ketika Juan Mata menjaringkan gol kedua Manchester United. Leicester City tidak agresif untuk memberikan tekanan (pressing) kepada pemain-pemain United.
Dalam beberapa perlawanan musim ini, mereka hilang ketajaman ketika melakukan serangan balas (counter attack). Antara sebabnya adalah, kurangnya mobiliti di belakang Jamie Vardy seperti mana yang ditunjukkan oleh Okazaki musim lalu.
Ini adalah contoh lakaan formasi mereka pada musim lalu.Intensiti dan mobiliti di belakang Vardy itu memberikan banyak manfaat kepada mereka.
Leicester jelas terlalu bergantung kepada Riyad Mahrez untuk merancang dan mencipta peluang gol. Di bawah ini adalah laporan corak hantaran Leicester City dalam perlawanan ini.
Semakin tebal garisan, semakin banyak hantaran berlaku di situ dan semakin besar bulatan tersebut, semakin kuat pengaruh pemain tersebut di dalam organisasi pasukan.
Anda akan dapati, Riyad Mahrez gagal memberikan sumbangan yang kuat dalam perlawanan ini. Fuchs lagi berpengaruh daripada Mahrez dalam menghantar bola ke hadapan.
Leicester City Bermasalah Untuk Bertahan Dalam Situasi Bola Mati
3 daripada 4 gol dalam perlawanan ini adalah melalui set pieces. Ia sudah cukup menceritakan lemahnya organisasi Robert Huth dan rakan rakan beliau musim ini dalam berhadapan dengan bola mati.
Robert Huth ternyata gagal dalam tugas mengawal Smalling dalam rutin man to man marking. Di bawah ini adalah contoh bagaimana Huth dan organisasi pertahanan Leicester mengawal pemain-pemain Manchester United ketika set piecce.
Dan Huth kehilangan Smalling.
Perkara yang sama berlaku apabila Huth terlepas kawalan ke atas Smalling dengan mudah, pada ketika inilah United mendapat gol pertama.
Pemain dan juga sistem mereka terlalu mudah dimanipulasi oleh gerakan pemain-pemain Manchester United.
Pada gol ketiga Rashford, United memanipulasi organisasi man to man marking Leicester yang memberikan ruang besar di near post.
Mata memanpulasi keadaan itu selepas menerima hantaran daripada Blind dari sepakan penjuru. Pemain-pemain Leicester tidak sempat untuk menutup ruang.
United Lebih Baik Dengan Pasukan Ini
Mourinho kembali dengan formasi kegemaran beliau 4-2-3-1 dengan meletakkan Mata di no.10. Ia memberikan United kuasa ancaman yang lebih aktif di zon 14 ataupun tight area.
Di tengah pula gandingan Pogba dan Herrera memberikan kesan dari segi kualiti dalam build up dengan hantaran-hantaran bahaya.
Di bahagian serangan, 2 pemain sayap, Rashford dan Lingard lebih direct dalam permainan mereka walaupun mereka bukan pemain yang mampu menggelecek seperti Eden Hazard.
Kualiti width Manchester United kali ini lebih baik dengan sokongan oleh Valencia dan Blind yang beraksi sangat baik.
Ia sangat berbeza dengan pasukan yang bermain sebelum ini. Ia adalah perbezaan karakter.
Daley Blind menunjukkan aksi terbaik beliau dalam perlawanan ini. Beliau melakukan 2 assist dan menghantar bola penting kepada Juan Mata untuk dilorongkan bola kepada Rashford.
Ini adalah laporan aksi Blind dalam perlawanan ini.
Verdict
Jelas sekali, Untuk United, ia bukan isu status pemain yang diturunkan sama ada dia berpengaruh ataupun bintang di dalam pasukan.
Namun ia lebih kepada sikap pemain-pemain yang ada untuk bermain dalam satu pasukan dan tidak telalu individualistik.
Mourinho menggunakan sistem yang lebih baik dengan perubahan taktikal yang lebih tajam berbanding dengan sebelum ini.
Leicester City terlalu meghormati lawan mereka dalam perlawanan ini. Mereka kurang kemahuan dan tenaga untuk memenangi perlawanan ini.
Sistem yang sama namun pendekatan yang gagal oleh Leicester, terutama sekali ketika bertahan. Pemain gagal menjalankan tugas ketika bertahan.
Pada masa yang sama, sistem mereka dimanipulasi oleh United dari segenap aspek. Apabila mereka cuba mengasak, mereka sangat terdedah dengan serangan balas United yang laju.
Pada separuh masa kedua, Leicester City lebih positif namun United pula seakan-akan ada sedikit sikap selesa dengan kedudukan 4 gol.
Ini yang membawa kepada masalah di bawah ini. Anda boleh lihat sekali lagi mereka hampir dihukum dengan hantaran cut back.
Man Of The Match
Daley Blind (Manchester United)
Statistik
Baca juga : Analisis: Pengurusan Paul Pogba Dalam Taktikal Manchester United vs Feyenoord