Analisis Taktikal EPL 2016/17: 2 Hantaran Dari Half-Space Punca Kemenangan Spurs!

Sebelum ini Pep Guardiola pernah memberikan respon kepada kritikan De Bruyne. Guardiola berkata:

“Dia (De Bruyne) harus melihat kesalahan pada diri sendiri kerana tidak memberikan fokus untuk menembusi satu titik utama. De Bruyne banyak mengambil masa menggelecek untuk melepasi mana-mana ruang yang ada.”

Jurgen Klopp, selepas Liverpool gagal menembusi sistem pertahanan Mourinho memberikan penekanan yang hampir sama. Beliau berkata:

“Kami tidak sabar dan tidak cuba untuk mencari ‘ruang itu’. Akhirnya kami tidak menjumpai ruang itu.”

Apa yang ditekankan oleh 2 pengurus ini adalah, fokus kepada satu titik lemah pihak lawan. Dan itu yang dilakukan Spurs ketika menewaskan Chelsea awal pagi tadi.

Permulaan

Spurs sekali lagi turun dengan sistem bek bertiga. Sebelum ini mereka menggunakan sistem 3-4-1-2 untuk membias (mirorring) sistem Chelsea. Kali ini mereka menggunakan sistem 3-4-2-1.

Chelsea mengekalkan formasi 3-4-3 dengan memasukkan semula Matic ke dalam pasukan utama kerana mereka tahu pertarungan ini akan sukar di tengah padang.

Sistem Pertahanan Spurs & Bek Sayap Chelsea Terbatas

Ternyata bek sayap Spurs lebih baik berbanding dengan Chelsea dalam perlawanan ini. Danny Rose antara pemain yang sangat aktif melakukan ancaman dari sayap.

Beliau membuatkan Victor Moses tidak boleh berada terlalu ke atas (advance) dan lebih fokus kepada usaha untuk mengawal dan mengekang ancaman Danny Rose.

Spurs mengenakan sistem yang sangat agresif dan kurang digemari oleh pemain Chelsea. Di tengah mereka ada Wanyama dan Dembele yang akan mengenakan cabaran secara duel fizikal.

Di defensive third sistem, rantaian berlima mereka sangat agresif Dan keras. Ia menyukarkan Chelsea terutama sekali Pedro dan Hazard. Hanya Costa yang kompetitif untuk bersaing dengan keagresifan Spurs.

Mereka bermain dalam kawalan zonal 5-4-1 ketika bertahan. Double pivot mereka. Fokus mereka adalah mengurangkan hubungan di antara Costa dan Hazard dengan menghancurkan (destroying) gerakan lawan segera.

Mereka berdisplin dan mengetatkan kawalan di zon 14. Ia ibarat evakuasi di zon 14. Sebelum ini banyak pasukan cuba melakukan kawalan ketat di zon 14 namun mereka masih tewas.

Ini kerana fluiditi yang dimilki oleh Chelsea dengan Hazard-Pedro-Costa yang disokong oleh Moses.

Moses sangat sukar memberikan sokongan kerana beliau sentiasa diancam oleh pontensi serangan balas dari Rose. Conte menolak Kante ke zon 14 ataupun di belakang penyerang. Namun Kante sangat lemah dalam isu kreativiti.

Kemasukan Fabregas pula lebih kepada untuk melakukan hantaran dari kawasan lebih dalam. Kante  dikekalkan dengan peranan pemain tengah menyerang.

Namun Spurs sudah terlalu stabil secara teknikal dan taktikal. Kredit terbesar pastinya untuk Dembele dan Wanyama yang berjaya menguasai tengah.

Skim Serangan Spurs vs. Pertahanan Chelsea

Mereka cuba memanipulasi satu titik utama di half-space di antara Matic dan Alonso. Harry Kane memberikan beban kepada Kante dengan sentiasa berlegar di antara Matic dan Kante.

Alli adalah third man running dalam  sistem ini. Beliau akan melepaskan diri ketika situasi tanpa bola kerana mereka mahu mengelakkan sistem target man yang terlalu menunggu di dalam kotak penalti.

Harry Kane kerap turun ke bawah seperti deep lying forward.

2 gol Spurs sangat identikal. Mereka cuba menolak pertahanan Chelsea ke belakang untuk membuka ruang kepada Eriksen di half -space.

Sebelum ini sistem pertahanan Chelsea adalah mereka akan turun ke bawah sangat (too deep). Mereka akan membentuk blok bertiga di hadapan Courtois.

Inilah sebab kenapa Courtois antara penjaga gol yang paling rendah disasarkan dengan cubaan tepat. Mereka memang mahu mendesak pihak lawan pergi ke sayap dan melakukan hantaran silang.

Sistem ini memang tidak ada perangkap offside yang aktif. Jadi apa yang berlaku semalam, back 3 mereka gagal untuk regroup ketika hantaran lintang dilakukan.

Ia juga dipengaruhi oleh gerakan Spurs yang menarik mereka keluar. Kenapa Spurs lebih mudah memanipulasi half space di sebelah kanan ? Ini kerana disiplin bertahan sebagai unit pemain di sektor kanan lebih lemah.

Eden Hazard agak malas bertahan dalam perlawawanan ini.

Di bawah ini mereka masih mampu membentuk deep block of 3 itu dengan Moses. Spurs sepatutnya boleh memanipulasi ruang di zon 14 kerana Chelsea terlalu fokus kepada Eriksen.

Namun pemain Spurs tidak memberikan sokongan.

Pada fasa ini, deep block of 3 terpecah. Luiz dan Azpilicueta seperti bermain offside trap. Namun Moses tidak berbuat demikian. Jadi kami rumuskan sebab mereka sudah terbiasa dengan sistem sebelum ini.

Ini adalah anatomi proses gol pertama secara visual video.

Sekarang anda lihat gol kedua ini. Mereka menggunakan pendekatan yang sama. Menolak Chelsea ke belakang dan mencipta ruang di half-space untuk Eriksen.

Anda harus membaca artikel kami tentang half-space. Kami pernah menggariskan kajian Michael Caley menyatakan peratusan ancaman hantaran dari half space adalah jauh lebih tinggi dari bahagian sayap.

Ini kerana jaraknnya yang lebih dekat. Baca artikel itu di sini.

Chelsea Buntu

Pada separuh masa kedua, Conte meningkatkan intensiti permainan dengan mengarahkan Kante lebih aktif membantu di atas. Ini kerana Hazard dan Pedro ditekan kuat oleh Wanyama dan Dembele.

Chelsea kelihatan terlalu tertekan dalam perlawanan ini. Banyak cubaan dari jarak jauh dilakukan berbanding dengan gerakan tajam dan permainan kombinasi seperti sebelum ini.

Tidak lupa juga, Eden Hazard yang merupakan ‘otak’ kepada sistem mereka juga bermain di bawah par. Beliau turut gagal menyempurnakan 2 peluang keemasan.

 

Chelsea juga terlalu banyak kehilangan bola. Dalam perlawanan ini mereka 34 kali kehilangan bola.  Ini kerana mereka tertekan dengan pendekatan pertahanan Spurs yang agresif dan bertenaga.

Penilaian

Ia bukanlah isu taktikal ataupun kurang plan taktikal/ tactical error oleh Conte. Sebaliknya ia lebih kepada tactical brilliance oleh Pochettino.

Selain itu, kami melihat Pochettino banyak belajar dari kekalahan sebelum ini ketika Spurs tewas kerana perubahan taktikal pada separuh masa kedua.

Kali ini mereka berjaya meneutralkan ancaman Chelsea walaupun ada perubahan taktikal dan intensiti pada separuh masa kedua.

Mereka juga jelas ada pelan untuk menghukum sistem pertahanan Chelsea dengan sistematik. Sebelum ini sistem Conte terdedah dengan ancaman oleh Stoke dengan sistem decoying target man.

Kali ini pula mereka diancam dengan sistem yang memaksa mereka ke deep area dan membuka half-space.

Tidak lupa sebelum ini juga, Guardiola memberitahu cara bermain dengan sistem yang mewujudkan 1v1 di chain of 5 Chelsea.

Namun bukan semua pasukan ada kualiti itu. City kalah kerana pembaziran Aguero dan lemah menangani serangan balas. Jadi, Conte pastinya sedang memikirkan isu ini.

Pemain Terbaik

Dele Alli (Tottenham Hotspurs)

Tahniah Spurs di atas kemenangan berharga ini. Ia bukan mudah untuk menewaskan Chelsea namun anda membuktikan ia bukan mustahil.

Chelsea mengakhiri rekod kemenangan berturut-turut pada angka 13 dan ia boleh dikira sangat cemerlang untuk hanya hilang 3 mata daripada 42 mata, 39 lagi berjaya dimenangi sebelum ini.

Baca juga: Apa Itu Half Space Dan Kenapa Ia Penting Kepada Taktikal Bola Sepak

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN