Analisis Perlawanan : Manchester United v Southampton (2-0)
Tarikh : 20.08.2016
Venue : Old Trafford
Permulaan
United bermula dengan formasi 4-4-1-1 dengan Wayne Rooney bermain di belakang Ibrahimovic. Namun dalam perlawnaan, Rooney dan Mata kerap bertukar-tukar peranan.
Southampton menggunakan 4-1-2-1-2 dengan diamond midfield. Tadic di diamond spear. Redmond dan Long di bahagian serangan utama.
Kedua Dua Pasukan Memaksa Lawan Ke Wide Area
Salah satu pendekatan yang hampir sama dilakukan oleh kedua-dua pasukan adalah cuba mendesak lawan mereka untuk ke pergi ke wide area.
Southampton dihukum oleh United kerana kualiti di bahagian sayap oleh United dan kualiti Ibrahimovic secara fizikal bila menerima hantaran.
Hantaran yang baik daripada Rooney dengan Jose Fonte tidak bertahan dengan baik. Tidak melakukan shoulder check.
Di bawah adalah dominance positining Southampton ketika bertahan untuk mendesak United ke wide area.
Ini pula adalah organisasi United dengan 2 banks of four cuba mendesak Southampton untuk pergi ke wide area. Dalam kes Southampton, United mahu menyekat kemaraan Tadic-Hjobjerg-Davis daripada membentuk lebih banyak pemain di final third.
Ini adalah heatmap diamond spear pasukan Southampton, Dusan Tadic yang sepatutnya bermain di zon 14 dengan kerap. Kerana taktikal United, beliau banyak bermain di kawasan lebih wide atau di posisi yang hampir sama dengan Redmond.
Dengan 2 banks of four yang flat dan stabil, Southampton terpaksa menggunakan wide area lebih banyak. Width untuk pasukan Southampton adalah lebih dikawal oleh fullbacks mereka.
Lihat grafik di bawah bagaimana United tidak begitu agresif untuk mematikan gerakan di wide area. Mereka kekal compact.
Antara sifir mudah United adalah, Southampton lebih bahaya jika mereka menyerang secara unit dan banyak interaksi (more teamplay) atau pertukaran hantaran antara pemain di bahagian serangan berbanding dengan menjaringkan gol melalui hantaran lintang.
Ini adalah laporan chalkboard 24 hantaran lintang oleh Southampton sepanjang perlawanan ini. Mereka terpaksa melakukan hantaran lintang yang banyak kerana limitasi akses ke kawasan lebih narrow.
Pada berberapa fasa, Manchester United menjadikan Fellaini seperti 3rd center back yang membentuk 5-3-2 defending dengan 2 garisan yang flat dan teratur.
Bila fullbacks Southampton sudah berada di posisi lebih atas, Southampton sangat berisiko setiap kali kehilangan bola di kawasan United.
Ini kerana, United melakukan counter attack dengan 4-5 bergerak dalam forward/attacking play yang aktif.
Manchester United Forward Play
Satu yang sangat positif adalah cara mereka menyerang terutama ketika melakukan counter attack. 4-6 pemain United aktif untuk berlari ke blok pertahanan Southampton.
Mereka lebih laju dan lebih decisive dalam hantaran gerakan dan juga keputusan. Cuma ada berberapa insiden pemain memilih untuk personal glory.
Jika tidak, United dengan mudah menang dengan gol lebih banyak. Pada era Van Gaal, mereka banyak tertunggu-tunggu, tidak yakin dan kordinasi pemain tidak fluid kerana Banyak sideway passes dan backpasses dilakukan untuk pemain mencari platform.
Kali ini, pemain seperti Anthony Martial antara pemain yang sangat bahaya bila melakukan penetration cuma jiwa no.9 masih terlalu kuat untuk memilih gol daripada mencipta peluang. Ini perlu diperbaiki beliau kerana isu posisi dan taktikal.
Ketika counter attack, gerakan United tajam terutama sekali di flank. Ia memang tipikal cara serangan kegemaran Mourinho dengan seorang no.9 yang kuat ada di dalam box.
Dominasi United Di Tengah
Paul Pogba selesa di tengah. Jelas sekali peranan beliau adalah box to box. Beliau bermula dari deep area. Pogba banyak mencetuskan gerakan United dan mencipta 2 peluang gol.
Ini adalah heatmap Pogba yang jelas menikmati debut kedua beliau dengan sebaik-baiknya.
Ini pula adalah 5 take-ons yang berjaya dilakukan oleh Paul Pogba dalam perlawanan ini.
Fellaini diarahkan bermain defensive midfielder yang lebih statik dan berdisiplin bila bertahan. Fellaini tidak melakukan larian sehingga ke kotak penalti seperti mana beliau lakukan sebelum ini.
Ia adalah cabaran juga untuk Fellaini kerana di Everton di adalah attacking midfielder dan kadangkala menjadi second striker.
Pada berberapa musim di bawah Van Gaal, dia menjadi pemain serangan dan pernah berberapa kali bermain false 9. Di belgium dia sangat rapuh bila bermain di DM kerana dia bermentaliti ofensif.
Di Belgium pada Piala Eropah 2016, Fellaini hanya bertahan secara fizikal namun secara taktikal, zonal dan awareness dia amat lemah untuk peranan Defensive midfielder.
Berbeza dalam perlawanan ini, dia lebih disiplin dan tidak menninggalkan zon 14 Southampton kerana itu adalah asas ancaman Southampton melalui Dusan Tadic.
Lihat heatmap Fellaini di bawah ini. Anda dapati dia berada di belakang garisan tengah padang sahaja. Heatmap yang di atas tu lebih kepada ketika situasi bola mati.
Ini pula rupa bentuk heatmap Pogba dan Fellaini bersama-sama.
Verdict
Ia adalah kemenangan yang adil untuk United. 2 gol mereka mungkin kerana poor defending dan juga aksi pertahanan yang malas oleh Clasie. Namun pada awal 20 minit separuh masa kedua, United mendapat 2-3 peluang besar untuk menjaringkan gol kerana forward play mereka yang lebih tajam.
Namun begitu, United masih perlu memperbaiki isu space organization di backline. Mereka kerapkali memberikan ruang kepada pemain untuk masuk dengan ruang yang besar ke dalam kotak penalti terutama sekali di kawasan Valencia. Namun Southampton gagal menghukum mereka.
Southampton melakukan 1 poor defending dan 1 lazy challenge yang memberikan penalti. Puel jelas sekali masih belum memiliki unit pemain yang memahami kehendak taktikal beliau.
Perubahan dariada sistem Koeman yang lebih kepada 4-4-1-1 berberapa musim lalu perlu difahami oleh pemain. Diamond mereka masih tidak cukup fluid ketika transisi kepada serangan.
Ia risiko yang amat besar untuk pencabar top 5 berberapa musim ini kali ini. Berberapa pemain seakan-akan tidak selesa dengan sistem yang diterapkan Puel.
Southampton bukanlah teruk sangat pada separuh masa pertama kerana mereka lebih menguasai perlawanan dan mencipta 4 peluang gol, jumlah yang sama dengan United.
Namun tackle Classie pada separuh masa kedua amat mengecewakan mereka dan berlaku sedikit penurunan moral.
Jadi penilaian akhir saya adalah:
United lebih tajam dan lebih positif bila menyerang dan berdisiplin bila bertahan. Namun masih perlu memperbaiki isu space organization bila bertahan.
Southampton gagal bermain dalam diamond midfield kerana prinsip asas diamond midfield adalah mendominasi tengah, sebaliknya, United terlalu dominan. Namun kualiti individu membolehkan mereka masih berupaya menyaingi United pada separuh masa pertama. Puel dan Southampton perlu gandakan latihan taktikal.
Man Of The Match
Zlatan Ibrahimovic (Manchester United)
Statistik
Baca juga :Analisis Pendekatan Taktikal Guardiola Dalam Debut EPL