Analisis Taktikal EPL 2016/17: Chelsea Hentikan ‘Active Ball Playing’ Di Blok Rendah Untuk Menang

Sistem 3-4-3 Conte diteruskan dengan kesebelasan utama yang tidak berubah. Tottenham pula kembali kepada 4-2-3-1 walaupun dalam paparan skrin tv semalam ditulis 3-4-2-1.

start

Chelsea Bereksperimen Dengan Courtois

Dalam perlawanan ini, anda akan perasan Chelsea agak bermasalah pada separuh masa pertama. Ini kerana mereka seakan-akan cuba mengubah peranan Courtois.

Sebelum ini Courtois lebih kepada penjaga gol tradisional. Kali ini beliau banyak menghantar bola secara rendah kepada rakan rakan di sekitar beliau.

Ini adalah rajah hantaran dan bola yang diterima oleh Courtois pada separuh masa pertama.

ct1

ct3

Bezakan aktiviti yang sama pada separuh masa kedua.

ct2

ct4

Namun terdapat isu gugup pada Courtois dan blok rendah Chelsea lebih lebih lagi berhadapan dengan pasukan seperti Spurs yang bermain tekanan di garisan tinggi.

Sistem ini juga agak bermasalah kerana Chelsea terlalu mudah panik dan melepaskan bola tinggi walaupun ada sokongan dari kiri kanan.

Kesannya berlaku disconnection yang jelas antara bahagian. Matic dan Kante beraksi agak teruk pada awal 30 minit. Diego Costa terasing (isolated) daripada organisasi.

Mereka juga banyak melepaskan bola dengan mudah kepada pemain Spurs. Pada separuh masa pertama Spurs adalah pasukan yang lebih baik.

Spurs Masuk Segera Ke Zon 14 / Tight Area

Pochettino mengarahkan pemain beliau untuk masuk segera ke dalam zon 14 bukannya disapu keluar oleh organisasi Chelsea ke bahagian sayap terlalu jauh.

Idea ini adalah untuk mengelakkan terlalu bergantung kepada hantaran lintang. Spurs mahukan lebih permainan kombinasi di kotak serangan.

ch1

Ini adalah heatmap pemain serangan Spurs dalam peralawanan ini. Banyak gerakan cut inside dilakukan oleh mereka.

ch2

Perubahan Pendekatan Taktikal Chelsea Pada Separuh Masa Kedua

Chelsea mengambil alih dominasi pada separuh masa kedua. Mereka melupakan dahulu usaha untuk bermain build up aktif menggunakan penjaga gol.

Mereka bermain taktikal yang mereka gunakan dalam 6 kemenangan berturut-turut mereka sebelum ini. Bola banyak digerakkan dari bek sayap.

Ketika bola di kaki Moses atau Alonso, berlaku peralihan dan pergerakan posisi yang fluid oleh Hazard dan Pedro. Ini adalah penjelasan bagaimana fluiditi di bahagian serangan berlaku bila gerakan berasaskan Moses.

Intensiti Chelsea yang lebih baik menyukarkan Spurs. Pemain seperti Wanyama dan Dele Alli tidak bermain baik secara keseluruhannya.

Mereka mulai hilang fokus. Son Heung Min yang diturunkan dalam sistem asymmetric sebagai penyerang sayap juga berhadapan dengan kesukaran.

Perlindungan zon 14 dan half-space oleh Chelsea adalah lebih baik. Chelsea mendapat gol kemenangan daripada Victor Moses yang meningkat mendadak di bawah Antonio Conte.

Jadi, tidak hairanlah jika ada desas-desus mengatakan Barcelona mahukan beliau.

Analisis Gol Kedua Chelsea

Saya tinggalkan gol pertama Spurs dan Chelsea. Kerana gol kedua Chelsea ini adalah rumusan kepada kelemahan pemain sayap Spurs untuk membantu pertahanan.

Dalam bola sepak, jika pemain bek sisi lawan menjaringkan gol. Perkara asas yang akan dibangkitkan adalah bagaimana pasukan itu bertahan.

Untuk situasi yang melibatkan bek sayap (wingback), ia adalah isu tugasan khas diberikan kepada pemain. Dalam perlawanan ini berlaku konflik jelas oleh Spurs dalam membendung gerakan bek sayap Chelsea.

Ia adalah tugas di antara Kyle Walker dan Son Heung Min. Ini kerana, ada pengurus mengarahkan pemain sayap untuk mengawal bek sayap lawan.

Dalam kes ini, jelas sekali Pochettino mengarahkan ia adalah tugasan Son Heung Min. Ini adalah contoh ketika Kante melakukan cubaan jauh. Anda sudah boleh nampak betapa kosongnya kawasan Moses.

ch11

Dalam keadaan ini anda perhatikan bagaimana Walker dengan jelas mengejar Pedro. Jadi tugasan untuk mengekang Moses adalah tugas Son Heung Min.

ch8

Walaupun dia penyerang sayap dalam sistem yang asymmetrical, namun mereka bermain 4-2-3-1 yang peraturan asasnya sama dengan sistem midfielder 4 atau 5 biasa. Pemain saya harus aktif turun bertahan.

Itu tidak berlaku dan ini pula yang terjadi.

ch9

Kredit juga kepada Costa yang boleh menyimpan bola lebih lama di kawasan sudut agak sukar. Tidak lama kemudian, Son Heung Min dikeluarkan kerana Pochettino sedar, beliau perlukan pemain lebih defensif.

Penilaian

Ia adalah cubaan yang gagal oleh Chelsea pada separuh masa pertama. Namun, Conte sudah menghantar isyarat jelas beliau sedang mengusahakan sistem yang lebih ball playing di sektor blok paling rendah.

Perkara ini dilakukan beliau ketika menguruskan Juventus dan Itali. Apa yang menyelamatkan Chelsea adalah sikap realistik Conte untuk melupakan pendekatan separuh masa pertama.

Ada sesetengah pengurus akan cuba sedaya upaya untuk menggunakan pendekatan yang mereka sudah praktikkan di pusat latihan sepanjang minggu.

Spurs gagal menghukum Chelsea dengan lebih dari satu gol pada separuh masa pertama. Menariknya adalah, ketika Spurs kendur sedikit dari segi intensiti pada akhir separuh masa pertama, Chelsea sudah mampu menghukum mereka.

Pada separuh masa kedua, Chelsea terlalu bagus untuk Spurs. Kes yang sama seperti Spurs pada separuh masa pertama, mereka cuma gagal mendapatkan gol tambahan daripada aksi mereka.

Kemenangan ini membolehkan Chelsea terus memimpin EPL untuk minggu ini! Ia kemenangan ke-7 berturut-turut mereka dan kali terakhir mereka lalukan adalah pada 2010.

Lebih penting, mereka pasukan pencabar kejuaraan sekali lagi!

Pemain Terbaik

Victor Moses (Chelsea)

moses

Statistik

cs1

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga : Rumusan Kempen Skuad Malaysia Dalam Piala AFF Suzuki 2016

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN