Analisis Taktikal EPL 16/17: Watford v. Man.United – Bahagian Kiri United Dimanipulasi!

Manchester United 3 Hari 3 Bolos Kerana Cut Back Pass

Manchester United tewas untuk kali ketiga dalam tempoh kurang sepuluh hari. Kali ini mereka tewas di tangan Watford.

Analisis

Komitmen Watford

Walter Mazzari pernah digelar The Special One ketika di Napoli, pada waktu itu Jose Mourinho turut ada bersama-sama dengan Inter Milan.

Dalam perlawanan ini mereka jelas mencuba untuk menang bukannya mencari sebarang mata. Pada kedudukan 1-0 mereka bertahan hampir secara total.

Ketika kedudukan 1-1, Watford cuba untuk melakukan serangan balas  dan bukannya selesa dengan kedudukan tersebut. Dalam kedudukan 2-1, mereka kembali menutup rapat garisan pertahanan mereka.

Mereka akhirnya membunuh perlawanan pada saat-saat akhir.

Bagaimana Watford Bertahan

Secara rumusannya mereka berjaya bertahan dengan baik. Gol United adalah kerana kesilapan individu apabila bola terkena pemain Watford dan bola jatuh betul-betul di hadapan Rashford

Namun begitu pendekatan mereka terlalu ke bawah (deep). Pendekatan ini membolehkan pemain besar seperti Ibrahimovic berada di depan penjaga gol untuk menantikan hantaran lintang.

mu4

Lihat peratusan cubaan United (biru) yang betul -betul di hadapan penjaga gol adalah 7%. Ia adalah akses yang terlalu mudah untuk Zlatan.

mu3

Serangan Watford

Dalam perlawanan ini Watford banyak menyerang dari kanan. Ingat beberapa hari lalu United melepaskan gol dari arah ini ketika menentang Feyenoord?

Watford mungkin cuba menggunakan cara yang sama dalam perlawanan ini. Lihat heatmap untuk Watford, mereka menekan dari arah kiri ataupun sebelah Luke Shaw.

muf

United Ditewaskan Dengan Hantaran Cut Back

Sukar dipercayai apabila 3 hari yang lalu mereka ditewaskan dengan cut back pass dari sebelah kiri. Dalam perlawanan ini 2 lagi gol dihasilkan daripada cara yang sama. Ini adalah untuk gol pertama.

mu13

Dan ini pula anatomi untuk gol kedua Watford.

mu14

2 gol ini menunjukkan lemahnya pemain no.6 sama ada Pogba ataupun Fellaini untuk menutup zon 14 tersebut.

Dalam gol pertama, Luke Shaw terlalu cepat untuk bergerak ke hadapan dan mereka kehilangan bola di kawasan sayap.

mu10

mu8

Untuk gol kedua, Paul Pogba dan garisan pertahanan mereka terlalu mudah ditewaskan dengan hantaran rendah.

mu5

Paul Pogba 

Dalam perlawanan ini, beliau diturunkan sebagai no.6. Paul Pogba bukanlah beraksi terlalu teruk namun ia masih bukan aksi suku daripada harga beliau.

Pogba berdepan dengan masalah ‘beban’ kerja atau workload dalam perlawanan ini. Beliau terlalu banyak kawasan / box yang perlu dikawal.

Ini mengurangkan pengaruh beliau untuk membantu serangan kerana terlalu banyak bermain di bawah (deep area). Pogba sangat lemah pengaruh untuk membantu serangan United.

Antara sebabnya adalah posisi Fellaini yang kerap turun ke bawah menjadi bek ke-3 dan  Pogba perlu menjadi pivot.

Luke Shaw pula agak lemah dalam transisi ke 3-4-3. Paul Pogba terpaksa membantu mengurangkan impak dan beliau bukan pemain yang laju untuk bergerak dari kotak ke kotak.

Di bawah ini adalah corak atau rangkaian hantaran Manchester United dalam perlawanan ini. Anda akan melihat Paul  berhubung baik dengan pemain di sebelah kiri.

mu19

Satu masalah yang ketara adalah Wayne Rooney dan Valencia yang terputus di sebelah kanan. Wayne Rooney turut terputus hubungan dengan pemain di barisan hadapan.

Fellaini jelas bermain sebagai quarter back  dan Mourinho cuba menggerakkan 2 fullbacks beliau ke kawasan serangan untuk membentuk 3-4-3

Isu Hilang Bola Oleh Manchester United

Pemain terlalu mudah hilang bola kerana hantaran lemah dan juga gagal melepasi pertahanan lawan. Wayne Rooney gagal melepasi pemain lawan langsung dengan 0 take-ons.

Ini adalah laporan chalkboard untuk Watford yang berjaya merampas bola daripada pemain United. Banyak bukan?

mu20

Kegagalan Taktikal Mourinho

Mourinho  cuba untuk menekan Watford dengan sistem advance fullback. Namun ia menjadi titik paling dimanipulasi oleh Watford.

Seterusnya adalah beliau gagal mendapatkan yang terbaik daripda Wayne Rooney. Dalam perlawanan ini, Zlatan Ibrahimovic banyak mengutip bola dari zon lebih rendah untuk digerakkan dan dihantar kepada Rashford.

Seterusnya adalah isu kreativiti. United sekali lagi terlalu bergantung kepada hantaran silang dalam perlawanan ini. Mereka melakukan sejumlah 33 hantaran silang.

33

United sangat lemah dalam melakukan hantaran akhir atau killer passes. Ini adalah jumlah hantaran mereka yang ternyata sukar untuk memasuki kotak penalti.

utd

Ini pula peluang yang dicipta oleh United. Hanya 3 peluang yang dicipta di final third dan 1 daripadanya adalah dari sepakan penjuru.

mu22

United Ada Masalah Dengan Width Dalam 3-4-3

Mourinho jelas mengambil pendekatan untuk menggunakan fullbacks beliau sebagai pembekal utama width pasukan ini.

Ini adalah gambaran taktikal Mourinho yang lemah dalam isu width. Di kiri, Luke Shaw lemah dalam posisi 3-4-3. Ia antara sebab kenapa beliau berlari terlalu awal untuk pergi ke wide area sebab beliau adalah pemain utama di bahagian itu.

Di kanan, seperti yang dijelaskan di atas, Valencia terputus daripada organisasi pasukan. Ashley Young kerap ke wide area dan ia memecahkan organisasi 3-4-3 dengan konflik Valencia-Young di wide area.

mu27

Mourinho cuba memperbaiki kerosakan 3-4-3 dengan memasukkan Mata dan Young mengambil peranan Valencia.

Verdict

Ia lebih kepada kesilapan taktikal (tactical error) oleh Jose Mourinho dan ditambah dengan 2 kesilapan individu. United pada masa yang sama terlalu tidak agresif dalam perlawanan ini terutama ketika diancam.

Mourinho menurunkan pasukan yang tidak seimbang. 4 pemain serangan , 3 daripadanya adalah no.9 dan seorang lagi no.10.

Watford menang kerana kualiti mereka meyudahkan peluang yang ada. Mereka juga cemerlang ketika bertahan walaupun pendekatan mereka agak disukai oleh pemain seperti Ibrahimovic.

Man Of The Match

Etienne Capoue (Watford)

csop9oxwgaaxp1o

Statistik

stassss

Baca juga : Analisis Taktikal EPL 2016/17: Suntikan Baru Ronald Koeman Di Everton Dan Operasi Di Half-space

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN