Analisis Taktikal EPL 16/17: Chelsea v West Ham (2-1) Perubahan Taktikal Kepada 4-4-2 Membantu Kemenangan Pertama Conte & Chelsea

Permulaan

Chelsea memulakan perlawanan dengan pendekatan yang pelik 4-1-4-1. Ini kerana kebanyakan tactician tidak menggemari formasi ini. Kante menjadi lone pivot.

West Ham pula turun dengan formasi 4-3-3/4-3-2-1 dengan meletakkan pemain tinggi lampai Andy Carroll di bahagian serangan.

4-1-4-1 Chelsea

Dalam perlawanan ini, Conte jelas mahu memaksimumkan penggunaan Oscar dan Matic untuk melakukan larian ala Giaccherini di Itali ataupun ala Arturo Vidal ketika di Juventus.

Namun hasilnya amat lemah. Oscar adalah tipikal Brazillian no.10 manakala Matic bukan dynamic box to box yang boleh melarikan bola dan penetrating lebih dalam.

Jadi, Conte tidak ada pemain yang mampu melakukan Giaccherini run mahupun Vidal move dalam perlawanan ini.

4141

Kesannya, Chelsea tidak mendapat hasil yang jelas daripada 2 pemain ini pada separuh masa pertama. 2 daripada 3 cubaan gol mereka pada separuh masa pertama adalah melalui situasi bola mati.

Di bahagian sayap, Willian dan Hazard adalah tipikal attacking 3 flanker. Willian tidak ada lebih keinginan untuk memberikan hantaran lintang lebih kerap kepada Costa.

Beliau agak fancy dan bukan bermain dalam sistem midfielder 4. Di bawah ini adalah heatmap Willian dan Hazard yang jelas banyak beraksi di wide area seperti side mifielder. 

willian

Hazard kemudian mendapat sokongan yang lebih baik darip Azpilicueta yang membolehkan beliau bebas dan lebih mengancam masuk ke dalam kotak penalti.

Secara teknikal pemain ini sangat berkualiti. Hazard hampir menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan ini menerusi rembatan deras dari luar kotak penalti.

Ini adalah sentuhan Azpilicueta di bahagian sayap, yang jelas memberikan sokongan kepada Hazard di sayap.

azpi more touches than hazard

Di kanan, pada suku akhir babak pertama, Ivanovic mula diarahkan oleh Conte untuk memberikan sokongan di garisan tinggi. Barulah Willian nampak lebih selesa untuk masuk ke dalam.

Namun, berberapa siri serangan West Ham jelas berpaksi di bahagian mereka selepas itu. Ini mengurangkan pengaruh Willian di garisan tinggi dan beliau kerapkali membantu Ivanovic di bahagian pertahanan.

Sistem 4-1-4-1 sukar untuk Kante melindungi back 4 tanpa ada sokongan. Oscar cuba untuk melakukan berberapa siri aksi bertahan namun beliau amat sukar bertarung secara fizikal.

Chelsea 4-2-1-3

Pada separuh masa kedua, Conte mula mengarahkan Willian untuk lebih masuk ke dalam sedikit bersama-sama Hazard.

Beliau menarik Oscar an Matic ke center circle dalam sistem 4-3-3. Hasilnya lebih baik daripada 4-1-4-1. Matic perlu memberikan sokongan lebih kepada Kante yang sudah ada kad kuning seawal minit ke-3 lagi.

Conte mungkin menjangkakan Bilic mahu mengambil kesempatan ke atas aspek teknikal tersebut. Tetapi tidak berlaku. West Ham tidak menekan Chelsea di kawasan tengah.

Kante tetap menunjukkan beliau tidak takut melakukan tugasan biasa beliau. Statistik Kante adalah

4/5 tackles berjaya
2 Clearances
1/2 Aerial Duels
1 Block

Chelsea 4-4-2

Namun, pengubah nasib utama Chelsea adalah apabila Conte menggunakan 4-4-2. Beliau memasukkan Moses dan Pedro di bahagian sayap dan sistem penyerang kembar.

Kini mereka memiliki 2 penyerang bersebelahan dengan satu sama lain. Mereka ada Moses sebagai pure midfielder 4 flanker. Pedro pula bermain dengan baik di sayap kanan untuk cuba mencipta peluang.

44-2

Apa yang diubah oleh Chelsea adalah, Conte berjaya mendapatkan formasi sekunder kegemaran beliau iaitu attacking 4. Chelsea boleh berubah dari 4-4-2 kepada 4-2-4 dengan cepat dan komprehensif.

1

Matic dan Kante bermain sebagai double pivot dengan Matic lebih offensive. Mereka ada 2 fresh leg di kedua-dua sayap dan ia amat menyukarkan West Ham.

Pengurusan Garisan Pertahanan Conte

Pada awal perlawanan back 4 Chelsea yang agak berada di garisan rendah/deep. Ia adalah masalah utama Chelsea musim lalu apabila turun terlalu ke bawah (drop too deep).

Berdepan dengan penyerang tinggi dan besar seperti Andy Carroll, ia akan membolehkan pemain ini berada di zon lebih tinggi dan menerima hantaran silang.

Dengan menaikkan sedikit garisan pertahanan, Carroll perlu melalui jarak yang jauh untuk ke kawasan gol. Dengan pendekatan West Ham yang terlalu jauh antara mereka dengan target man, ia memang malam yang sukar untuk Carroll.

Taktikal West Ham

Majoriti dalam perlawanan ini, mereka bermain agak pasif. Andy Carroll terlalu mudah dikawal oleh pemain pertahan Chelsea.

Pemain-pemain tengah turut drop deep dan terpaksa melakukan direct passes dari belakang ke arah Andy Carroll. Carroll bukanlah Lui Suarez untuk menewaskan pemain Chelsea di belakang dengan sendirian.

4-3-2-1 West Ham tidak aktif memberikan hantaran kepada target man mereka. Ia terlalu negatif. Pemain-pemain mereka banyak menumpukan aspek quick counter attack berbanding dengan teamplay.

Secara individu, terlalu banyak hilang bola dan hantaran gagal. Tidak lupa 2 defesive errors dalam kotak penalti yang membawa kepada penalti kepada Chelsea.

Mereka juga terlalu kerap melakukan kesalahan di kawasan bahaya.

West Ham 4-4-1-1

West Ham menggunakan pendekatan 4-4-1-1 pada minit ke-67  Mereka meletakkan Valencia di belakang Caroll dan Payet di sebelah sayap kiri.

Pada fasa ini, West Ham nampak lebih baik dan menghadirkan ancaman. Pada fasa ini jugalah mereka baru mencipta 2 peluang gol.

2c

Kedua-duanya melalui Payet. Dan ia hanya 2 ciptaan peluang yang mereka cipta sepanjang perlawanan ini.

Verdict

Ia adalah beza keinginan untuk menang oleh kedua dua pengurus. Conte lebih keinginan dan cuba melakukan pertukaran teknikal dan taktikal untuk memastikan mereka mendapat kemenangan.

2118

Bilic pada separuh masa pertama tidak ada tanda-tanda mahu mengambil kesempatan ke atas pasukan Chelsea yang agak struggle untuk settle down.

Mereka tidak menekan Kante yang sudah ada 1 kad kuning sejak minit ke-3. West Ham tidak ada plan lebih baik selain daripada Payet.

Penggunaan Andy Carroll terlalu rigid. Tidak ada interaksi yang lebih baik di antara target man dengan pemain di sekitar beliau.

Conte ada kerja umah yang banyak untuk menilai laporan aksi mereka pada malam tadi. Diharap beliau akan dapat mencari taktikal yang sesuai selepas ini.

Namun saya berpendapat, buat masa ini 4-4-2 atau 4-2-3-1 adalah jauh lebih baik daripada 4-1-4-1 dengan pemain yang ada.

Tahniah untuk Conte! Satu lagi kemenangan lewat oleh tactician baru selepas Pep Guardiola tempoh hari.

Man Of The Match

Eden Hazard (Chelsea)

3498

Baca juga: Analisis Taktikal EPL 16/17: Arsenal v Liverpool(3-4) – Zonal Marking Rapuh Kedua-Dua Pasukan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN