Analisis Taktikal EPL 2015/2016: Arsenal 1-1 Crystal Palace

Berikut adalah analisis perlawanan Arsenal menentang Crystal Palace di Emirates Stadium pada 17/4/2016.

Dalam perlawanan ini, Arsenal secara keseluruhan telah membuat 648 hantaran, di mana 223 daripadanya di bahagian final third. Ini bersamaan dengan 34.4% daripada kesemua jumlah hantaran.

12983786_994609453937617_3907198994303030997_o

Berikut adalah jumlah hantaran Arsenal dalam kawasan final third untuk 9 perlawanan sebelum menentang Crystal Palace:

arsenal v southampton 30.8%,
bournemouth v arsenal 37.3%,
arsenal v leicester 49.4%,
man utd v arsenal 36.8%,
arsenal v swansea 41.4%,
spurs v arsenal 43.4%,
everton v arsenal 45.5%,
arsenal v watford 42.2%,
west ham v arsenal 43.5%

Pemain Arsenal tak tahu di mana pintu gol?

Dakwaan sesetengah penyokong Arsenal yang menuduh pemain-pemain mereka tidak tahu di mana pintu gol adalah tak berasas.

Ini kerana purata baseline hantaran-hantaran Arsenal di kawasan final third untuk 9 perlawanan terakhir liga adalah sebanyak 41.1%.

Adakah perbezaan sebanyak 7% (41.1% – 34.4%) cukup untuk membuat konklusi bahawa pemain-pemain Arsenal tidak tahu dimana terletaknya pintu gol Crystal Palace?

Untuk perlawanan ini, Arsenal berjaya membuat 21 rembatan ke arah gol. Perlu diingat, secara purata Arsenal hanya berjaya membuat 15 rembatan untuk setiap perlawanan dalam 9 perlawanan sebelum ini.

12998388_994609447270951_7027033694492509843_o

Adakah ini masih dikira sebagai Arsenal tidak tahu dimana terletaknya pintu gol Crystal Palace?

Crystal Palace berazam bawa satu mata

Apa yang menjadi faktor penentu kenapa Arsenal hanya mampu seri adalah disiplin dan keazaman pemain-pemain Crystal Palace untuk bertahan secara bermati-matian.

Hal ini dapat dibuktikan dengan jumlah clearances yang tinggi iaitu 36 jika dibandingkan dengan 16 daripada Arsenal. Selain daripada itu, majoriti daripada clearances yang dibuat adalah dalam kotak penalti.

Dan kita juga boleh membuat kesimpulan yang pemain-pemain Crystal Palace amat bernasib baik ketika bertahan kerana clearances yang dibuat di dalam kotak penalti boleh dikategorikan sebagai “last ditch defending”.

Crystal Palace juga mengenakan taktikal dropping deep, deep defensive line dan juga mengenakan tekanan keatas pemain-pemain Arsenal hanya di defensive third mereka sendiri.

Ini dapat dibuktikan dengan majoriti daripada defensive actions pemain-pemain Crystal Palace dilakukan di sekitar kotak penalti mereka sendiri.

Ini menyukarkan pemain-pemain offensive Arsenal untuk mengukir peluang yang berbahaya apatah lagi menjaringkan gol.

Hal ini dapat dibuktikan lagi dengan heatmap di bawah, dimana kita boleh lihat betapa deep defensive line Crystal Palace. Ini yang menghadkan pengaruh Danny Welbeck, Alexis Sanchez dan Alex Iwobi hanya kepada kawasan yang tidak merbahaya.

13048092_994609517270944_101662440805168586_o

Adakah ini boleh dikira sebagai pemain-pemain Arsenal tidak tahu dimana terletaknya pintu gol Crystal Palace?

Kesilapan Petr Cech

Crystal Palace pula langsung tidak menawarkan apa-apa dari segi serangan. Mungkin mereka ingin menjaringkan gol menerusi gabungan taktikal counterattacking, set-pieces, dan juga aerial balls.

Tetapi dengan gabungan 21 crosses, 7 freekicks, 5 corners, dan 63 long passes, mereka hanya mampu mencipta 7 key passes dan 2 shots on target.

12983841_994609450604284_8781114483702111699_o

Kalau kita berterus terang dengan diri kita sendiri, gol Yannick Bolasie itu sebenarnya lebih kepada hasil kesilapan Petr Cech sendiri.

Adakah dengan satu kesilapan ini, ditambah pula dengan pelan serangan Crystal Palace yang tidak menjadi/effektif, kita boleh membuat kesimpulan pemain Arsenal tidak tahu di mana pintu gol sendiri dan tidak tahu bertahan?

Secara keseluruhannya, Crystal Palace bernasib baik apabila mampu mengikat Arsenal seri dalam perlawanan ini.

Kesilapan Petr Cech pada minit ke-81 sebenarnya menyukarkan pemain-pemain outfield Arsenal untuk mencari gol kemenangan dengan baki perlawanan kurang daripada 10 minit.

Sebelum kesilapan itu Arsenal mendominasi perlawanan, manakala pelan serangan Crystal Palace yang tidak menjadi.

Senario ini lebih kurang sama dengan perlawanan pertama musim 2015/2016 ketika menentang West Ham di Emirates Stadium. Kesilapan Petr Cech pada tempoh-tempoh penting perlawanan itu membuatkan Arsenal kalah kepada West Ham.

Analisis taktikal ini ditulis oleh laman Facebook Analisis perlawanan Arsenal yang menyediakan analisis-analisis perlawanan Arsenal secara analitikal, yang tidak berat sebelah dan tidak dipengaruhi oleh emosi.

Sila like laman Facebook mereka untuk ikuti analisis perlawanan Arsenal mereka.

Baca juga: Analisis EPL: Serangan Dan Pertahanan Pasukan Manakah Paling Bagus?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN