Arsenal kembali menghidupkan cabaran memburu kejuaraan liga musim 2015/2016 selepas menewaskan Leicester City 2-1 di Emirates Stadium semalam.
Bagaimanapun kemenangan Arsenal semalam tidak datang dengan mudah.
Arsenal terpaksa bangkit selepas ketinggalan 0-1 lewat separuh masa pertama, menunggu sehingga Danny Simpson dibuang padang dan memasukkan semua penyerang – termasuklah Danny Welbeck yang kembali selepas 9 bulan cedera – untuk menang.
Kesukaran Arsenal menembusi benteng Leicester sememangnya tak mengejutkan, jika kita mengambil kita persembahan cemerlang N’golo Kante, Kasper Scmeichel dan percaturan taktikal Claudio Ranieri yang menjadi sepanjang musim.
Berikut adalah 5 komen taktikal saya tentang perlawanan semalam.
1. Two banks of four Leicester rencatkan serangan tengah Arsenal
Dari segi teori taktikal bola sepak mana-mana jurulatih pasti tahu untuk bertahan secara efektif dalam 4-4-2 (seperti Leicester), anda perlu memastikan pasukan anda membentuk two banks of four yang kompak dan padat.
Ini adalah untuk mengurangkan ruang di tengah yang boleh dieksploit pemain kreatif (seperti Mesut Ozil) dan memaksa mereka menyerang dari tepi.
Sekurang-kurangnya apabila pasukan lawan menyerang dari tepi, pemain pertahanan anda sentiasa bersedia untuk mengeluarkan bola dari kotak penalti. Seterusnya melancarkan counter attack (juga seperti Leicester).
Inilah yang dilakukan oleh Leicester kepada Arsenal semalam. Malah kepada pasukan-pasukan lain juga sebelum ini.
Benteng two banks of four Leicester kekal kompak dan padat di tengah sehingga memaksa Ozil turun ke bawah untuk menerima bola – membuatnya kurang berbahaya.
Ini menyebabkan Arsenal tidak dapat menyerang dari tengah seperti biasa (melalui kombinasi intricate passing Ozil, Olivier Giroud dan Aaron Ramsey).
2. Arsenal menyerang dari wide area
Apabila Leicester memaksa Arsenal menyerang dari wide area seperti semalam, Giroud, Alexis, Alex Oxlade-Chamberlain, Natxo Monreal dan Hector Bellerin menjadi pemain penting untuk Arsenal mencipta peluang gol.
Jika dilihat daripada gambar di bawah, majoriti hantaran Arsenal di kawasan kubu Leicester tertumpu di kawasan sayap.
Apabila Alexis atau Oxlade-Chamberlain mendapat bola, mereka akan menunggu larian sokongan daripada Monreal atau Bellerin untuk mencipta situasi 2v1 di wide area, walaupun kadangkala ia tak berapa menjadi apabila Marc Albrighton kerap turun membantu Christian Fuchs.
Monreal dan Bellerin kemudiannya akan membuat hantaran lintang kepada Giroud yang jelas bergelut untuk mendominasi Robert Huth dan Wes Morgan. Jika dapat pun, Kasper Schmeichel pula bersedia ‘merosakkan harinya’ dengan aksi menyelamat cemerlang seperti yang dilakukannya pada minit 87′.
3. Kad merah Danny Simpson mengubah perlawanan
Selepas bek kanan Leicester, Danny Simpson dibuang padang, formasi Leicester berubah kepada 4-4-1.
Secara asasnya struktur two banks of four Leicester masih tetap utuh. Cuma dengan kelebihan 1 pemain ini, Arsene Wenger menggunakannya untuk membantu Giroud di kotak penalti; bermula dengan kemasukan Theo Walcott, kemudian Danny Welbeck.
Arsenal berubah menjadi 4-4-2. Ozil dipasangkan bersama Ramsey di tengah. Ketika ini, hampir semua peluang gol Arsenal terhasil daripada hantaran lintang Alexis, Monreal dan Bellerin. Manakan tidak, Huth dan Morgan kini perlu bertarung menentang 2 penyerang pula.
Hasilnya 10 minit selepas kemasukan Walcott, Arsenal berjaya menyamakan kedudukan 1-1.
Apabila Welbeck pula dimasukkan (dan Walcott ditolak ke sayap kanan), Arsenal mendominasi Leicester dari segenap segi. Perseverance Arsenal dalam serangan akhirnya membuahkan hasil apabila Welbeck menjaringkan gol kemenangan diminit-minit terakhir perlawanan.
4. N’Golo Kante nadi Leicester City
James Vardy dan Riyad Mahrez banyak mendapat pujian atas persembahan hebat Leicester pada musim ini, tetapi pengaruh N’golo Kante juga sama hebatnya.
Kante mungkin dipuji kerana kemantapannya mematahkan serangan pasukan lawan melalui interceptions, tetapi kualitinya dengan bola juga perlu diberi pujian.
Teknik, stamina dan pecutan yang dimiliki Kante membolehkan beliau sendiri boleh terus melancarkan serangan balas Leicester dan menyertai serangan tersebut!
Maka tak hairanlah apabila beliau dianugerahkan man of the match semalam. He was simply everywhere!
5. Transisi serangan Leicester City sangat pantas
Dalam perlawanan semalam seperti juga perlawanan-perlawanan sebelum ini, jelas Leicester cuba melancarkan counter attack secepat yang boleh.
Setiap kali Kasper Schmeichel dapat memegang bola selepas set pieces, beliau akan terus menendangnya ke arah ruang belakang pertahanan Arsenal untuk membolehkan Vardy races onto the ball.
Pendekatan ini mungkin menyebabkan Leicester kerap hilang bola, tetapi semua orang tahu Leicester tak perlukan penguasaan bola yang tinggi untuk menang.
Strategi ini biasanya akan memerangkap lawan kerana kedua-dua pertahanan tengah akan naik untuk attack set pieces. Namun dalam perlawanan semalam, strategi itu kurang berhasil kerana Wenger telah meletakkan Bellerin untuk menjaga Vardy.
Dalam open play, Leicester akan memberi bola pada Riyad Mahrez dan mengharapkan vision dan dribbling ability beliau mampu mencipta sesuatu.Marc Albrighton pula gemar membuat early crosses ke open space terutamanya ke ruang antara dua pertahanan tengah.
Yang menariknya, Mahrez yang berkaki kiri diletakkan di sayap kanan. Manakala Albrighton yang berkaki kanan diletakkan di sayap kiri pula. Dinamik inilah yang menjadikan serangan Leicester efektif dan sukar dibaca.
Nota editor: Artikel ini dihasilkan oleh Ahmad Hafiz Ariff. Jika anda boleh menulis artikel bola sepak dan mahu artikel anda dibaca oleh lebih 300,000 peminat bola sepak setiap bulan, hantarkan artikel anda (dalam MS Word) ke [email protected].
Baca juga: 10 Dribbler Terbaik EPL (Selepas 10 Perlawanan)